Ruangan Iklan

Tuesday, July 27, 2010

Diam tanda setuju

Mereka mula beredar hampir jam 11 malam. Itu pun setelah Alia merengek mengantuk hendak tidur. Macam-macam yang dibualkan papa dan Dato' Shukor, bagai kawan lama yang baru bertemu kembali sahaja lagaknya. Datin Masriah dan mama pun begitu juga. Aku, Fareez, Alia dan Makcik Ronah sengaja duduk di dapur, berbual-bual isu semasa. Di hatiku hanya Tuhan sahaja yang tahu.

'Alia nak balik hotel la papa...' rengek sikecil Alia.

'Dah ngantuk ye sayang?.. okaylah, esok kita pergi pantai dengan Mummy Intan ye?' Fareez memujuk Alia. Ish macam mana pula aku dipanggil Mummy Intan pula ni. Pandai-pandai sahaja Fareez memanggil aku mummy. Tapi, hendak panggil auntie pun mungkin Fareez tidak selesa.

Mama bergegas masuk ke bilik tetamu di mana hantaran yang Fareez berikan tadi dikumpulkan semula. Tangan ku ditarik masuk ke dalam bilik. Sejak dari tadi, aku masih belum sempat masuk ke bilik yang dikatakan mempunyai barangan hantaran yang hendak ditukar dengan Fareez.

'Wah... mama..... sempat mama buat semua ni?' aku terpegun melihat 9 dulang hantaran beralas kain broket putih masing-masing. Sireh junjung sedulang, kain satin berwarna krim sedulang, kuih bahulu sedulang, kuih akok sedulang dihias dengan bungaan, kuih bakar kemboja 5 biji dalam satu dulang, buah epal, anggur dan limau dalam bakul dihias indah dalam satu dulang, kek aising dengan tulisan selamat bertunang Fareez-Intan berwarna putih dengan ising biru dibahagian tepi kek. Ini memang perancangan yang betul-betul teliti. Dua dulang lagi berisi coklat Ferro-Rocher seperti dalam iklan dan gula-gula yang dihias berbentuk cinta. Aku betul-betul terpegun melihatnya. Mak su pula sibuk dengan camera digital mengambil gambar hantaran kedua belah pihak.

'Alia, Fareez, mari duduk sini, mama nak bergambar sekejap.' Aku di dudukkan di atas katil di belakang hantaran, sementara Alia di atas ribaku, Fareez pula berdiri di belakangku. Mujur juga Alia ada di sini waktu ini, dapat menyelamatkan aku dari kegugupan ini.

Ternampak sahaja Ferro-Rocher, Alia bingkas bangun ingin mencapainya dari dulang.

'Alia.... tunggu kat hotel nanti sayang..' Fareez memegang tangan Alia.

'Okay, jom balik!' Alia menarik-narik tangan Fareez.

Hantaran bertukar tangan. 'Kita belum dapat keputusan lagi dari pihak Intan' Datin Masriah memulakan perbualan saat menerima dulang sireh dari mama.

'Diam tanda nya setuju Datin...' mama tersenyum-senyum sambil menjeling padaku. Aku tertunduk malu. Aduhai, dimana harus aku letakkan muka ku ini.

'Kalau macam tu, saya harap 3 bulan lagi, boleh lah kita buat majlis nikahnya ya?. Elok buat cepat-cepat. Tak baik tunggu lama-lama kan?' Datin memandang pada Fareez dan mama sambil tersenyum.

'InsyaAllah'

'Sebelum terlupa, macam mana dengan hantaran nya? Berapa ribu?' tanya Datin pada mama.

'Oh... itu, ikut kelaziman di sini sahaja la Datin.'

'Baiklah, kami pulang dulu, Intan, jaga diri baik-baik. Harap Intan dapat terima Fareez dan Alia seikhlasnya.' Ujar Datin Masriah sambil bersalam-salaman dengan ahli keluargaku. Dato' pula sudah menunggu di perkarangan rumah.

'Bye Mummy, Alia dah tak sabar nak makan coklat tu tau, nanti esok kita main istana lagi yeh?' Alia walau mengantuk pun sempat lagi merancang untuk hari esok. Aku Cuma mengangguk-anggukkan kepala.

Selesai berkemas semua pinggan mangkuk, jarum pun menunjukkan hampir 1 pagi. Badan pun sudah letih. Ingin rasanya terus sahaja tidur di bilik bawah. Tetapi dengan badan yang melekit, tidak mungkin aku dapat melelapkan mata. Aku perhatikan satu per satu barangan yang diberikan Fareez. Jam tangan. Aku mengerling pada jam tangan kusamku sambil tersenyum-senyum. Ini mesti Fareez perasan dengan jam tangan yang telah lama berbakti padaku. Dalam keasyikan aku membelek jam tanganku, mama menyentuh bahuku dari belakang.

'Sue-Intan, sayang mesti berani berterus-terang. Beritahu Luqman status Su sekarang, jangan lengah-lengah lagi. Berdosa memberi harapan pada dia lagi. Sekarang yang menghantar rombongan pertunangan adalah Fareez, bukan Luqman...' perlahan nasihat dari mama ku hadamkan.

Friday, July 23, 2010

Inikah akhirnya?

'Assalamualaikum' kedengaran suara Dato' Shukor memberi salam.

'Waalaikumussalam' jawab papa sedikit terkejut dengan kemunculan beberapa orang lain di belakang Dato' bersama-sama dengan beberapa barangan termasuk sireh junjung yang dibawa oleh Datin.

'Jemput lah masuk. Fareez. Silakan silakan.' Suara papa gementar. Dato' Shukor bersalaman dengan papa, diikuti pula oleh Fareez, kemudian Pak Mat, dan akhir sekali sikecil comel Alia. Aku mengintai dibalik langsir dapur. Mama pula berdiri disebelah papa tergamam. Datin menghulurkan tangan pada mama, barulah mama tersedar dari lamunan. Dadaku pula berdebar-debar bagai berlari marathon 2x100 meter pecut.

'Sila lah duduk.' Jemput papa pada Dato, Fareez dan Datin.

'Terima kasih lah, Encik Razak, saya ni ayah pada Fareez, yang sebelah ni isteri saya.' Tanpa lengah lagi Dato' membuka bicara. Fareez pula tersenyum-senyum. Mujur juga langsir penghadang antara dapur dan ruang makan serta ruang tamu mengadap agak tebal. Aku menyelak sedikit sahaja langsir, sudah nampak kelibat Fareez dan keluarganya. Alia pula duduk di atas riba Fareez. Semua barangan yang di bawa di susun di suatu sudut di tepi dinding.

'Kami datang membawa hajat. Ingin menyunting bunga di taman. Intan Syuhada binti Razak, buat anak bongsu kami Fareez.' Dato' Shukor meneruskan perbualan. Papa hanya tersenyum-senyum.

'Di sini ada sebentuk cincin, buat tanda pertunangan antara Fareez dan Intan jika Intan setuju.' Sambung Dato' Shukor lagi. Hati ku sudah tidak dapat menahan debaran lagi, Aku menggelonsor lalu terduduk di tepi dinding di belakang langsir.

'Bagaimana Encik Razak?' soal Dato' Shukor, memandang pada papa. Papa cuma tersenyum. Aku kehairanan dengan aksi papa yang tampak tenang sahaja.

'Err... kalau begitu kita kena tanya dulu pada empunya diri. Intan ada di dapur.' Papa menjawab lalu memandang pada mama. Mama yang duduk bersimpuh di sebelah papa bingkas bangkit. Dato', Datin dan papa masing-masing duduk di atas sofa. Fareez, Alia, mama, pak mat, makcik Ronah dan lain-lain masing-masing duduk bersila dan bersimpuh di atas karpet tebal di ruang tamu berdekatan dengan barang-barangan hantaran.

'Sue – Intan, jom ke depan nak, ayah Fareez nak tanya sesuatu, setuju ke tidak nya' Mama memaut lenganku, meraihku bangun. Aku merasakan bagai di awing-awangan. Ku rasakan perjalananku dari dapur ke ruang tamu mengambil masa bertahun-tahun, terasa jauh dan lama untuk sampai ke ruang tamu. Setelah duduk bersimpuh di sebelah mama, aku tertunduk malu. Datin merapatiku, lalu menyuakan dulang berisi cincin permata.

'Sua kan tangan Intan, Ummi sarungkan cincin dari Fareez ni..' Datin meraih tanganku. Aku yang berpakaian tidak seperti orang bertunang ini, yang akan bertunang?. Dengan Fareez? Sungguh ini suatu kejutan yang teramat besar dalam hidupku. Sudah lah baru pagi tadi, aku mendapat tahu Fareez adalah anak Dato' dan sekarang pula, aku bertunang dengan anak Dato'?. Bagaimana harus aku meletakkan mukaku bila balik semula bekerja di pejabat?. Bagaimana harus aku jelaskan pada Miss Mary yang peramah tu?

Aku menurut sahaja. Menyuakan tangan ku pada Datin Masriah.

'Lepas ni Intan panggil ummi ni ummi ye?' Datin tersenyum-senyum sambil menyarungkan cincin permata yang berkilauan. Debaran di jantungku menyebabkan jari-jemariku sedikit menggigil. Saat Datin menyarungkan cincin, tanganku menggeletar deras.

'Bertenang Intan.. Nanti kalau Intan ada masalah dengan Fareez, cepat-cepat bagitau ummi ye? Sekarang Intan terima je dulu cincin pemberian Fareez ni. Esok-esok nanti kalau tak suka baru bagitau Fareez ye?.' Bisik Datin ke telingaku disebalik tudung ungu cair, saat mencium dahi dan pipiku. Aku cuma mengganggukkan kepala, terasa panas mataku, terharu. Aku menundukkan muka. Datin meraih daguku, membawa wajahku memandang pada Datin. Dia mengesat airmata yang turun dipipiku. Aku tidak tahu kenapa air mataku harus turun saat ini. Semuanya tidak dapat kukawal. Aku cuma mendiamkan diri, cuba tersenyum.

'Baiklah, perkara telah selesai, ada beberapa hadiah dari pihak kami kepada Intan, harap sudilah menerimanya' Dato' memecahkan suasana hening.

'Terimakasih banyak-banyak, kami pun ada beberapa hadiah buat keluarga Dato', tapi sebelum tu jemput lah makan dulu...' Papa bangun lalu berjalan menuju ke ruang makan. Aku pun turut bangun, lalu menuju ke dapur, pura-pura sibukkan diri, tidak tahu di mana harus ku letakkan mukaku. Dalam fikiran ku ligat, ini tentu rancangan papa dan Fareez tempohari. Setahu aku, mama tidak menyebutkan apa-apapun. Tapi papa nampak tenang dan selamba seolah-olah sudah ada perancangan. Juga papa tiba-tiba pula sudah tahu ayah Fareez tu Dato' Shukor. Tentu mereka sudah kenal mengenali tanpa pengetahuanku.

Aku memerap di dapur, menolong serba sedikit, bibik nunung dan bibik sunarti tersenyum-senyum pada ku bila mereka juga sibuk menolong mama melayan Dato' dan Datin. Makcik Ronah pula terus ke dapur merapatiku.

'Alhamdulillah.... Untung Fareez. Dah lama betul Dato' dok sebut-sebut nama Intan. Akhirnya jadi juga..' Makcik Ronah memelukku erat. Aku kehairanan.

'Saya tak tahu apa-apa pun makcik. Sungguh. Hantaran Fareez tu macam mana la saya nak balasnya. Saya tak tahu nak kata apa'

'Dato' dan papa kamu dah rancang semua. Cuma kamu sorang je tak tahu perkara ni. Mama kamu pun dah tanya-tanya pasal barang-barang hantaran dua tiga hari lepas.' Makcik Ronah tersenyum. Sebentar kemudian mama pula muncul. Mama tersenyum-senyum.

'Jangan risau Intan. Mama memang sengaja tak mau beritahu kamu rancangan Dato' ni. Barangan balas kita pada Fareez ada dalam bilik bawah. Mama rasa kamu pun tak sempat nak tengok, tapi mama dah sediakan semuanya dengan pertolongan mak-mak saudara kamu. Sekejap lagi mak-mak saudara kamu datang. Bukannya jauh pun, rumah belakang dan sebelah ni je...' Saat itu juga maksu dan makngah ku muncul dari pintu dapur sambil tersenyum-senyum. Kedua mereka memang tidak punya sesiapa kecuali kami. Mungkin tiada jodoh mereka.

'Eh, Intan, makcik dengan bibik nak makan kat dapur je lah ye?' Makcik Ronah duduk di kerusi meja makan dapur.

'Mmm... eh makan la kat depan' sambut mama.

'Tak pe lah, kat sini lebih selesa' jawab makcik Ronah. 'Mmm macam tu, Intan siapkan makanan kat dapur ni..' arah mama padaku.

'Eh tak perlu, kan dah ada ni atas meja semua ni, tinggal pinggan dan gelas je...' Makcik Ronah mengarahkan bibik tadi mengambil pinggan dan gelas yang tersedia dia tempat pinggan.

'Amboi.. ramainya kat dapur ni... Buah hatiku orang dapur ye? Untung badan...' Fareez memegang gelas berisi air, dan pinggan kosong. Sengaja mengusikku. Aku yang sedang melayan makcik Ronah tadi tertunduk malu. Alia pula mengekori dari belakang..

'Eiii Auntie dapat cincin dari papa la.' Alia berlari mendapatkanku. Aku mendepangkan tangan padanya. 'Nanti esok pagi kita pergi pantai lagi ye?' aku sengaja mengalihkan perbulan. Di hatiku malunya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Thursday, July 22, 2010

Itu Ini Bagaimana?

Aku cuba untuk tidak mengendahkan segala sms dari Luqman tetapi hatiku terasa amat bersalah. Membuka satu per sms dari Luqman. Kesemuanya tertulis perkataan MAAF. Aku meletakkan telefon kembali ke atas katil. Hatiku terasa bersalah. Memang sepatutnya aku mendengar penjelasan dari Luqman. Tidak mungkin dia sengaja meperlakukan aku sebegini.

'Kring.. Kringg..' sayup-sayup kedengaran bunyi telefon dirumahku. Sebentar kemudian pintu bilikku diketuk perlahan-lahan.

'Sue.. ada call, dari jauh katanya.' Suara mama kedengaran di sebalik daun pintu. Aku bingkas bangun dari katil. Aku tahu sudah tentu itu Luqman. Walaupun hatiku terasa sakit namun aku paksakan kakiku melangkah keluar.

'Ya Mama..' sekilas aku memandang jam di dinding bilikku. 8:30 malam. Sekejap lagi tetamu akan sampai, dan aku pula sedang bercakap di telefon. Aku mesti bersegera meringkaskan perbualan.

'Intan Syuhada, dengar lah penjelasan dari abang.. please' suara Luqman lembut merayu diseberang sana.

'Saya sedang mendengar, tapi apa yang abang dah buat pada saya, sungguh menyakitkan...'

'Sebenarnya Siti Mariam binti Abdullah memang isteri abang. Allahyarhamah Siti Mariam binti Abdullah. Isteri yang syahid ketika melahirkan anak sulung kami. Memang anak abang sudah pun berusia 3 bulan. Jika Intan belum tahu lagi, 3 bulan dijaga oleh nenek dan datuknya. Ibu dan ayah aruah, yang masih belum menganut agama Islam lagi. Sebenarnya memang abang bersalah kerana tidak memberitau Intan lebih awal. Malah merahsiakan pernikahan abang dengan aruah Siti Mariam juga salah abang. Abang terlalu sibuk sehinggakan terlupakan perkara yang penting begini.'

'Intan tak percaya, abang ingat Intan senang nak percaya semua ni.. Salah satu sebabnya, ada email yang Intan terima dari Mr Perfect. Yang mana satu yang betul? Siapa Mr Perfect? Mr Perfect yang memberitahu pasal abang dah ada kekasih, Mr Perfect kawan sebilik abang?' aku mengasaknya dengan pelbagai persoalan.

'Mr Perfect? Ohhhhhhh..... kawan sebilik abang?' Luqman tertawa kecil.

'Mr Perfect tu memang suka ambil berat hal abang. Projek akhir abang satu kumpulan dengan dia. Mungkin dia nampak abang seolah-olah tidak dapat memberikan perhatian dengan projek, tu yang dia email pada Intan. Projek tu pun dah habis pembentangan dah. Tunggu reply dari professor je. Dia ada bagitau abang, dia minta maaf sebab email pada Intan pasal abang. Mula-mula abang marah juga, tapi benda dah terjadi, nak buat macam mana lagi kan?.. So abang minta maaf kat Intan. Please..... memang tidak ada siapapun dalam hati abang sekarang kecuali Intan dan anak abang.' Panjang penjelasan dari Luqman.

Aku tidak terkata apa-apa lagi. Aku terdiam sejenak. Cuba menghadam segala yang Luqman perkatakan sebentar tadi.

‘Ada orang datang rumah, Intan kena letak telefon dulu.’ Aku sengaja mengelak walaupun tetamu belum sampai.

‘Jangan marah ya sayang. Please forgive me.. thanks sebab mendengar penjelasan abang.’

‘Ok, bye, assalamualaikum’ aku menjawab bersahaja.
‘Waalaikumussalam’


Sebaik aku meletakkan telefon, aku bergegas masuk ke bilik, bersolat Isya’ dan bersalin pakaian kurung kapas warna jingga berbintik bunga tulip halus. Aku terus menuju ke dapur, menolong mama menyiapkan hidangan yang telah tersedia. Aku cuma menyusun pinggan dan gelas di setiap bangku. Gementarnya tidak terkira, maklumlah Dato’ yang akan berkunjung.


Selang beberapa minit, kedengaran kereta menderum di halaman rumah. Aku meyelak daun langsir dan mengendap dalam samar-samar lampu halaman.

‘Eh, macam mana boleh kereta Fareez kat sini? Pak Mat pun ada?’ bisik hatiku. Di belakang kereta Fareez menyusul van yang bertulis Hotel Grand Continental. Dato’ dan Datin turun dari kereta Fareez. Datin memegang dulang sirih junjung. Makcik Ronah pula membawa seberkas buah yang dihias dengan bunga-bungaan. Bibik Nunung dan bibik Sunarti pula masing-masing memegang kotak seorang satu. Pak Mat pula muncul dari van Hotel bersama Alia. Ada dua pembantu perempuan dari hotel tersebut juga muncul sambil masing-masing membawa kotak.


‘Eh, apa Fareez ni? Tak bagi tahu apa-apa pun? Tiba-tiba sahaja sireh junjung nih....’ Aku menggelabah.
‘Papa.. Mama...’ aku memanggil dengan suara berbisik. Baru sahaja mereka berdua muncul dari dapur, terdengar bunyi loceng rumah.


‘Eh kenapa Sue? Pucat lesi je muka? Pergi la buka pintu, tu mesti keluarga Fareez dan sampai. Jemput diorang makan terus lah ye Sue?’ Papa dengan selamba sahaja berjalan melintasiku.


Istana Pasir

Alia masih lagi seronok bermain dengan pasir. Aku mulakan dengan bismillah di dalam hati.

'Saya sudah call Luqman dan.. jawapannya memang dia sudah beristeri di sana. Full stop.' Dalam satu nafas aku menuturkan kata. Aku menarik nafas dalam-dalam. Masih terasa perit, tapi dengan kehadiran Fareez, aku merasa lega sedikit.

'Mmmm patut la sampai bengkak mata. Nasib baik la Dato' dan Datin tak de kat sini. Kalau tak, mesti Dato' terkejut.'

Alia mula bosan bermain pasir. Dia menarik tangan Fareez.

'Papa, Alia lapar lah, Alia nak makan nuget.'

'Okay, jom kita pergi beli nuget kat sana, kita ajak auntie Intan ni ye?. Kejap papa gulung dulu layang-layang ni' sifat kebapaannya terserlah.

'Lets go Intan, Alia' Fareez memimpin tangan Alia lalu membisik pada telingaku, 'Hari yang paling manis bagi I adalah harini, nak tau kenapa?' Fareez merenung padaku sambil berjalan. 'Sebab harini, I berada ditengah-tengah dua orang yang paling I sayangi...' Fareez memejamkan matanya untuk seketika.

'Papa, nak nuget ngan air kelapa lah.. Alia dah dahaga ni' Alia menarik-narik tangannya yang dipegang Fareez. 'Ok sayang.' Fareez mengangguk kepalanya. Aku cuma memerhati sahaja gelagat Fareez melayan Alia. Bagi ku Fareez memang seorang bapa yang penyayang. Nampak ketara dia memanjakan Alia seperti Dato' Shukor juga agaknya.

Sekejapan sahaja Alia sudah mulai mesra denganku.

'Intan, please, malam nanti you jangan pakai baju tidur tahu..?' Fareez memulakan perbualan denganku, setelah penat melayan pertanyaan Alia. Semua mahu ditanya, kenapa ombak bergerak macam tu, kenapa pasir ni putih, kenapa ada cengkerang ditepi pantai, dan pelbagai kenapa lagi. Memang anak yang bijak.

'Ish takkan la saya nak pakai baju tidur pulak, Dato' kan tetamu istimewa kami' jawabku bersahaja. Beberapa minit sahaja lagi akan masuk waktu maghrib. Aku dengan segera meminta diri dengan Alia, seronok sungguh dia dapat bermain istana pasir denganku, dan aku melayan dia seperti seorang puteri di dalam istana pasir tersebut. Sengaja aku melayani gelagat Alia yang manja dan keletah.

'See you in an hour!, Missing you already..' bisk Fareez sengaja menggodaku saat aku menurunkan mereka berdua di lobi hotel.

'Ish apa-apa saja lah Fareez ni'

Selesai solat maghrib, aku menukar simkad ku dari iphone ke telefon lamaku yang sudah penuh di caj. Aku mengumpul semua barang-barang pemberian Luqman tempohari perlahan-lahan ke dalam kotak. Memang pahit tetapi aku harus menghadapinya.

Sebaik sahaja telefon bimbitku di 'on' kan, bertalu-talu mesej dalam kotak smsku dan juga terdapat 21 'missed call'. Kesemuanya dari Luqman.


 


 


 


 

Wednesday, July 21, 2010

Untuk Sekali Lagi.

Memandang pada ombak dan mendengar pada desiran ombak sahaja, cukup untuk aku menenangkan hatiku. Pantai timur memang tiada pemandangan matahari di ufuk timur, Cuma ada ombak yang besar dan angin yang bertiup kencang. Kanak-kanak sedang asyik bermain layang-layang di tengah-tengah pasir pantai yang telah ditambak kerajaan negeri. Perasaan ku melayang-layang sama seperti layang-layang yang dimainkan. Berolak-alik ke kiri dan ke kanan. Bila sampai di atas sekali baru lah layang-layang itu teguh dan pegun. Aku sengaja membawa mataku dari satu layang-layang ke satu layang-layang. Asyik sungguh melihat ia melintuk-liuk ditiup angin. Tiba di satu hujung, ada satu layang-layang yang pernah aku lihat. Layang-layang Barbie?. Mataku menyusut pada pemegang tali layang-layang. Anak kecil yang berambut blond sedang terkial-kial menarik tali layang-layang tersebut. Alia. Aku melihat sekeliling Alia, tidak ternampak Dato' atau Datin' ataupun Fareez. Kenapa Alia dibiarkan keseorangan pula?. Aku berlari anak mendekati Alia. Sayup-sayup terdengar suara Fareez dari bawah pasir pantai.

'Alia... jangan jauh sangat. Kat bawah ni la main... atas tu kan nanti tersangkut pokok..' Fareez muncul dari balik cerun pasir pantai.

'Eh, Intan ada kat sini ke?' Fareez tersengih-sengih.

'Hmmm... sekarang, siapa yang ekori siapa ni?' Fareez cuba mengusikku. Usikkan yang tidak kena tempat dan waktu. Aku berganjak ke hadapan. Mencari-cari kelibat Dato' mahupun Datin.

'Dato' dan Datin pergi shopping kat Chendering. Dia kata nak tengok kompleks NorArfa Batik, so, I bawa la Alia main layang-layang. Mujur juga layang-layang ni senang nak lipat. Boleh aje masuk luggage.'

'Eh kenapa ni? You nangis?' Wajah Fareez berubah seketika. Sebentar tadi dia baru hendak berjenaka, sekarang raut wajahnya bertukar serius. Keningnya hampir bertaut. Ada sedikit janggut yang telah dicukur, iras Fahrin dalam drama.

'Sudah terang lagi bersuluh' Aku geram dengan soalannya tadi. Alia menggali pasir pantai dan menanam gulungan benang kedalam pasir. Dia mula bermain pasir pula. Memang anak yang bijak.

'Okay, now you can tell me' Fareez cuba memujukku.

Luahkannya dari dalam dadamu.

Aku terharu dengan kata-kata dari mulut mama. Betul-betul prihatin tentang hal diriku. Sudah tentu begitu perasaannya, bila hanya anaknya seorang, yang ini lah satu-satunya, dan mana mungkin dia melepaskan sebagai isteri kedua.

'Ye ma, memang nak telefon ni.' Aku meraih iphone dari atas meja, lalu mendail nombor Luqman di Australia.

'Assalamualaikum' aku segera mengucap salam bila terdengar nada dail di angkat.

'Waalaikumussalam, sayang' Luqman terus menjawab. Kenapa Luqman masih memanggil aku sayang, sedangkan dia sudah pun berpunya. Oh, hati ini tetapkanlah.

'Sue nak tanya abang. Ada sesuatu yang sangat merunsingkan tentang Siti Mariam' aku berhenti sejenak, menarik nafas. Berfikir untuk menuturkan ayat-ayat dengan betul. Mama Cuma memerhati dari jauh. Selepas mendail tadi, aku terus duduk di anjung rumah.

'Siti Mariam binti Abdullah, muallaf tu isteri abang?' Pendek tapi padat. Tepat pada sasarannya. Jawablah ya atau tidak wahai Luqman yang pernah ku sayangi.

'Mmmm. Sayang sekali, jawapan nya Ya... tapi... bukan seperti yang Sue gambarkan okay?' Luqman merayu di seberang sana.

'Tak perlu jelaskan lebih lanjut. InsyaAllah, esok Sue akan pulangkan semua barang-barang yang abang dah beri, termasuk iphone ni. Terimakasih atas segala yang kita kongsikan bersama. Assalamualaikum'

'Tapi...' aku sudah memutuskan talian. Terasa remuk redam hatiku ini. Bagai ditusuk duri yang sangat tajam. Aku bingkas bangun, mengambil tudung yang tersangkut di atas kerusi, mencapai beg tangan dan kunci kereta yang tersangkut di dinding.

'Ma, Sue nak gi pantai batu buruk sekejap ya. Pinjam kereta ya ma? Maaf la ma, tak dapat nak tolong kat dapur. Ma, dia dah mengaku ma...' aku sebak, tapi masih mampu menahan air mata.

'Tak pe la, Sue, pergi lah.. tapi balik awal sikit ye? Lepas Isya' keluarga kawan tu nak datang' Mama tersenyum walaupun disebalik wajahnya menyimpan seribu kekesalan.

Masuk sahaja di dalam kereta MyVi mama, empangan air mataku sudah tidak dapat tertahan lagi. Aku menangis sepuas-puasnya. Selang beberapa minit, aku memulakan enjin dan berlalu menuju ke Pantai Batu Buruk. Petang yang indah, aku perlu menenangkan perasaanku. Kenapa Luqman? Kenapa buat aku begini? Kenapa tidak biarkan sahaja aku sendiri, tidak perlu memberi harapan padaku, tetapi akhirnya kau yang menghancurkan harapan ini. Ya Allah, ujian apakah yang kau sendang uji aku ini. Ya Allah, kau berikanlah aku jalan keluar dari kemelut perasaan aku sendiri. Ya Rabbi, kau lah yang Maha Besar Lagi Maha Mengetahui. Aku merintih sepanjang perjalanan yang tidak sampai 10 minit itu.


 

Tuesday, July 20, 2010

Mana mulanya

Bagaimana harus aku mulakan bicara dengan mama. Mungkin mama akan faham perasaanku ini. Tentang Luqman. Hasil siasatan Dr Firdaus dan rakannya. Aku tidak boleh memendam semuanya didalam hatiku. Petang itu, usai solat Asar, aku menghampiri mama yang mula sibuk menyediakan persiapan makan malam nanti. Katanya hendak masak nasi minyak kegemaran keluarga. Daging sudah pun di atas dapur. Sekarang Cuma sedang mengupas timun dan bawang untuk dibuat acar.

Aku meringankan tangan mengambil pisau lalu mengupas bawang satu persatu. Suasana hening seketika, yang terdengar Cuma desiran daging didalam periuk.

'Mama.... macam mana kalau Sue dah buat siasatan tentang Luqman dan dapati ada keraguan pada Luqman?'

'Macam mana tu? Mama tak faham lah..' tangan mama ligat memotong timun.

'Kawan Sue ada yang belajar dekat tempat Luqman.. Sue dah minta dia tolong tanyakan hal Luqman mama'

'Habis macam mana? Apa dia cerita pada kamu?' mama terhenti seketika dari memotong timun.

'Dia kata, Luqman dah nikah dengan perempuan mat saleh..' aku meluahkan satu persatu.

'Eh, betul ke ni Sue?, nikah kawin ni jangan buat main-main Sue?' Mama nampak panik seketika. Tapi mujur juga masih memotong seperti biasa.

'Dia nikah dengan perempuan muallaf kat sana pas tu dah ada anak sorang..' nada sebak kembali berulang dalam dadaku. Mama terus berhenti dari memotong timun dan membasuh tangannya.

'Sudah nikah? Habis tu kenapa pula dia sanggup nak sunting Sue? Mama tak faham lah?'

'Iye mama, tapi Sue tak telefon lagi dengan dia, minta kepastian'

'Padan lah hati mama rasa macam berat ajer. Rasa lain macam je, bila kamu balik tiba-tiba kat rumah ' Mama meraih bahuku.

'Sabar lah sayang, tentu ada hikmah di sebaliknya. Baik Sue telefon dulu tanya hal Luqman. Kalau betul, terpulang lah pada Sue nak teruskan atau tidak. Lebih baik tidak pad a mama. Mama tak mahu anak mama jadi insan kedua yang merosakkan rumah tangga orang lain'

Akhirnya terserlah jua.

Setiba di lapangan terbang Kuala Terengganu, aku tidak menunggu lama. Dato' Shukor sekeluarga telahpun menempah limo dari hotel. Ada seorang lelaki dengan papan tanda tercatat nama Fareez, mempamerkannya di hadapan pintu keluar. Pemandu limo dari Hotel Grand Continental. Aku cepat-cepat mengambil beg ku dan ingin terus keluar dari lapangan terbang, tetapi bila memikirkan adab dan sopan seorang pekerja dengan majikannya terutama sekali aku sebagai setiausaha boss, sudah tentu aku tidak ingin di cop seorang yang sombong bila sampai di kampong sendiri. Aku tidak hipokrit, tetapi aku sekadar menghormati tetamu di kampong sendiri.

'Intan, mari lah sama-sama kami' Datin Masriah sengaja mempelawaku.

'Alah, Fareez kata hotel kita dekat dengan rumah kamu kan?' Datin tersenyum padaku. Senyuman meleret. Aku tertunduk malu.

'Err.. tak pe lah Datin, ganggu Datin bercuti pulak nanti' aku tersipu-sipu menjawab.

'Intan, jom lah, nanti I hantarkan kat rumah you. Diorang nak rehat dulu, petang nanti baru keluar. Alia tu mesti mengantuk sangat tu. Ye lah pagi tadi awal-awal sebelum subuh lagi bibiknya dah kejutkan' Fareez meraih lenganku.

Aku terasa seperti diculik oleh Fareez. Aku menurut sahaja pergerakan kaki Fareez dan keluarganya. Bimbang juga kalau-kalau ada saudara-mara ku yang terpandang kelibat aku yang dipegang Fareez.

Kami tiba di Hotel tepat jam 10 pagi. Cuaca memang panas waktu tengahari di Terengganu, terutama sekali berhampiran dengan pantai. Mungkin petang akan turun hujan, sejak akhir-akhir ini, mama ada beritahu, hujan rebut di waktu petang membawa ke malam. Tengah musim perubahan cuaca.

Seperti yang dijanjikan Fareez, selesai Fareez meletakkan begnya dan menguruskan Alia dengan Dato dan Datin, dia segera menemani ku pulang ke rumah. Berjalan lebih kurang 50 langkah, sudah tiba dihadapan pintu rumahku. Sepanjang perjalanan, aku mendiamkan diri. Hairan sekali, Fareez tidak pula bertanyakan isu yang diungkit sewaktu di dalam flight tadi.

'Assalamualaikum ma, papa, Sue balik dah ni.' Aku menekan loceng pintu, sambil menjengah kedalam. Hanya grill di luar sahaja yang dikunci. Pintu pula ternganga. Aku menguatkan suaraku.

'Mama, Papa... Assalamualaikum'.

'Waalaikumussalam.. la.. kenapa tak telefon dulu kata nak balik?' Mama meluru dari dapur keluar mendapatkan kami berdua.

Aku memeluk mama. Saat terlihat sahaja kelibat mama, terasa sebak dalam dadaku. Aku perlu berterus-terang dengan Luqman. Bagaimana pula dengan Fareez. Aku mesti membuat keputusan. Antara satu dengan yang satu. Papa keluar dari bilik. Mungkin tertidur selepas makan ubat bawah lidahnya selepas sarapan pagi.

'Ha... Fareez pun ada..' Papa menegur Fareez yang tersenyum-senyum.

'Tak bagi tahu pun nak balik? Naik flight la tu? Fareez hantarkan?' Papa menyindirku.

'Saya dating satu family pakcik. Mak dan ayah ada kat hotel.' Fareez menyalami papa.

'Ooohh...' Wajah papaku yang keruh sebentar tadi kembali cerah.

'Jemput la masuk. Ada tadi mama kamu masak nasi dagang. Ada sikit je lah, kalau tahu kamu balik tadi, mesti dia buat banyak. Ha Sue, bawa Fareez gi dapur nu, ajak makan apa-apa yang ada atas meja tu..'

Aku berlari anak mendaki anak tangga, meletakkan beg-begku yang Fareez tolong bawakan tadi ke dalam bilik yang masih terhias indah. Sewaktu aku turun kembali, Fareez sudah pun mula menyuap nasi dagang tanpa menunggu lagi.

'Mmmm sorry Intan, Nasi ni yang tak sempat-sempat nak masuk mulut I' Fareez berseloroh. Papa tersenyum. Mama pula sibuk menceduk kuah kari ikan tongkol dari dalam periuk ke mangkuk.

Aku mengambil pinggan kosong dan terus menceduk nasi dagang yang hanya tinggal sejemput sahaja lagi.

'Kalau tak cukup, I nak you masakkan untuk I boleh?' Fareez sengaja mendugaku. Papa berpura-pura tidak mendengar, sambil mengangkat surat khabar. Aku terasa geli hati melihat gelagat papa.

'Boleh. InsyaAllah, kalau tak ada hal, nanti saya masak dengan mama' aku menjawab.

'Wah... kenyang sungguh hari ni.. sedap pula tu, kejap lagi tertidur la ni...' Fareez mengusap-usap perutnya yang Nampak hampir timbul.

Selesai makan, papa berbual dengan Fareez, sejam, sejam setengah, dua jam. Aku harus memberhentikan mereka dari berbual terus-terusan. Entah apa-apa sahaja modal yang menjadi topik perbualan. Dari belakang papa, aku menggamit Fareez. Aku membuat symbol T pada tanganku, T symbol tanda berhenti sebentar. Fareez buat-buat tidak faham. Aku geram sahaja dengan tindakan Fareez. Mujur juga mama jadi penyelamat.

'Ayahnya, tolong pergi ke kedai sekejap, beli kelapa parut...?' Mama menyahut dari pintu dapur. Dari situ memang tidak Nampak kelibat aku yang menggamit di belakang papa.

'Ye lah...' Papa perlahan-lahan bangkit dari sofa. Fareez pun bangun sama.

'Saya kena pergi dulu lah pakcik' Fareez bersalaman dengan papa.

'Intan, makcik, saya pergi dulu ye' Aku mengangguk-angguk.

'Malam nanti kalau tak keberatan ajak la sekali mak ayah awak makan malam dirumah kami.' Papa sengaja meringankan mulut.

'InsyaAllah. Selepas Isya nanti kami datang' jawab Fareez.

'Ish apa-apa saja lah mereka berdua ni rancang. Mama pun tak tahu ni, tiba-tiba je nak makan malam di sini?' bisik hati kecilku.

Manisnya Kepahitan itu

Tidak aku sangka satu keluarga Fareez akan menaiki pesawat yang sama. Selalunya Dato' Shukor akan meminta aku menempah tiket. Aku tidak dapat menahan perasaan ingin tahuku ketika duduk bersebelahan dengan Fareez di dalam pesawat. Mujur juga Dato' tidak perasan dengan mukaku yang sembab akibat menangis satu malam.

'Macam mana boleh Dato' Shukor dan Datin nak ikut awak?' bisikku ke telinga Fareez ketika mereka semua nyenyak tidur.

'Saja I pelawa, tiba-tiba semua pula nak ikut.' Selamba sahaja Fareez menjawab.

Saat itu, saat yang paling manis dalam hidupku. Duduk bersebelahan dengan Fareez, mencium bau aromanya di pagi hari. Mungkin baru bangun tidur, tidak sempat untuk mandi manda atau menyembur perfume seperti selalu. Bau yang asli. Tiada tiruan. Aduh geloranya terasa menyucuk-nyucuk pangkal hatiku. Astaghfirullahal'azim... bisik hatiku.

'Ehem!..., berangan apa tu?' Tegur Fareez. Tersentak aku seketika.

'Tak ada apa-apa, saja baru nak lelap mata. Ada lagi 20 minit nak tiba kan, ingat nak rehatkan mata kejap..' aku menjawab dengan pantas. Nampak kegugupan aku.

'No, I don't think you nak tidur pun. Tell me about last night, hmmm?' Fareez tersenyum mesra, tangannya cuba mencapai tanganku, tapi aku sempat melarikan tanganku jauh.

'Nothing to tell about. I mean not right now..' aku menjawab ringkas.

'Its okay then.. I can always wait..' Fareez melelapkan matanya. Aku memandangnya dengan sayu. Seorang duda, beranak satu, kacak, lembut, berwibawa, penyayang, tapi kenapa masih ditinggalkan atau meninggalkan pasangannya?. Ah.. jodoh ditangan tuhan. Kita manusia hanya mampu merancang, sedangkan Allah ta'ala yang menentukan.

Monday, July 19, 2010

Kini ku tahu

Tepat jam 12 malam, Fareez menghubungiku mengatakan flight confirm berlepas jam 8:45pagi di KLIA. Aku mengunci jam 5:00 pagi, bimbang tidak terjaga. Elin pula mula bertugas Ahad, penerbangan ke Jakarta pula. Puas Elin berjalan, Cuma dia belum dapat menjadi peramugari untuk AirAsia-X. Itu idamannya. Air-Asia-X dapat pergi lebih jauh lagi.

Jam berdering seperti yang aku kunci, tapi waktu itu aku sudah pun bersiap-siap untuk keluar rumah. Kali ni aku minta Elin menghantarkan ke ERL.
Train pertama akan bertolak jam 5:30 pagi.

‘Thanks Elin, sorry kejut kau awal sangat. Lepas subuh nanti baru kau tido balik tau!. Kalau tidak terlepas, tak ada siapa nak tolong kejutkan’ pesanku pada Elin sambil memeluknya.

‘Ok kak.. jalan baik-baik. Kirim salam kat makcik dan pakcik ye?’ Elin menyalamku dan beredar.

Tiba di KLIA, suasana sudah mula sibuk, aku menunggu di kaunter daftar masuk yang masih belum dibuka. Kaunter akan dibuka sejam sebelum berlepas, sekarang baru jam 6 pagi, aku berjalan menuju ke surau yang berdekatan dengan restoran KFC. Cuma ada dua orang sedang bersolat di dalam. Selesai bersolat, aku kembali menunggu di kaunter daftar masuk.

‘Alia, papa nak pergi solat kejap, Alia nak ikut ke nak tunggu?’ aku terdengar suara Fareez di belakangku. Aku terus berpaling. Fareez dan seorang kanak-kanak kecil, bersama Dato’ Shukor dan Datin Masriah. Aku tergamam.

‘Err, mmmm Dato’?’ aku cuba tersenyum dan menegur Dato’ Shukor lalu terus bersalaman dengan Datin Masriah.

‘Intan, ni perkenalkan Alia, cucu Dato’ Shukor. Anak I.’ Fareez menyuakan tangan Alia yang nampak takut-takut denganku.

‘Hai Alia. Apa khabar? Auntie ada gula-gula, Alia nak?’ Aku cuba mengawal diri dari kejutan dari Fareez ini. Fareez anak Dato’ Shukor?
Anak Fareez cucu Dato’ Shukor? Di mana pula bekas isteri Fareez?
Aku tidak tahu bagaimana hendak bereaksi. Aku cuba mengalihkan perhatian ku pada anak kecil bernama Alia. Kebetulan pula gula-gula yang dibekalkan Elin ada ku bawa untuk Mama dan Papa. Gula-gula dari Bandung yang dibeli di Kartika Sari tempohari. Aku mengunjukkan pada Alia yang bersembunyi di belakang Dato’ Shukor.

‘Alia ambillah’ aku cuba memujuknya. Perlahan-lahan Alia datang padaku lalu mengambil ponjot gula-gula. ‘Thank you Auntie’. Mulutnya yang merah bagai di gincu, dengan pipi kemerah-merahan. Alia mengenakan baju sejuk berbulu di leher, bergambar Barbie dengan topi menutup seluruh kepalanya hingga menampakkan sedikit sahaja hujung rambutnya yang sedikit keperangan itu. Memang nampak anak kacukan mat saleh jelas pada wajahnya yang kemerah-merahan. Sudah tentu ibunya pun secantik anaknya.
Alia mengesat-ngesat matanya. Tentu dia masih mengantuk dikejutkan terlalu awal begini.

‘Intan, kami pergi solat dulu ye?’ Datin Masriah memegang bahuku sambil tersenyum. Kelihatan dibelakangnya Pakcik Mat pemandu peribadi Dato’ mengusung troli barangan mereka. Fareez mengangguk-anggukkan kepalanya. Kenapa hatiku terasa pedih saat Fareez memandang padaku. Mungkin bila mana mengetahui Fareez sudah mempunyai isteri dan anak?. Sebelum ini aku hanya mengambil tidak endah dengan status Fareez. Aku menganggap Fareez masih bujang alias duda. Rupanya salah tanggapanku ini. Fareez sudah dimiliki orang lain, dan kenapa pula aku berperasaan begini? Bukankah aku pun sama seperti dia? Cuma aku belum betul-betul sah menjadi milik orang. Tetapi
Fareez sudah sah pernah menjadi milik orang. Sudah tentu mereka pasangan yang sayang-menyayangi, memandang pada Alia yang kecil manis hasil dari perkongsian hidup mereka. Kenapa aku harus menaruh perasaan pada Fareez dalam diam? Aku tidak sepatutnya begini.

Mereka beramai-ramai menuju ke surau tadi. Meninggalkan aku berdua dengan Pakcik Mat. Pakcik Mat akan menyusul selepas mereka kembali dari bersolat. Pakcik Mat melabuhkan punggungnya ditempat duduk sebelahku. Dengan berkopiah putih, pakcik Mat dan makcik Ronah memang sudah lama bersama Dato’ Shukor. Aku pernah berjumpa Makcik Ronah sekali sahaja, sewaktu Datin Masriah mengajakku rewang dirumahnya dahulu. Makcik Ronah memang peramah orangnya, tetapi sayang, mereka berdua tiada anak lalu menganggap anak-anak Dato’ Shukor anak mereka sendiri. Makcik Ronah sekarang menjadi ketua pada orang gaji Dato’ Shukor. Memantau bibik bekerja sambil menemani Datin Masriah berbual-bual atau pergi mengaji.

‘Intan terkejut je nampak Fareez tadi, bila Fareez cakap Alia tu anak dia?’ Pakcik Mat menegurku.

‘Iye lah, Pak Mat, kan saya hari-hari jumpa Dato’ kat ofis, tak pernah pun Dato’ beritahu saya?’

‘Sengaja je Dato’ tak nak beritahu semua orang. Dato’ nak orang anggap Fareez tu pekerja biasa, boss yang perlu dihormati, bukan anak Dato’ yang perlu didekati. Bukan supaya pekerja dia berpura-pura sebab anak Dato’’ Pakcik Mat menyambung lagi.

‘Habis tu ibu Alia mana? Tak nampak pun?’ aku tidak dapat lagi menyimpan persoalan dalam benak fikiranku. Lebih baik aku bertanya dengan Pakcik Mat dari bertanya secara langsung dengan Datin Masriah, apatah lagi pada Dato’ hal-hal peribadi. Nampak sangat aku tidak dapat mengawal perasaan ingin tahuku ini.

‘Ohhh.... ibu Alia dah lama tak ada, dari baby lagi. Ibunya di UK kata Fareez. Dulu pun Datin bising juga masa Fareez berkahwin dengan perempuan mat saleh. Tapi sudah nikah, Dato’ dan Datin setuju aje.’

Wednesday, July 14, 2010

Janji tinggal janji

Mujur juga Dr Firdaus seorang yang sangat mengambil berat hal kawan-kawan termasuklah aku.

'Intan, I rasa ada something going on with your Luqman' Dr Firdaus memberitahu lewat telefon malam tadi.

'Kenapa? Dah dapat jejak Siti Mariam tu ke?' aku menggesanya.

'I nak jumpa you sekarang boleh?. Kalau tak keberatan.'

'Boleh, lepas Isya' la ye? Dah dekat nak azan dah ni.'

'Ok, I sampai lagi setengah jam, you kat persint 9 kan? I baru habis shift standby ni'

'Ok, see you then' aku berdebar-debar saat memutuskan perbualan. Selawat Intan, moga ketenangan berada di dalam hati ini.

Usai solat Isya' aku terus turun ke lobi tanpa menunggu panggilan dari Dr Firdaus.

'Intan, Doc dah contact you ke?' SMS dari Fareez muncul di skrin iphoneku.

Aku sengaja membiarkan tanpa membalasnya. Sampai di lobi, Dr Firdaus sedang menunggu di dalam kereta Picanto hijaunya.

'So, macam mana?' aku dengan tidak sabar-sabar bertanya pada Dr Firdaus sebaik melabuhkan punggungku di kerusi sebelah pemandu.

'I harap you bertenang. Kawan I yang tengah buat pHd tu, memang dia kenal sangat dengan Dr Luqman. Memang dia popular kat Universiti tu. Dr. Luqman suami Siti Mariam. Err..... Siti Mariam Abdullah. Muallaf yang dibawa Dr Luqman masuk Islam setahun yang lalu, dan mereka sudah ada baby girl kat sana umur 3 bulan.' Tenang Dr Firdaus menuturkan kata-kata.

Telingaku terasa berdesing. Kepala ku berdenyut-denyut. Aku tidak tahu hendak berkata apa lagi. Tetapi kenapa? Kenapa dia harus merahsiakan perkahwinannya dariku. Tambahan pula mengapa dia menghantar rombongan merisik pula? Apa motif Luqman... dan iphone yang dihadiahkan ini, apa istimewanya jika dia sudah mempunyai suri dihatinya.

'Mmmm....err... thanks doc.. thanks a lot.. ' suaraku sebak. Aku keluar dari keretanya yang masih belum bergerak, lalu berlari anak menuju ke lif. Aku perlu bersendirian. Aku perlu membuat keputusan. Aku mesti memberitahu mama. Mesti...

Sebaik membuka pintu rumah, aku meluru ke dalam bilik dan menguncinya dari dalam. Tidak tahu apakah aku harus menangis ataupun ketawa. Tetapi hatiku terasa sangat hiba. Aku terasa seperti dipermain-mainkan. Aku terpedaya dengan perasaan diriku. Aku yang sentiasa berharap, sedangkan dia di sana tidak merasakan apa yang aku rasa. Pedih, pilu, semuanya menjadi satu. Sakit hati tidak terkira. Di hadapan meja solek, aku melihat mataku yang merah, digenangi dengan air mata. Aku melucutkan tudung pink pemberian Luqman yang aku pakai tadi. Bingkas bangun dan menuju ke bilik air untuk membasuh muka dan mengambil air sembahyang. Aku perlu berserah kepada Allah ta'ala.

'tuk tuk tuk...' kedengaran ketukan di pintu bilik. 'Kak Intan... kak Intan.. are you okay?' terdengar suara Elin diluar. Aku yang baru hendak memakai kain telekung bingkas bangun membuka pintu bilik. 'Okay Elin. Tak de apa-apa, tak perlu risau. Akak nak solat sunat sekejap'

'Ooo okay, kalau kak Intan ada apa-apa masalah, Elin sedia mendengarnya' ujar Elin, dia nampak risau. Mungkin ketika aku meluru ke bilik, dia sedang enak menonton rancangan 'Biggest Loser' di rangkaian Astro Hallmark.

Selesai bermunajat kepada Allah swt. Sekali lagi sms masuk ke dalam iphoneku.

'Selamat Malam, jika sudah tidur, jika belum sila la balas sms ni... I setia menunggu dan mendengar kalau you call...' Fareez lagi. Masih belum putus asa dengan sms yang tidak berbalas sebelum ini.

Aku membalas. 'Belum tidur, tapi tak mahu call' tidak sampai seminit aku menghantarnya, iphone ku bernyanyi-nyanyi.

'Assalamualaikum.. Are you okay my girl?'

'Waalaikumussalam. Okay' suaraku terdengar seperti sengau, orang baru lepas menangis.

'Hope everythings comes out fine..' ujar Fareez lagi.

'Fine' sepatah aku menjawab.

'I know its not fine now... you just wait there until I come okay?' Fareez cuba memujukku.

'Tak perlu, dah lewat malam. Saya kena balik kampung esok.' Mujur juga esoknya Sabtu, aku harus beli tiket kapal terbang dan balik berjumpa mama. Aku mesti beritahu hal ini kepada mama secepat mungkin.

'I ikut ye?'

'Eh tak boleh!' teringat aku dengan mimpi ngeri yang baru berlaku dua tiga hari lepas.

'You jangan takut, I tak pergi sorang..' ujar Fareez lagi.

'First flight kan? I buat kan booking for you okay? Kalau dapat, I 'll call you back'

'Okay..' mujur ada orang yang ingin menghulurkan tangan saat aku terkapai-kapai. Aku memutuskan talian.


 


 

Tuesday, July 13, 2010

Satu persatu menjadi nyata

Pagi lagi aku sudah tiba ke pejabat. Aku tidak sabar-sabar lagi ingin memberitahu cadanganku pada Fareez. Supaya Fareez menyamar dan menyiasat siapakah Siti Mariam, sayangnya hingga tengahari Fareez tidak muncul-muncul. Mungkin terlalu sibuk dengan urusan kerja.

Aku baru sahaja hendak bangun menuju ke tandas untuk mengambil wudhu' tiba-tiba sahaja Fareez muncul di depan kubikel ku.

'Macam mana? Dah call?'

'Sudah. Saya nak minta tolong awak, jadi PI akak Private Investigator saya lah..' aku terus-terang dengan Fareez tanpa berlengah-lengah lagi.

Fareez termenung seketika. Aku merenung ke wajahnya. Baru bercukur agaknya, nampak bersih dan kemas. Malam tadi perasaan aku, aku jambang meliar dihadapan telinganya, tetapi hari ni nampak kemas sekali. Aku menundukkan mukaku.

'Apakata kita minta tolong Dr Firdaus. Mungkin dia ada kawan yang belajar di sana?, atau student dia yang sambung belajar di sana?' Fareez memberi cadangan. Aku tersenyum girang. Kenapa aku boleh terlupa dengan Dr Firdaus, padahal Dr Firdaus lebih rapat berbanding dengan Fareez.

Petang itu juga aku menghubungi Dr Firdaus. Aku ceritakan dari A hingga ke Z dan dia bersetuju untuk menghubungi salah seorang rakannya yang sambung belajar ke Universiti yang sama.

'Intan, mmm bulan hadapan I InsyaAllah jika tak ada aral, I akan bernikah dengan Suraya. Walaupun dia masih belum boleh bekerja seperti biasa, tapi dia pun dah setuju. Minggu depan I akan hantar rombongan meminang Suraya di Kota Damansara. Jemput lah jadi rombongan bagi pihak I sekali ye?. Nanti malam I contact you balik, tentang sisatan I dengan hal rombongan tu nanti.' Terdengar suara Dr Firdaus di sebelah sana gembira.

'Alhamdulillah. Tahniah Doc. Akhirnya impian doc jadi nyata. InsyaAllah I akan ikut rombongan you tu nanti' aku tersenyum.

Aku tahu Sally memang mendapat cuti sakit hingga 3 bulan. Tapi tidak sangka pula dia akan melangsungkan pernikahan dalam tempoh itu. Inilah yang dikatakan jodoh. Harap-harap Doktor Firdaus dapat membimbing Sally ke arah jalan yang lebih diredhai Allah swt.

'Jom jogging petang ni' tiba-tiba Fareez muncul. Ketika itu aku sedang menyiapkan jadual Dato' Shukor untuk esok harinya. Mesyuarat dan temujanji dengan pengarah syarikat di utara tanahair.

'Opocot... Ish kalau ye pun bagi la salam dulu' aku sedikit terkejut dengan kemunculannya secara tiba-tiba.

'Mmm.. Err...' aku sudah tidak ada alasan lagi.

'Ok lah.. I balik tukar pakaian dulu ye. Tapi jogging dekat Bukit Melawati sajalah. Nak patah ke cyber dah malas lah.'

'Ok, up to you. I tunggu kat Bukit Melwati jam 6 petang.' Fareez melihat jam di tangannya.

'Ada setengah jam lagi cik adik. Jom balik'

'Ok, 5 minit lagi saya balik.'

Bukit Melawati yang terletak di tengah-tengah bulatan Putrajaya itu meriah dengan para pengujung yang datang untuk beriadah. Rata-rata kakitangan kerajaan yang datang dengan tujuan untuk berjogging. Suasana persekitaran yang menarik dengan trak jogging memang menarik perhatian orang ramai. Aku pula sudah agak lama tidak mengunjungi kawasan ini. Beberapa orang kanak-kanak riang berlari-lari mengejar ayah mereka dengan basikal. Trak jogging yang disediakan agak lebar dan membolehkan beberapa orang menggunakannya dengan basikal.

Setibanya aku di sana, tepat jam 6 petang. Fareez sudah pun memulakan sessi memanaskan badannya diatas padang bersebelahan dengan pondok tandas dan persalinan pakaian. Aku terus mendapatkannya dan ikut serta memanaskan badan. 5 minit kemudian kami mula berjogging mengikut trak. Fareez Cuma dia disepanjang separuh jogging trak tersebut, aku pula sudah termengah-mengah setibanya di puncak bukit.

'Fareez, mengah lah, Nak jalan je lah' aku bercakap sepatah-sepatah. Mengah tidak terkira. Seperti tidak cukup oksigen lagaknya. Jantung aku berdegup kencang. Memang sudah hampir setengah tahun aku tidak berjogging. Sengaja bermalas-malasan mengikuti sinetron drama indonesia. Badan pun jadi malas.

'Ok.. Macam mana doktor Firdaus? Ada perkembangan tak?' peluh membasahi muka Fareez. Dia mengelap dengan tuala yang diletakka disekeliling lehernya. Baju dan seluar joggingnya berwarna putih, kebetulan pula sama denganku. Aku dapat merasakan setiap orang yang melintasi kami akan melirik pada kami. Mungkin mereka memikirkan yang kami pasangan pengantin baru.

'Malam nanti' aku menjawab sambil termengah-mengah.

'Eh, jom kita tengok bangunan disebelah sana..' Fareez menunjukkan pada teropong pandangan jauh yang sengaja diletakkan di puncak bukit melawati. Kelihatan bangunan kompleks kerajaan berdiri megah dengan pelbagai bentuk yang menarik.

'Cantik pemandangan dari sini. Hmmm lebih cantik kalau dapat dikongsi bersama orang yang kita sayang kan?' Fareez berbisik seolah-olah bercakap dengan diri sendiri. Aku tersenyum. Indahnya perasaan ini. Tetapi aku masih dalam persimpangan. Tidak dapat tidak, aku harus mendapatkan maklumat lanjut dari Dr Firdaus dengan segera. Malam nanti aku akan paksa Dr Firdaus memberi maklumbalas.

'Eh, dah dekat nak pukul 7, saya nak balik dah' aku cuba mengalihkan tumpuan.

'Jogging, peluh pun tak keluar, dah siap?' Fareez mengusik.

'Mana ada peluh tak keluar, ni yang basah tudung ni, boleh perah tau... Saya pakai tudung mestilah tak nampak peluh kat dahi..'

'Peluh kat dahi tak nampak, tapi peluh kat hidung, orang kata peluh kat hidung tu perangai kuat cemburu tau..' Fareez mengusik lagi sambil tersengih-sengih.

'Ye lah. Kuat cemburu. Apa-apa pun tak de kena mengena dengan awak'

'Eh, ye ke? Kalau tak de kena mengena, kenapa you nak jogging dengan I?' dia mengusik lagi. Aku tersipu-sipu malu.

'You tahu tak?, orang lain pandang kita tau, kita ni macam merpati dua sejoli...' Fareez membisik ke telingaku. Aduhai, berdiri bulu romaku, saat dia membisik ke telingaku. Bau badan peluh bercampur perfume nya memang menggodaku.

'Saya nak balik lah!' aku terus berjogging balik ke MyVi yang terparkir disebelah keretanya.

'Oit... perlahan lah sikit... hehehehehehe' Fareez mengekeh-ngekeh mengejarku dari belakang.

'Ingatkan dah tak larat tadi? Rupanya lari lagi laju dari I' Fareez tercungap-cungap saat sampai ke keretanya.

'Okay. Saat manis ini akan I kenang sampai bila-bila' Fareez tersenyum girang. Aku tunduk termalu-malu. Aku terus memasukki keretaku dan memulakan enjin kereta.

'Ok, nice jogging with you. See you tommorrow, or I'll call you tonight okay?' Fareez menitipkan pesan saat aku mengundurkan keretaku. Aku mengangguk dan mengucapkan salam. Di dalam hatiku terasa ada bunga-bunga kecil saat aku meninggalkan Fareez tadi. Sedar-sedar sahaja aku sudah berada di bawah flatku. Elin sudah mengadap tv dengan cerita sinetron Indonesia yang sudah hampir tamat.

'Wahh... jogging ke? Dah lama kak Intan tak joggin? Tiba-tiba je jogging? Ada mimpi ke malam tadi?'' Elin tersengih-sengih mengusikku.

'Memang mimpi, mimpi ngeri tau malam tadi...' aku menyahut sambil menjenguk ke dapur.

'Elin ada bawakan akak kek brownies Amanda dengan kek cheese Kartika Sari. Pisang Mollen, Durian Mollen sedap tau!'

'Mmmm sedapnya, lepas mandi ni nak makan lah!, baru jogging hilang berapa kalori, tambah lagi beribu kalori..hehehehehehe' aku tersengih lalu masuk ke bilikku.

Jauh dimata di hati jangan

Aku memejamkan mataku rapat-rapat. 'Tuk tuk tuk...tuk tuk tuk' kedengaran pintu diketuk dari luar. Perlahan-lahan aku membukakan mataku. Keadaan diluar masih gelap. ' Astagfirullahal'azim... aku bermimpi rupanya...' Ngeri sungguh mimpi tadi. Baju tidurku habis basah akibat peluh. Baru aku teringat, sebelum tidur aku tidak membuat persediaan. Jam dinding menunjukkan 5:30 pagi. Masih terlalu awal. Bunyi yang mengejutkan aku tadi rupanya dari rumah sebelah. Mungkin jiranku yang bertugas sebagai nurse di Hospital Putrajaya baru pulang dan terlupa membawa kunci. Elin pula memang tiada di rumah, dia dijadualkan pulang jam 9pagi ini. Penerbangan pertama dari Bandung ke KLIA.

Aku bingkas bangun dari tempat tidurku, Katil Queen yang di beli mama dan papa 5 tahun yang lalu. Rumah sewaku ini pun kawan papa yang punya. Aku mendapat kadar sewa yang agak murah berbanding dengan jiran-jiranku yang lain. Setelah berkongsi dengan Elin, aku hanya perlu membayar 150 sahaja sebulan. Mama dan papa memang suka menghias rumah. Setiap kali datang, tentu ada sahaja barang yang diborong di Nilai untuk menghias rumah sama ada di kampung atau pun rumah sewaku ini. Memang untuk kawan papa, bilik tidur bertemakan pink, ruang tamu pula berona biru lembut di tampal pula dengan stiker ikan di lautan. Di tepi sudut bersebelahan dengan televisyen pula sebuah aquariuam bersaize 5x3kaki, di dalamnya lebih kurang 10 ekor ikan guppy setia menemaniku saat aku keseorangan di waktu hujung minggu. Sofa berbentuk L, terletak kemas di hujung ruang tamu, bersama permaidaini lembut berbulu. Semuanya dibeli di Nilai.

Selesai mandi dan mengambil wudhu' aku bermunajat kepada Allah swt. Tidak berapa lama kemudian, azan subuh pun berkumandang dari surau di bawah.

'Assalamualaikum Luqman' Dengan masih berpakaian telekung, aku nekad menghubungi Luqman usai solat subuh.

'Waalaikumussalam. Apa khabar sayang di sana? Abang baru saja nak keluar rumah tadi, nak pergi dewan bedah' sahut Luqman.

'Khabar baik.. Mmmm Intan dapat email dari unknown. Email yang mengatakan abang sudah ada hubungan dengan orang lain. Betul ke?' sepatah-sepatah perkataan yang aku karangkan sejak malam tadi keluar dari bibirku.

'Hubungan?... Ohhh... ini mesti kawan abang yang satu kuliah hari tu.. Kawan-kawan di sini suka sangat nak menjodohkan abang dengan dia. Tapi abang tak setuju. Abang pernah bagitau dia pasal Intan. Tapi dia tidak mahu terima hakikat yang hati abang sudah dimiliki sejak dahulu lagi. Intan jangalah risau, nanti abang terus-terang dengan dia' panjang Luqman memujukku.

'Siapa nama dia?' Tetapi kenapa hatiku masih lagi berbolak-balik.

'Siti Mariam, itulah abang pun jadi serba salah dengannya.' Keluh Luqman disebelah sana.

'Okay lah kalau macam tu. Risau juga dengan email yang tak diketahui siapa penulisnya. Dulu masa abang tak hantar rombongan merisik, tak ada pula orang yang nak claim dia tu kekasih hati abang... Tup-tup je sekarang nak mengaku pula' aku berseloroh sambil tersenyum. Selesai satu perkara. Tidak perlulah aku memulangkan cincin belah rotan Luqman.

'Ye lah, abang kena pergi dulu ni. Nanti malam abang call lagi. InsyaAllah dalam 2 bulan lagi abang akan pulang ke tanahair. Jadi masa tu abang nak hantar rombongan bertunang dan terus nikah. Boleh?' berdegup jantungku mendengarkan cadangan dari Luqman.

'Ok, nanti malam lah kita bincang lagi. Assalamualaikum dan good luck'

'Waalaikumussalam' talian diputuskan oleh Luqman.

Sudah terang aku tidak perlu risaukan email yang di hantar oleh Mr Perfect. Tapi aku tidak boleh percaya bulat-bulat akan jawapan Luqman. Bagaimanapun aku harus siasat perkara ini dengan sebenar-benarnya. Aku perlukan bantuan dari Fareez untuk menyamar dan bertanyakan tentang Siti Mariam.

Monday, July 12, 2010

Pagi yang Dingin, hatiku sayu.

Setibanya aku di KLIA, aku bergegas daftar masuk di kaunter penerbangan MAS ke Kuala Terengganu. Ada masa lagi satu setengah jam, tetapi aku lebih selesa untuk menunggu di pintu berlepas. Suasana masih pagi lagi. Sebentar tadi sudah kedengaran azan Subuh dari iphoneku. Penerbangan pertama yang aku tempah adalah pada jam 7:10pagi. Jadi aku masih ada masa untuk bersolat subuh di dalam balai berlepas.

Usai solat, aku kembali ke pintu berlepas. Kelihatan beberapa orang sudah pun memenuhir barisan hadapan tempat duduk. Dalam satu baris, disebelah hujung sana, terlihat satu kelibat yang iras seseorang yang aku kenali. Perlahan-lahan aku berjalan menghampiri lelaki itu.

'Eh.. apa dia buat kat sini?' bisik hatiku. Memang tidak salah lagi, Fareez yang duduk di hujung sebelah sana.

'Fareez?' aku menegurnya, dia berpaling. Memang betul itulah Fareez.

'Ya! Ha, nasib baik satu flight dengan you' jawab Fareez sambil tersenyum.

'Kenapa awak nak pergi ke Kuala Terengganu?' persoalan penuh di ruangan minda ku.

'I nak temankan you lah. Hari ni kan Sabtu, tak kerja. Nasib baik ada standby tiket tadi. Dapat lah satu flight dengan you. Sampai hati you tak bagi tau nak balik kampung hari ni..' Aku terdiam sejenak tanpa persoalan lagi.

Kapalterbang mendarat tepat jam 845pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud. Aku menunggu bagasi di kaunter bagasi. Sementara itu Fareez pula tiada bagasi, dia sengaja berdiri di sebelahku menemaniku.

'Lepas ni, boleh tak you tunjukkan I, hotel yang paling dekat dengan Pasar Payang?, I ingat nak jalan kaki je pergi pasar. Saja nak tengok-tengok, aritu memang tak sempat nak beli apa-apa oleh-oleh pun dekat family..'

'Boleh..jom lah' aku mengajaknya sambil menarik bag dari conveyer-belt. Fareez segera menolongku. Beg ku tidak lah seberat mana, Cuma berisi beberapa helai pakaian sahaja. Tapi aku malas untuk membawa naik ke bahagian penumpang.

Aku mengambil kupon teksi dan membawa Fareez ke Hotel yang paling dekat sekali dengan pusat bandar Kuala Terengganu MingStar Hotel, yang sangat dekat dengan pelbagai kemudahan. Di hadapan bangunan hotel tersebut, ada satu bangunan Bank Rakyat, dan deretan bank-bank lain seperti Maybank, Tabung Haji, CIMB dan Bank Islam. Hanya berjalan kaki tidak sampai 2km akan tiba di Pasar Payang.

Fareez mengajakku naik ke bilik hotel yang telah ditempah, hanya untuk melihat kondisi bilik tersebut. Aku pun tanpa sebarang soal jawab, hanya bersetuju dengan cadangannya, memandangkan hotel tersebut telah beroperasi lebih dari 30 tahun. Mungkin ketidakselesaan akan timbul pada sesetengah bilik. Bilik air bocor atau tidak boleh pam, Katil patah, atau pun carpet berbau. Perkara yang lazim bagi sebuah hotel yang tidak dijagai dengan baik.

Sebaik pintu bilik tertutup, Fareez terus beredar menuju ke biliknya untuk memeriksa bilik air dan katil. Dia meletakkan beg ke dalam almari, sementara aku memeriksa ruangan pantri. Dengan tidak semena-mena bunyi loceng dari bilik hotel mengejutkan aku. Fareez pula sudah masuk ke dalam bilik air untuk menanggalkan baju dan seluarnya yang agak kotor setelah terpercik jus comlimentary oleh MAS di dalam kapal terbang tadi. Aku pun membuka pintu bilik.

'Assalamualaikum cik.. saya dari jabatan agama, kami dapat laporan mengatakan ada berlaku perkara yang tidak sopan di bilik ini. Boleh kami periksa bilik?' tanya seorang lelaki berpakaian muslim dan berkopiah putih. Menyusul di belakangnya 5 orang lelaki lain yang juga berpakaian yang sama. Dia menunjukkan kad kuasa padaku.

'Waalaikumussalam..' aku tergamam. Fareez pula keluar dari bilik air dengan bertuala. Perlahan-lahan aku mengundur ke belakang mencari sofa. Terasa kepalaku berdenyut-denyut. Situasi sebegini seringkali aku baca dalam majalah metro, kes tangkap khalwat. Ohhh Tidak... adakah aku juga terperangkap dalam kemelut khalwat begini. Ya Allah, kenapa aku diuji sebegini?... Terjelepuk aku diatas sofa bilamana pegawai agama tersebut mengatakan bahawa aku ditangkap khalwat. Sedangkan baru beberapa minit sahaja aku naik ke atas, untuk memeriksa ruangan pantri bilik ini. Ya Allah..ampuni lah dosaku.. Di manakah akan aku letakkan muka ku ini...

Sunday, July 11, 2010

Hatiku hatimu adakah bertemu?

Tepat jam 10:30 iphoneku berbunyi. Fareez sudah tiba di lobi flatku. Aku bergegas mengunci pintu rumah dan menekan lif keluar. Sesampai di lobi ku lihat BMW nya sudah sedia terparkir di hadapan tangga. Aku menjenguk ke dalam kereta, memang sah Fareez di dalam. Mungkin sedang enak mendengar radio. Aku mengetuk cermin kereta.

'Assalamualaikum'

Fareez memaling padaku sambil tersenyum. Dengan segera di menekat butang unlock. Aku membuka pintu dan memasuki kendeeraannya yang berbau AmiPur SeaBreeze. Kali ini memang sudah tidak lagi bau perfume yang seringkali dipakai di pejabat.

Fareez memandu menuju ke Seri Kembangan. Dia memarkir di hadapan restoran PapaRich yang terletak dihujung bangunan 4 tingkat. Sungguhpun malam semakin larut, tetapi pelanggan di cafe tersebut semakin ramai. Ada juga beberapa wanita arab menuju ke condo yang berhampiran, mungkin tinggal di situ.

'Macam mana? Boleh cerita?..' ujar Fareez selepas memesan kopi dan roti bakar untuk kami berdua.

'Mm macam mana nak mula dari awal ye? Saya sebenarnya tak tahu nak luahkan pada siapa lagi masalah saya ni.....' aku cuba mencari permulaan.

'Tak apa, you boleh mula dari mana-mana pun.. I sedia mendengar' Fareez tersenyum lagi.

'Minggu lepas, semasa saya dikampung, ada rombongan merisik datang' satu-satu keluar dari mulutku.

'Habis, you terima ke?' aku lihat wajah Fareez berubah. Air mukanya nampak kecewa, tetapi dia cuba mengawal nada suaranya.

'Belum lagi. Semalam saya terima email dari orang yang tak dikenali. Dia kat bakal tunagan saya sudah mempunyai kekasih hati di sana. Dia dekat Australia, sambung belajar lagi'

'Ohh.. macam tu. Jadi sekarang hati you di mana? Masih menaruh harapan dengan bakal tunangan you atau sudah kecewa?' soal Fareez tidak lagi tersenyum. Mujur kopi panas dan roti bakar sampai, lalu dia mengalihkan pandangannya pada kopi panas tersebut.

'Saya ingat nak putuskan, tapi mama minta saya siasat dulu siapa yang hantarkan email. Mana tahu, ada yang sengaja menangguk di air keruh'

'Mmmm.. macam mana ye? Cuba you call tanya kebenaran yang sebenar?'

'Memang lah, tapi saya tak ada keberanian lah nak call...'

'Call la sekarang. Mana tau dia belum tidur lagi, sana dengan sini Cuma awal sejam saja.. ni baru jam 11. Kat sana mungkin baru jam 12, boleh lagi ni'

Aku terdiam berfikir-fikir. 'Esok pagi-pagi saja lah, saya takut dia tidur, nanti entah apa yang dibualkan. Perkara ni serius.'

Fareez menghirup kopi yang hampir sejuk. Mataku makin segar setelah ikut sama meneguk kopi panas yang terhidang. Aromanya yang sungguh enak memang memukau pelanggan. Terasa lega sedikit kepalaku setelah meluahkan persoalan dalam benak fikiranku. Esok pagi-pagi aku nekad akan menghubungi Luqman untuk merungkaikan persoalan. Fareez menghantarku pulang setengah jam kemudian.

'Oklah, I risau bawa anak dara orang pulang lewat malam, nanti apa jiran-jiran you kata pulak.' Ujar Fareez semasa menurukan aku ke lobi. Dia turut menemani aku hingga ke pintu rumah. Aku diam tanpa membantah.

'Sampai sini saja, esok saya akan telefon dan beritahu apa keputusannya' aku membuka mangga pintu.

'Terimakasih kerana sudi mendengar hal saya. Maaf sekali lagi kalau saya mengganggu masa awak bersama keluarga...Assalamualaikum'

'Waalaikumussalam' aku menutup daun pintu tanpa menunggu Fareez beredar. Aku perlu menguatkan hati. Teringat pesanan ustaz semasa belajar dahulu, jika berdua, sudah tentu ada yang ketiga, dan yang ketiga itu adalah syaitan. Jadi elakkan dari berdua. InsyaAllah aku akan selalu ingat pesanan ustaz tadi.


 

Masih Adakah Lagi Ruang Untukku?

Alia menjerit kegirangan saat terlihat Fareez membawakan gula-gula Ferro Roche pulang. Kecil lagi sudah pandai memilih coklat kegemarannya. Bukan semua coklat akan dimakannya. Puas atoknya memujuk sewaktu di Dubai. Setiap kali ke shopping mall, hanya Ferro Roche, Daim yang dicarinya. Setiap kali Fareez menelefon ayahnya di Dubai, setiap kali itulah yang diadu Alia.
‘Thankyou papa.’ Alia mencapai Ferro Roche dari tangan Fareez dan mencium pipi Fareez.
‘Alia, boleh tak coklat ni kita kongsi?, papa beli dua kan kat dalam plastik tu?’ Fareez memujuk Alia. Sengaja dibelikan Alia dua bekas Ferro Roche 23 pieces dalam satu tray. Dia ingin membawa Alia bertemu kekasih hatinya.
‘Ala.... ni kan coklat Alia... mana boleh bagi orang lain’ mulut yang kecil dan comel itu berkata-kata. Dengan rambut sedikit blond di tocang dua dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
‘Mmmm Alia nak tahu tak, kalau kita sayang kat seseorang tu, mesti kita bagi barang yang paling kita sayang, atau kita kongsi apa saja yang kita suka pada dia kan?’ Lembut suara Fareez, sambil melutut paras Alia.
‘Boleh Alia kongsi satu kotak dekat kawan papa? Demi papa? Boleh?’ kata Fareez sambil mengusap-usap belakang bahu Alia. Alia yang memakai gaun kuning berbunga kecil berlari masuk ke dalam rumah.
‘Atokkk... atokkk... papa kedekut.. dia bagi Alia tapi dia nak ambil balik...’ jerit Alia ke dalam rumah. Dia berlari menuju ke belakang rumah. Di belakang rumah kelihatan Dato’ Shukor sedang bersantai bersama Datin Masriah. Satu set kerusi kayu jati mengadap kolam buatan kecil sedang mengalirkan air, didalam kolam tersebut terdapat empat hingga lima ekor ikan kap jepun yang kelihata menari-nari mengejar diri masing-masing.
‘Ada apa lagi Alia...?’ Datin Masriah menegur Alia lalu memeluknya.
‘Ummi, saja je Izz nak tengok reaksi Alia.. Susah nampak nya kalau macam ni’
‘Tak perlu risau lah Izz, budak kecil, mula-mula je dia tak mau kongsi, nanti dah lama entah-entah tak boleh nak berengang langsung kot?’ Datin Masriah memujuk sambil menarik Alia masuk ke dalam bilik mainan yang bersebelahan dengan ruang makan.
‘Macam mana perkembangan Sally daddy? Sudah boleh bercakap kah dia?’ tanya Fareez pada Dato; Shukor. Sebagai seorang majikan, Dato’ Shukor merasa bertangggung jawab mengetahui perkembangan anak buahnya terutama sekali di bahagian pemasaran.
‘Daddy dah pergi ziarah dia petang semalam, dia pun dah beransur sembuh, Cuma dia tidak banyak bercakap. Doktor kata mungkin ada gegaran pada saraf otaknya walaupun tiada sebarang kecederaan pendarahan... waullahu’alam. Walaubagaimanapun, kita terpaksa carikan pengganti untuk kendalikan anak-anak buah dia yang di bahagian pemasaran. Mungkin dia akan ambil masa 2-3 bulan untuk sembuh seperti sediakala. Itu pun doktor kata dia perlukan pemeriksaan lanjut pada bahagian otaknya...’
‘Izz rasa bersalah pula, sebab Izz lah dia kena langgar...’ keluh Fareez sambil menggosokkan tangannya kepala, tanda kesal.
‘Tak perlulah kamu rasa bersalah Izz, semua kejadian ini adalah kehedak yang Maha Esa. Kalau Dia mengkehendakinya jadi, maka jadilah ia..’ pendek nasihat Dato’ tetapi memberi seribu makna buat Fareez.
Malam itu selesai makan malam, Fareez menemani Alia ke bilik tidurnya. Memang Fareez sengaja mengajar Alia tidur sendirian di bilik sendiri, walaupun Datin Masriah tidak bersetuju.
‘Masa Alia pergi ikut atok naik kapal terbang, Alia ingat papa tak?’ tanya Fareez sambil mengusap-usap rambut Alia. Sengaja mengajaknya berbual sambil menidurkannya. Terasa rindu yang membuak-buak tempohari terubat bilamana mendengar suara Alia yang keanak-anakkan. Comel.
‘Ingat... kenapa papa tak nak ikut kiter? tapi tak best sebab tak de coklat yang sedap macam papa beli tadi..’ Comel gelagat kanak-kanak yang tidak ada dosa.
‘Papa kena buat kerja kat sini, nanti bila-bila ada masa papa pergi dengan Alia sorang ajer ye? Pastu papa carikan coklat yang sedap macam yang papa beli tadi. Tapi kan, kalau coklat tu kongsi dengan orang yang kita sayang, lagi sedap tau?’ pandai Fareez memutar-belitkan ayat supaya Alia menerima ayat kongsi.
‘Oooo ok.. kenapa kalau kita kongsi dia jadi sedap papa?’ Alia yang hampir terlelap matanya masih mampu bertanya.
‘Sebab kita sayang dia, kongsi tu maknanya sayang... macam papa kongsi dengan Alia coklat tadi kan, coklat tu jadi sedap...’ sayup-sayup suara Fareez dipendengaran Alia. Seminit kemudian kedengaran dengkuran kecil Alia.
‘Mmmm dah tidur pun.. harap-harap gelombang tadi sampai ke Alia.’ Fareez mempraktikan nasihat yang didengar dalam radio IKIM.fm tentang nasihat ibu pada anak-anak yang hampir-hampir terlena oleh Dr Fadhilah Kamsah. Nasihat ketika otak sedang hendak berehat, gelombang tersebut akan sampai ke otak luar sedar dan akan membawa kepada sifat anak tersebut.
Fareez mencium lembut ke dahi Alia, lalu bangun untuk menutup lampu Barbie diatas meja sisi katil. Bilik yang terhias indah berwarna merah jambu muda, dengan feature wall merah jambu kuat, semua atas permintaan Datin Masriah saat Fareez membawa pulang Alia ketika masih berumur 3 bulan. Mulanya memang Fareez yang tidur dibilik tersebut, tetapi setelah usia Alia 4 tahun setengah dan sudah tidah menyusu botol, Fareez mengajar Alia tidur sendirian di bilik. Itu pun setelah puas bertelagah dengan Datin Masriah.
‘Sudah tidur, sekarang masa untuk memujuk bakal mama nya..’ bisik hati kecil Fareez sambil menuruni anak tangga menuju ke ruangan santai dihadapan kolam renang. Kolam renang yang sunyi, dan bising bila waktu hujung minggus sahaja, waktu sepupu-sepupu Alia datang menemani atok dan nenek mereka.
Baru sahaja Fareez mendail nombor Intan, bibik Nunung menghampirinya.
‘Encik, jemput minum kopi ya.’ Bibik menghulurkan secawan kopi panas ke atas meja bulat kecil yang terletak disebelah kolam. Fareez mengangguk-angguk.
‘Ada apa-apa lagi encik?’
‘Sudah, terimakasih’ Fareez mengangkat tangan tanda tidak mahu diganggu.
Nada dering kedengaran disebelah sana. Masih tiada jawapan. ‘Takkan lah sudah tidur, baru jam 10’ bisik hati Fareez. Dia mencuba kali kedua. Tidak berapa lama kemudian kedengaran suara Intan.
‘Hello, Assalamualaikum’
‘Walaikumussalam, ingatkan you dah tidur’ jawab Fareez.
‘Belum, saja tunggu kata awak nak telefon, tapi tadi masuk bilik air sekejap, siap-sedia nak tidur dah..’
‘Kenapa tengahari tadi you macam diam sangat je? Ada apa-apa masalah ke? Kongsilah dengan I..’ pujuk Fareez.
‘Mmmm susah lah saya nak cakap...’ Intan mengeluh.
‘Boleh ke you cakap melalui telefon? Atau you nak cakap kat mana-mana kedai kopi.? I tak kisah..’
‘Tapi dah lewat lah Fareez, I tak suka keluar lewat, nanti esok dah nak bangun pagi pergi kerja.. takut terlewat pulak bangun’
‘Tak lah, you kan dekat aje dengan ofis. 5 minit je dah sampai.. I esok sepatutnya kena pergi Shah Alam ada meeting tapi petang lah. Boleh adjust kalo terlewat pagi pun..’ Fareez masih lagi dengan nada memujuk.
‘Mmm ok lah’
‘Ok, you tunggu situ, lagi 20 minit I sampai’ Fareez bangun dari kerusi rehat dan bergegas menuju ke biliknya.
‘Eh nak kemana tu Izz, malam-malam macam ni?’ tegur Datin Masriah yang kebetulan baru sahaja hendak duduk di hadapan kolam bersama Dato’ Shukor.
‘Ada misi la ummi, daddy. Got to go now’ Fareez tersengih.
‘Jangan lama-lama sangat tau!..’ laung Datin Masriah dari luar.
‘yelah ummi’ Fareez mendaki dua anak tangga sekali gus. Masuk kebilik lalu bertukar kain pelikatnya ke jeans biru yang tergantung di belakang pintu.

Thursday, July 8, 2010

Ku harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Selepas berdoa sepenuh hati, supaya Allah menetapkan hatiku ini, aku bingkas bangun, terfikir untuk menggoreng keropok leko losong yang ku bawa semalam.
‘Pagi lagi Intan dah ke dapur?’ tegur kawan serumah ku Elin. Elin bertugas sebagai peramugari dengan AirAsia sejak beberapa tahun yang lalu.
‘Mmmm sedapnya keropok leko, kau bawa semalam eh?, boleh la aku tapau hari ni?, malam ni flight aku ke Bandung. So, aku kena stay sana, lusa baru balik.’ Elin mencubit keropok leko yang masih panas di dalam bakul tapisan.
‘Hei, pergi gosok gigi dulu mandi dan solat!’ aku menepis tangannya.
Dia ketawa mengikih-ngikih. ‘Baiklah Ustazah Intan... kalau tak de kau, tak de orang nak masakkan keropok leko yang lembut dan sedap ni.. Dan yang penting, tak de orang nak tolong ingatkan aku solat subuh...hehehehehe’ dia tertawa lagi sambil menyucuk pinggang Intan.
‘Eh, orang tengah menggoreng nih!, nanti kena minyak panas karang, tak pasal pulak masuk hospital’
‘Ye lah, ye lah... baru jam 6:45 la Cik Intan..aku gi mandi solat dulu lah eh?’
Elin memang peramah. Sejak dia tinggal denganku, banyak perubahan berlaku pada dirinya. Kalau dahulu, solat pun tidak tahu waktu. Pakaian, semua nya tak cukup kain. Maklumlah sebagai peramugari, mestilah kena up-to-date. Alhamdulillah, sekarang sudah banyak berubah.
Selesai menggoreng, aku bersiap-siap untuk ke pejabat.
‘Sarapan sama?’ sms dari Fareez muncul di skrin.
Aku sengaja tidak membalas. Aku menanggalkan cincin belah rotan yang di beri Luqman ke dalam kotak aksesori diatas meja solek dan menguncinya rapat-rapat.
Tiba di pejabat, aku terus ke pantri dan meletakkan keropok leko yang masih panas di atas meja makan.
‘Ha.. dah sampai pun.. Tak baca mesej I ye? Jom makan sekali?’ sapa Fareez dari belakang. Aroma perfume yang sama menusuk ke hidungku.
‘Err... saya ada bawakan keropok leko. Tadi saya dah makan kat rumah, dah kenyang lah.’
‘Ala, jom la...’ Fareez cuba memujukku. Pandai sungguh Fareez melembutkan hatiku dengan nadanya yang agak manja.
‘Tak boleh lah Fareez, sekejap lagi Dato’ sampai, saya dah seminggu tak masuk pejabat. Kena cek email pejabat dan jadual Dato’’ mujur aku cepat memberi alasan yang agak kukuh.
‘Hmm... ok kalau macam tu lunch on me?’ Fareez masih berusaha.
‘Tengoklah macam mana. Err.. ni ada keropok leko saya bawa, jemput lah makan, masih panas lagi ni’ aku mengunjukkannya pada Fareez.
‘Sedap ni... terutama sekali kalau Intan yang goreng..’ Fareez tersenyum-simpul. Aku seperti biasa membancuh kopi panas lalu menuangkan secawan kepada Fareez.
‘Ha... Intan sudah masuk kerja ya!’ tegur Miss Mary menjengah pantri lalu menghampiriku. ‘Ada big story lah Intan’ Miss Mary membisik ke telingaku sambil menjeling pada Fareez yang sedang khusyuk menikmati keropok leko tadi.
‘Encik Fareez, saya minta diri dulu ya?’
‘Okay’ Fareez menjawab dengan mulut penuh. Berselera nampaknya. Aku tidak sempat membawanya berjalan-jalan ke ICT yang popular di sebelah lapangan terbang antarabangsa Kuala Terengganu. ICT- Ikan Celup Tepung.
Sebaik mencecahkan punggung di kerusiku, Miss Mary terus menerpa aku. Dengan tidak sabar-sabar lagi dia duduk disebelah aku sambil menarik lenganku. Habis semua kisah ketiadaan aku diceritakan. Dari mula Fareez pulang ke pejabat hinggalah Fareez di Hospital Serdang. Tergamam aku seketika. Memang wajar aku mendengar cerita sebenar dari mulut Fareez waktu makan tengahari nanti.
Dato’ Shukor muncul di pejabat seperti biasa, jam 10 pagi. Aku segera memasuki biliknya dan membuat pembentangan segala jadualnya untuk tempoh seminggu ini. Selesai dengan Dato’ Shukor, aku membuka satu persatu email dari MrPerfect. Tidak aku ketahui siapa MrPerfect sebenarnya, tetapi hampir setiap hari dia menulis laporan tentang kegiatan Luqman. Aku pun tidak mengetahui apa tujuannya menjadi spy kepada Luqman dan dari mana dia mendapat emailku. Aku membuka email yang terkini.
‘Cik Intan, untuk pengetahuan cik Intan, sebenarnya Luqman sudah mempunyai kekasih hati yang satu kuliah dengannya di Universiti of Tasmania, Australia. Jadi saya harap cik Intan dapat menasihati Luqman. Email ini saya dapati dari salah satu nota yang terselit di celah-celah kertas kerja terakhir Luqman. Saya bukan menyelongkar barang peribadi Luqman, tetapi adakah salah saya sebagai rakan sebiliknya untuk mengetahui siapa di Malaysia yang akan disatukan dengannya. Harap cik Intan dapat membantu’
Setiap patah perkataan yang ditulis aku baca satu persatu. Terasa seperti ditampar. Tangan ku menggeletar. Mataku terasa berpinar-pinar. Aku cuba menarik nafas dalam-dalam dan berselawat. Aku mencapai iphone ku ingin mendail mama di kampung. Saat itulah nama Fareez terpapar di skrin telefon dan aku menyentuh accept.
‘Hello. Assalamualaikum’ Fareez memberi salam kepadaku.
‘Waalaikumussalam’
‘Sudah jam 1 tengahari. I tunggu kat parking ok?’
‘Ok.’ Tidak tahu lagi apa yang harus aku jawab. Badan ku menggigil. Aku menarik laci dan mengeluarkan ubat penenag serta dompet. Aku menelan ubat sebiji bersama air mineral di atas mejaku. Perlahan-lahan aku bangun. Seminit, dua minit aku berdiri. Aku melangkah perlahan, ubat penenang tersebut sudah berjaya mengalir kedalam darah. Aku terus melangkah menuju ke lif dan turun ke parking menuju ke kereta BMW EX5 yang sudah tersedia dihadapn pejabat.
‘Kenapa lambat? Ada banyak kerja ya? Dato’ tahan you ke tadi?’
‘Tak ada apa-apa lah.’ Aku diam.
Fareez memandang mukaku sebelum beredar dari pejabat. Perjalanan dari Cyberjaya ke Alamanda mengambil masa 10 minit. Dalam perjalanan Fareez memasang CD lagu-lagu dari Ungu-Andaiku Tahu. Lagu kegemaran aku.
Setiba di Alamanda, Fareez membawaku makan di JM Beriani Gam. Itu merupakan kali pertama aku merasai keenakkan beriani yang selalu disebut-sebut rakan sepejabat. Aku pula memang tidak pernah keluar bersama mereka jika di ajak makan disitu. Selalunya aku mengelak jika diajak makan bersama, sama ada aku terlalu sibuk ataupun aku tidak berselera. Nasi beriani bukanlah kegemaranku. Jika di ajak makan nasi dagang memang cepat sahaja aku keluar makan bersama mereka.
Alamanda tengahari Isnin memang ramai manusia. Ada yang berkejar untuk membeli barangan dapur di Carrefour, ada pula yang sengaja mencari makanan yang berbeza dengan di kantin pejabat. Kebanyakkan pengunjung di Alamanda ini merupakan kakitangan kerajaan. Biasanya aku aku singgah ke Alamanda jika ada novel terbaru yang menarik mintaku. Aku akan singgah ke MPH dan aku boleh leka di situ hingga berjam-jam.
‘Rasa la air bandung ni, sedap, Bukan macam air bandung biasa, tapi dia campur dengan ais krim soda tau’ Fareez mengunjukkan gelas berisi air bandung yang masih penuh.
‘Jangan la asyik masam mencuka ajer, nanti orang ingat kita ni bergaduh pula.’ Fareez tersenyum sambil cuba mencuit daguku. Aku melarikan mukaku, tidak suka disentuh lelaki bukan muhrim. Bukannya aku tidak tahu batas-batas senorang muslimah. Ini juga merupakan kali pertama aku keluar dengan lelaki seorang diri. Ini pun dengan Fareez sebab dia sudah mengenali keluargaku. Aku cuba tersenyum, tetapi kepala ku terlalu berserabut untuk aku berpura-pura tersenyum.
Sepanjang waktu makan, aku Cuma mendiamkan diri. Fareez pula sibuk berceritakan kisah yang Miss Mary telah canangkan pada ku pagi tadi. Ternayat setiap cerita yang Miss Mary sampaikan padaku adalah sama dengan apa yang Fareez ceritakan. Kesiannya pada Sally. Tapi betulkan Dr Firdaus yang merawatnya?. Fareez memang tidak tahu menahu tentang persahabatan aku dengan Dr Firdaus. Kalau dia tahu, tentu macam-macam lagi yang dia ingin cungkilkan.
‘Terimakasih kerana menemankan I makan lunch tadi, walaupun macam I bercakap sorang-sorang aje’. Fareez tersenyum padaku setibanya di pejabat. Dia menjeling kearahku sambil cuba menyentuh bahuku. Aku menjauhkan bahuku lalu terus membuka pintu BMW.
‘Patutnya saya yang berterimakasih pada awak sebab belanja saya. Sorry kalau saya diam sangat. Ada sesuatu dalam fikiran saya’
‘Its okay, nanti malam I ll call you boleh?’ tanya Fareez.
‘Boleh’ mungkin aku perlukan sesorang untuk aku luahkan rasa hatiku saat ini.
Balik ke meja pejabat, aku terus menghubungi mama.
‘Ma... Ada orang hantar email cakap pasal Luqman la ma...’ aku mengadu.
‘Ape dia ni Sue?’ Nada mama bersahaja dan tenang.
‘Dia kata Luqman sudah ada kekasih kat Universiti sekarang. Habis tu kenapa dia nak merisik Sue? Ma...?’ suaraku terasa berat.
‘Betul ke ni Sue?, boleh percaya ka orang dalam email tu ? Kadang-kadang orang sengaja kot nak dengki kat kamu Sue’ pujuk mama lagi.
‘Tapi ma, kita belum lagi bagi kata putus... Haritu kan ma, dia Cuma merisik baru. Kalau Sue belum bersedia macam mana?’
‘Eh kamu ni, nak tunggu siapa lagi?’
‘Sue belum sedia lah ma. Minggu depan Sue ambil tiket flight balik, nak pulangkan cincin dia la ma’
‘Suka hati kamu lah, tapi kamu fikir-fikir la dulu ye... ma nak buat macam mana lagi, keputusan di tangan kamu’ keluh mama di corong sebelah sana.
‘Ok’ tiba-tiba hatiku terasa lega yang teramat sangat. Tidak tahu mengapa, mungkinkah hatiku sudah terpaut pada Fareez?.

Terserahlah pada hati ini

Mama dan Papa menyerahkan padaku untuk membuat keputusan. Pada mereka, aku perlu buat solat istikharah untuk menentukan pilihan. Antara dua. Pada papa dan mama sudah tentulah Fareez menjadi pilihan. Tapi pada aku yang mana satukah yang menjadi pilihan. Jika dari awal sudah aku ceritakan kedudukan Luqman, sudah tentu papa dan mama akan menentukan Luqman sebagai pilihan utama. Fareez kan baru sahaja berkenalan belum tahu lagi isi hatinya bagaimana. Malahan keluarga Fareez juga aku tidak tahu asal usulnya.
Aku terus menunaikan solat istikharah malam itu juga. Bangun pagi, sms dari Luqman terpapar di skrin iphoneku. Mungkin aku tidak mendengar deringan sms tadi. ‘Rindu...’ sepatah sahaja sms darinya. Nampak gaya nya aku perlu menurut hatiku yang berat sebelah Luqman. Aku membalas smsnya. ‘Terimakasih kerana menghargai. Betulkah begini?’
Cepat sahaja sms aku dibalas. ‘Percayalah. Allah Maha Mengetahui. Abang yakin, sayang akan setuju dengan abang’ tiba-tiba sahaja dia menggelarkan dirinya abang dan memanggil aku sayang. Aku tersenyum. Aku mengerling pada cincin belah rotan di jari manis ku. Sungguh aku tidak menyangka Luqman rupa-rupanya dalam diam mempunyai hati padaku. Semenjak dia menghadiakan aku iphone memang ternyata dia lebih pendiam berbanding dulu. Tampak berbeza walaupun dia jauh di mata, namun dekat dihati. Cuma aku sahaja yang menyangkakan dia sibuk dengan kertas kerjanya. Rupa-rupanya dia mempunyai rancangan. Menamatkan hubungan kami yang terumbang-ambing dengan penamatan yang diredhai Allah swt.
Esok aku sudah mula kembali bekerja. Hari ini aku mengemas-ngemas barang-barang untuk dibawa pulang. Dari budu sebotol hinggakan ke rempah ros sepeket, hampir semuanya mama paksa aku bawa pulang. Aku menempah keropok lekor Losong sepuluh ringgit untuk dibawa sebagai ole-ole buat rakan serumah dan sepejabat. Perjalanan yang jauh ini perlu aku tempohi seorang diri.
‘Kalau lah ada Fareez. Ahhh tidak mungkin. Aku kan sudah dipetik orang? Apa khabar Fareez, sejak pulang ke KL tempohari senyap sunyi tanpa sebarang berita. Sihatkah dia. Tapi aku perlu mejaga batas-batasku ini. Aku tidak boleh lagi melayan perasaanku terhadap Fareez. Aku perlu menumpukan perhatian pada Luqman’
Baru sahaja aku menyeru namanya, iphone ku berbunyi, dan hatiku berdebar-debar bilamana suara Fareez yang kedengaran di sebelah sana. Aku sengaja memendekkan perbualan, bimbang dia akan merasai suaraku yang bergetar akibat getaran dari dadaku ini. ‘Ah... kenapa mesti begini?’
Aku sengaja menyibukkan diri dengan mengemas barang dan menghidupkan kereta. Selepas bersalam-salaman dan berpeluk-cium bagaikan orang hendak ke Mekah lagaknya, aku melepaskan mama dan papa.
Sengaja aku memasang CD Eibet G Ade. Tajuk yang paling aku gemari ‘Hidupku Milikmu’ berkumandang diudara, memenuhi ruangan myVi hitamku. Apakah hidupku ini milik orang lain?. Aku bersoal jawab dengan diri sendiri. Aku perlu berterus terang, tapi kepada siapa, aku perlukan masa.