Ruangan Iklan

Sunday, July 4, 2010

Dalam runsing ada bahagia

Dari seremeh-remeh soalan hingga ke soalan paling penting. Soalan adakah Fareez sudah berpunya. Yang ini lah soalan yang aku tunggu-tunggu akan jawapan dari Fareez. Adakah dia akan mengaku, Jika iya jawapannya, maka apakah kisah sebenar di sebalik jawapan ya tersebut.
‘Fareez, kamu ni masih bujang lagi ka ataupun sudah beristeri?’ terus-terang papa menyoalnya selepas makan malam. Sambil menunggu aku membawa minuman panas serta kek cawan perisa coklat yang sempat ku bakar pagi tadi.
Muka Fareez tetap tenang. Aku sangkakan dia akan rasa serba-salah, tetapi dia tenang sahaja menjawab.
‘Saya sebenarnya sudah beristeri tetapi jodoh tidak panjang. Saya berkahwin ketika belajar dahulu, anak saya sekarang sudah berumur 5 tahun. Di jaga oleh kedua orang tua saya, ketika saya keluar bekerja. Saya yang membesarkan anak saya sejak bayi.’ Terus-terang juga Fareez menjawab. Dengan nada yang tenang dan penuh gentleman. Aku melihat papa dan mama mengangguk-angguk sambil tersenyum. Ketika mereka sedang bersantai di ruang tamu sambil minum kopi yang aku sediakan.
Sessi pengenalan selesai setelah jarum jam menganjak ke angka sebelas. Tidak aku sangka Fareez pandai mengambil hati kedua mama dan papa ku. Papa seperti biasa, sifatnya memang peramah. Bekas polis lah katakan. Soalan seperti menyoal orang salah pula lagaknya. Aku pula sengaja menyembunyikan diri di dalam bilik, seolah-olah anak dara pingitan yang sedang dirisik orang. Padahal, yang akan datang merisik ku ada lah kawan papa dan mama. Itu pun yang akan datang dalam dua hari lagi. Hari Rabu.
‘Intan, ku kesepian...’ tiba-tiba muncul sms dari Luqman terpapar di skrin iphoneku.
Luqman, bagaikan dapat menghidu tentang hatiku ini. Hubungan Luqman dengan aku, bagai kan adik dan abang. Dia tidak punya keluarga, dia anak yatim piatu sejak kecil. Mungkin sebab itu aku mempercayainya dan rapat dengannya sejak kecil. Hadiah iphone ini pun bukan diberi secara terus padaku, tetapi dihantar oleh courier kepadaku. Pengajian nya dalam bidang kedoktoran mungkin akan mengambil masa lebih panjang dari yang di jangkakan. Dalam email yang dihantar kali terakhir dia ada mengatakan akan pulang dalam setahun lagi, selepas pembentangan tesis yang terakhir. Australia bukan lah dekat. Tambahan pula di kepulauan Tasmania.
Aku segera membalas sms nya. ‘Sudah tidur Luqman, selamat malam...’ sengaja aku tidak memanjangkan bicara. Biasanya aku akan terus online apabila mendapat sms dari Luqman. Tetapi hari ini tidak, aku terasa bahagia bercampur runsing. Bahagia tentang Fareez, runsing bagaimana mahu melayan Luqman dan berterus terang dengannya, runsing dengan apa kah yang akan datang dalam masa dua hari lagi.

No comments:

Post a Comment