Ruangan Iklan

Wednesday, July 7, 2010

Untuk kedua kalinya atau selamanya?

Sally dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Serdang dengan diiringi oleh Fareez, Dia merasakan dia bertanggungjawab atas apa yang telah terjadi pada Sally. Dia yang membawa Sally ke klinik Mediviron tersebut. Dr Firdaus pula terpaksa menyerahkan Sally kepada pihak ambulans. Kalau boleh Dr Firdaus ingin menuruti ambulans, tetapi memikirkan tanggungjawabnya pada klinik tersebut masih ada baki satu jam lagi, dia terpaksa akur.
Tepat jam 11, Dr Firdaus terus memecut laju menuju ke Hospital Serdang yang terletak hanya 10 minit perjalanan dari Alamanda, Putrajaya. Dia meluru ke wad kecemasan, dan hanya dapat berjumpa dengan Fareez yang masih menunggu diluar wad tersebut.
‘Macam mana Encik Fareez? Suraya?’ soal Dr Firdaus.
‘Masih belum keluar lagi dari wad.’ Jawab Fareez dengan nada perlahan. Kecewa bercampur kesal.
‘Kalau begitu, saya akan pergi lihat dan bantu apa yang boleh’ Dr Firdaus meminta diri.
Dr Firdaus memang dikenali dikalangan jururawat yang bertugas disitu. Dia menyalin pakaian kepada pakaian wad pembedahan lalu meminta izin untuk sama-sama menyelamatkan Sally.
Beberapa jam telah pun berlalu. Fareez terlelap diatas sofa. Jam di dinding menunjukkan hampir 4 pagi. Dr Firdaus keluar dari bilik pembedahan dan berjalan perlahan menuju ke Fareez.
‘Sorry Encik Fareez.’ Dr Firdaus menyentuh lembut bahu Fareez yang terlentok di sofa.
‘Emmm Er.. Ya..’ terpisat-pisat Fareez terjaga dari tidur-tidur ayamnya.
‘Beginilah, anak Encik Fareez tidak dapat diselamatkan, walaubagaimanapun Suraya hanya patah kaki dan tangan. Ada sedikit kecederaan dikepalanya, tetapi alhamdulillah, tidak ada kesan pada otaknya.’ Dr Firdaus memberitahu Fareez dengan nada kecewa. Dr Firdaus yang selama ini menyimpan perasaan pada Sally, rupa-rupanya Sally sudah punya suami. Itu tanggapan Dr Firdaus. Patutlah Suraya langsung tidak membalas semua kad-kad yang dititipkan pada Intan. Hinggakan berkahwin pun tidak menjemput dia. Macam mana pula dengan Encik Zainal Arief?. Ayahnya tidak pernah memberitahu tentang perkahwinan anaknya yang seorang itu.
‘Mmmm terima kasih Doktor’
‘Sama-sama, awak boleh hubungi ayah dan ibu Suraya, mungkin dalam beberapa jam lagi Suraya akan sedar’
‘Err.... sebenarnya saya tiada nombor telefon ayah dan ibu Sally, saya bukan suaminya, saya Cuma kawan sepejabat sahaja’
‘Oh? Jadi?.. tak mengapalah’ ujar Dr Firdaus. ‘Saya ada nombor telefon kedua orang tua nya. Nanti saya contact mereka berdua’ sambung Dr Firdaus lagi. Kehairanan.
Untuk kedua kalinya Encik Zainal Arief dan Puan Farah terpaksa berhadapan dengan situasi yang mencemaskan. Puan Farah menyalahkan Encik Zainal Arief kerana tidak berjaya memujuk Sally tinggal dirumah banglo milik mereka di Kota Damansara.
‘Tu la, you, kan I dah suruh you pujuk dia tinggal dengan kita’ Puan Farah tersedu-sedu.
‘Selepas ni, dia mesti tinggal dengan kita’ sambung Puan Farah lagi.
Encik Zainal Arief diam membisu. Tidak disangka Sally sanggup menconteng arang ke mukanya. Tidak tahu dimana hendak diletakkan mukanya dari Dr Firdaus. Sudah tentu Dr Firdaus yang memberitahu tentang kandungan Sally. Sudah tentu Dr Firdaus terkilan dengan Sally. Dari awal lagi dia sengaja meminta Dr Firdaus membimbing Sally, malah meminta Dr Firdaus menjadi lebih rapat dengan Sally, tetapi mungkin Sally atau Dr Firdaus terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Sally sendiri tidak mahu bermesra dengan keluarga. Puan Farah juga terlalu sibuk dengan butik kecantikkannya hingga tanggungjawab seorang ibu kepada Sally terabai. Dia menganggap Sally sudah cukup dewasa dan tidak perlu ditegur lagi. Padahal itu lah yang Sally cari selama ini, kasih sayang seorang ibu dan bapa.
‘Pakcik Zainal, boleh saya bercakap sesuatu dengan pakcik sekejap?’ Dr Firdaus yang sudah biasa dengan Encik Zainal Arief memanggilnya dengan gelaran pakcik sejak dua tahun yang lalu.
‘Iye..’
‘Pakcik, Maaf bertanya, Suraya mengandung kandungan siapa? Boleh saya tahu? Tadi saya ingatkan Encik Fareez tu suami dia?’ Dr Firdaus yang sememangnya sudah rapat dengan En Zainal Arief bertanya meminta kepastian. Dia kelihatan berbisik di suatu sudut jauh dari Puan Farah dan Fareez. Fareez masih lagi menunggu di situ, menunggu hingga Sally terjaga.
‘Pakcik pun tak tahu Firdaus... pakcik kesal dengan perbuatannya.’ Nada suara Encik Zainal Arief rendah dan kesal.
‘Kalau begitu, saya ingin menjaganya, kiranya dia sudi. Apabila dia sudah sihat betul nanti, saya akan hantarkan ibu bapa saya berjumpa dengan pakcik’ lembut nada suara Dr Firdaus. Encik Zainal Arief sugul.

No comments:

Post a Comment