Ruangan Iklan

Sunday, June 27, 2010

Episod 10: Guruh Di Langit, Air Di Tempayan Di curahkan.

Dr. Firdaus bergegas menuju ke bilik pembedahan. Sebentar tadi pager Dr Firdaus mengejutkan dirinya dari tidur-tidur ayam di bilik rehat doktor bertugas. Dia bingkas bangun sambil mengesat-ngesat matanya. Tidur nya tadi bukan lah nyenyak mana, hanya tidur-tidur ayam sahaja. Maklumlah dalam tugas standby malam. Kali ini jam 2 pagi dia perlu menyelamatkan nyawa seseorang.

Dia memakai jubah yang berat untuk pembedahan. Kepakarannya dalam bidang kardio memang tidak dipertikaikan lagi. Ruang kecemasan yang tadinya sunyi, kini hiruk pikuk dengan keluarga mangsa yang terlibat. Sekejapan tadi dia melalui ruang menunggu, cuma ada dua keluarga, tapi riuhnya bagaikan 10 keluarga.

Mangsa kali ini kecederaan di kepala, dan tampak pendarahan dari kepalanya sudah berhenti. Mungkin dengan kecekapan unit ER di dalam ambulans tadi. Dia cuma perlu memebuat sedikit pembedahan pada salur darah yang menghubungkan jantung. Ada serpihan kaca mungkin dari cermin kereta yang tertusuk pada salur darah di bahagian paha. Bahagian vena. Dia perlu berhati-hati mengeluarkan serpihan kaca tersebut supaya jantung mangsa wanita ini tidak terjejas. Terjejas apabila darahnya nanti akan naik dan akan mengakibatkan jantung tidak mampu lagi untuk mengepam, kemungkinan besar jantungnya akan berhenti terus, dan ketika ini lah antara hidup dan mati.

Pembedahan yang seperti ini memang selalu dilakukannya. Kadangkala mangsa dapat meneruskan kehidupan dan kadangkala akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Dia cuma berusaha, tetapi dia berdoa pada Allah swt. Hanya Allah yang menentukan yang hidup dan yang mati.

Setelah 6 jam bertungkus lumus mengeluarkan serpihan-serpihan kaca di dalam badan wanita tersebut, lampu luar dewan bedah yang tadi nya merah bertukar ke hijau. Bermakna pembedahan sudah pun selesai. Dalam tempoh 6 jam tersebut, keadaan wanita tersebut sangat tidak stabil. Dr Firdaus mencuci tangannya, dan segera menunaikan solat hajat dan solat subuh. Kepada Allah lah dia memohon pertolongan, agar menyelamatkan mangsa-mangsa yang dalam setiap pembedahan yang dilaluinya.

Usai solat, dia keluar menuju ke keluarga yang masih menunggu di ruangan menunggu. Seorang lelaki dalam anggaran usia 50an, berkopiah putih tampak sugul duduk di sofa berwarna hijau lembut. Disebelahnya, seorang wanita, anggaran 40an mungkin ibu kepada wanita mangsa tadi, tertidur nyenyak diatas bahunya.

'Assalamualaikum Encik...' Dr Firduas menyentuh bahu yang sebelah lagi. Terkocoh-kocoh wanita disebelah tadi menggosok-gosok matanya dan mukanya, sambil membetul-betulkan tudung berwarna hitam berpolka dot putih.

'Err... maaf ya Puan'. Dr Firdau gugup seketika, risau wanita tadi terganggu oleh salamnya.

'Doktor, macam mana dengan anak saya? Dia okay ke? Macam mana kecederaan dia? Kat mana dia?' wanita tadi buru-buru mengasak Dr Firdaus dengan soalan.

'Encik dan Puan, ibu dan bapa pada Suraya Binti Zainal Arief ke?' Dr Firdaus meminta kepastian. 6 jam yang lepas, sebelum melakukan pembedahan, dengan secara ringkas dia membaca perincian dari borang yang diserahkan oleh pasukan kecemasan tadi. Nama mangsa dan kecederaaan yang dialaminya.

'Ya... Macam mana dia?' lelaki tadi bertanya lagi.

'Bersabar lah, saya sudah berusaha sedaya upaya, sekarang ni Cik Suraya di dalam ICU. Dia dalam keadaan stabil. Mungkin dalam 1-2 hari lagi dia akan sedar dan pulih' Dr Firdaus menerangkan secara ringkas.

'Boleh kami jumpa dengan Suraya?, dia la satu-satunya anak perempuan makcik..' Puan Farah mengesat air mata yang mengalir di pipinya.

'Boleh Puan, tapi dia akan di letakkan di wad ICU. Buat masa ni dia masih belum dipindahkan lagi. Nanti nurse akan beritahu pada Encik dan Puan. Bersabarlah ya' Dr Firdaus mengusap-usap bahu Encik Zainal Arief.

'Saya, pergi dulu. Encik dan Puan tunggu dulu di sini ya. Jangan risau. Berdoalah semoga semuanya dalam keadaan selamat' Dr Firdaus menyalami En Zainal Arief sambil mengangguk-anggukkan kepala nya dan tersenyum.

Sebaik dia beredar dari ruangan menunggu, dia berasa keletihan yang teramat sangat. Matanya serasa tidak mampu lagi terbuka. Jelas dia tidak dapat memandu pulang ke Kota Damansara, rumah yang dikongsi bersama teman satu Universiti dahulu. Mujur juga dia tidak bertugas pada hari tersebut. Boleh lah dia berehat dan tidur walau di dalam kereta sekali pun. Dua hari bekerja di wad, satu hari bekerja di ER, dan standby pula, selalunya sekiranya ada pembedahan, kesemuanya sudahpun terjadual, tetapi tidak jika di ER. Wad kecemasan memang memerlukan perhatian segera. Memang wajar, jika seharian di ER, perlu diberi off-day keesokkan harinya. Hospital Serdang memang sibuk terutama sekali wad ER dan juga di malam minggu. Malam yang lebih sibuk dari pasar malam.

Saturday, June 26, 2010

Episod 9: Angin bayu menghembus lembut, selembut sutera di pasar payang?

Myvi hitam meluncur laju membelah kesunyian pagi yang dingin di PutrAjaya. Sejenak selepas selsainya azan yang berkumandang dari surau presint 9, aku terus tanpa lengah lagi mengangkat takbir solat subuh. Sengaja aku mengunci jam 5 pagi, aku ingin berkemas biar tiada satu apapun yang tertinggal. Padahal aku balik ke rumah sendiri di Kg Tanjung Batu 1 itu. Aku jenis yang tidak suka bersiap disaat terakhir. Akhir solat aku berdoa memohon agar Allah permudahkan perjalanan aku yang mungkin akan mengambil masa paling cepat 5 jam. Tambahan pula aku bejalan seorang diri sudah tentu lebih cepat dari biasa.

Jam kusam di pergelangan tanganku menunjukkan 2:30petang. Myvi hitam ku ini sudah ku isi sepenuh-penuhnya ketika di Petronas Persint 9 malam tadi. Sekarang jarum oil sudah hampir ke penanda E. Mujur juga aku sudah pun tiba di bulatan yang dulunya patung penyu tersergam di tengah-tengahnya, namun setelah pemerintahan PAS. ia ditukar ke monumen batu bersurat Terengganu dan baguslah biarlah ianya begitu. Memasuki sempadan negeri Terengganu tadi melalui lebuhraya baru LPT, lalu keluar ke tol Sungai Lembing dan memasuki jalan dalam Felda Jerangau-Jabor memang ternyata berbeza cuacanya. Tambahan Kg Tanjung memang terletak behampiran pantai. Memang panasnya lain macam terasa. Sesampai di perkarangan rumah, ku lihat papa sedang berehat di kerusi malas dekat hujung anjung sambil mengembuskan rokok gulung yang dibuat sendiri. Aku tersenyum sendirian melihat gelagat papa yang seperti hanyut dalam angan-angannya hinggakan tidak menyedari keretaku memasuki laman rumah.

'Assalamualaikum papa.. Apa khabar?' Aku mengulurkan tangan mencium erat tangan tua yang telah membesarkan ku.
'Waalaikumussalam.. Sihat aje nak' dia tersenyum. Polis pencen sejak 5 tahun yang lalu, dia memang menikmati saat tuanya dengan sepenuh-penuhnya.
'Sudah makan ke sue? Kalu belum ma ada di dapur nu, basuh pinggan barangkali'
'Belum Pa. Waah mesti Pa dah makan ni, releks je dekat anjung ni...' aku tersengih sambil menjinjit beg aku lalu ke ruang tamu dan terus mendaki tangga menuju ke bilikku.

Sebaik menolak pintu bilik, kelihatan katil baru yang dihias indah, siap dengan cadar dan comferter putih krim yang sangat lembut. Dengan wangian ambi pur. Meja solek yang jarang aku gunakan pun sudah bertukar ke model baru dan juga berwarna putih krim.
'Su dah sampai?' kedengaran suara mama di bawah. Mungkin bertanya papa selepas terdengar perbualan aku dengan papa tadi. Aku meletakkan beg baju di luar bilik lalu meluru turun ke bawah.
'Assalamualaikum mama' aku terus memeluk mama dari belakang dan menyalaminya. Rinduku pada mama saat itu juga terubat. Tetapi sesuatu yang musykil dalam fikiran ku adalah bilik yang di hias indah dari biasa itu. Tak mungkin apa yang aku takutkan itu akan berlaku tanpa pengetahuanku?.anak-anak mama dan papa cuma aku seorang sahaja. Sepupu yang berada sekeliling rumah pun semuanya sudah punya anak isteri. Adakah benar?

Aku sengaja mendiamkan persoalan dalam fikiranku ini. Sengaja menunggu penjelasan dari mama maupun papa.

Thursday, June 24, 2010

Episod 8: Beribu pasir di pantai, beribu batu pula jaraknya

Seronok sungguh nampaknya Alia. Mandi-manda di pesisir pantai. Hendak pergi lebih jauh, takut pula dengan ombak. Padahal ombak di Teluk Kemang bukan lah sekuat ombak di pesisir pantai timur. Laguna Biru yang sangat indah. Dengan Teluknya yang redup di teduhi pokok-pokok besar dan batu-batu besar sempadan darat dan air. Di atas sana terlihat banglo mungkin hasil peninggalan penjajah British, kini telah dijadikan pusat peranginan peribadi. Mungkin milik orang kaya-kaya di Negeri Sembilan. Di jadikan tempat persinggahan waktu hujung minggu.

Alia berlari-lari anak di pesisir pantai dengan pelampung kartun garfield terletak di pinggangnya. Persekitaran di situ masih belum ramai, tambahan pula bukan waktu cuti hujung minggu. Pagi yang masih dingin, sengaja Dato' Shukor mengambil hari Isnin membawa keluarga berehat di Laguna Biru dan menetap di Hotel Ancasa yang baru dirasmikan. Salah satu kemudahan dari Syarikat Dato' Shukor.

'Alia! Alia!... Jangan lah pergi jauh sangat, penat atok nak kejar ni' Dato' Shukor berlari-lari anak mengejar cucu kesayangannya.

'Biarlah Abah, Alia sengaja tu, nanti dia pusing balik, dia takkan berani pergi jauh tu..' Fareez menyampuk dari belakang. Alia Antasha satu-satu nya anak tunggal hasil perkahwinan Fareez lima tahun dahulu. Hasil percintaan dan perkahwinan di Universiti of Leed, UK. Walaupun Fareez nampak bergaya dan seperti orang muda yang sentiasa hendak berpoya-poya, namun sebaliknya buat Fareez. Dia menghargai pengorbanan ayahnya Dato' Shukor, yang bersusah-payah sewaktu dia dalam kesusahan. Hasilnya Alia Antasha berjaya dibawa kembali ke Malaysia. Lima tahun bukan lah jangkawaktu yang lama. Pejam-celik, Alia Antasha sekarang sudah mula bersekolah tadika. Itu pun Dato' Shukor memastikan Alia ditunggu oleh Pak Mat sebelum waktu sekolah tamat. Bimbang kehilangan Alia.

Fareez menapak menuju ke Datin Masriah, ibunya. Kali ini Fareez sengaja mengenakan topi Merah Nike, dan hanya bert-shirt putih, masih dengan jenama Polo. Berjeans hitam, dan berkaca mata hitam, siapa pun tidak akan menyangka yang Fareez sudah mempunyai seorang cahaya mata yang cilik dan keletah.

'Ummi, Iz pergi dulu ye, abah minta Iz tengok client yang dekat Kem Tentera kat sini' Fareez menyalami Datin Masriah yang sedang berehat di atas kerusi malas. Bibik Nung pula sedang sibuk mengemas nasi lemak di atas meja lipat yang dibawa dari hotel sebentar tadi. Hotel Apartment Ancasa, 2 unit dari padanya dimiliki oleh Dato' Shukor. Bibik Nung dan Bibik Tik siap masak nasi lemak dan karipap di dapur apartment tersebut.

'Eh minum lah dulu ni Iz. Ummi dah bancuhkan kopi panas tadi, dalam termos.' Sambil Datin Marsiah menghulurkan cawan dan termos.

'Sudah minum lah ummi, kan tadi Iz turun awal, temankan Alia. Ummi kan baru saja tiba'.

'Papa nak gi mana?' tegur si cilik Alia yang berbaju renang berwarna pink, barbie dan tangan nya yang penuh berpasir, sebelah tangan memegang penyodok plastik mainan dan sebelah tangan cuba mencapai karipap di atas meja.

'Ish, Alia, nak makan kena basuh tangan, tengok tu pasir? nanti Alia sakit tau. Ada kuman' Fareez menyangkung di sebelah Alia. Sambil menyapu-nyapu pasir di tangan anaknya, dia mengambil air dari botol mineral, lalu melalukannya pada tangan yang kecil mungil. Tampak ke ayahannya terserlah.
'Ni, karipapnya. Alia jangan nakal-nakal, dengar cakap atok, papa nak pergi kerja, nanti papa datang lagi ye?' sambil mencubit pipi Alia yang tembam. Wajah Alia kemerah-merahan, dengan rambutnya yang hampir blond, memang nampak Alia pan-asian. Comel bagaikan dalam foto model anak kecil.
'Daddy, Iz pergi dulu ye?'
'Ok, Iz jangan lupa tau, pesanan daddy semalam.'
'InsyaAllah'

Wednesday, June 23, 2010

Episod 7: Hatiku berbunga-bunga, adakah sama di sana?

Memang sudah aku agak yang Dato’ Shukor tentu tidak akan kembali ke pejabat petang itu. Sebentar tadi Agensi Pelancongan ke Dubai telah mengesahkan penerbangan untuk Dato’ sekeluarga. Macamlah ramai sangat, hanya bertiga sahaja, Dato’ Shukor, Datin Masriah dan cucunya seorang. Cucu yang dijaga sejak kecil, berusia 5 tahun. Cucu yang dibela sejak kecil kata Pn Jamilah. Iyalah, sebelum Puan Jamilah melepaskan tugas-tugasnya padaku, ada dia menitipkan nasihat supaya jangan bertanya tentang keluarga Dato’ Shukor. Cuma yang aku tahu, ada seorang cucu yang baru lahir, Datin ambil untuk dibuat teman di rumah. Cucu dari anak yang mana satu aku pun kurang pasti, malah nama-nama anak-anak Dato’ Shukor pun aku kurang pasti. Maklumlah, semua nya di luar Negara. Kalau ada sebarang panggilan atau urusan pun, semuanya di uruskan sendiri oleh Dato’ Shukor. Pendekata, pengurusan syarikat yang berada di luar Malaysia, semuanya diserahkan bulat-bulat pada anak-anaknya.

Aku mengangkat ganggang telefon lalu mendail kampong. Selang beberapa minit, kedengaran suara Mama di sebelah sana.
‘Ma, confirm minggu depan Sue balik, hari Sabtu ni bertolak’ aku mengkhabarkan pada Mama dengan nada gembira.
‘Eh kalau ye pun, bagi la salam dulu...’
‘Assalamualaikum mama... minggu depan Sue jadi balik, Sabtu. Ada apa-apa nak pesan tak?’
‘Tak de apa-apa, Sabtu ni ye? Ooo lagi 2 hari la, hari ni dah Rabu’
‘Ye Mama... Sue bawak kete sendiri ya Ma?’
‘Ye lah, tapi bawa la orang untuk temankan. Perjalanan Putrajaya ke Terengganu kan jauh, Kalau penat boleh ganti-ganti’
‘Tengok lah, kalau ada kawan serumah nak ikut balik kampong dia. Rasa-rasa nya semua tak cuti. Tapi kalau Sue balik sorang pun boleh kan?’
‘Boleh... Tapi jangan bawa laju-laju.’
‘Ok ma, sayang mama, nanti kirim salam kat papa ye? Assalamualaikum’ aku meletakkan ganggang telefon.

Senang hatiku tak terkira. Minggu depan nak bercuti 5 hari, Sekejap lagi aku akan isi borang cuti, esok aku akan minta Dato’ Shukor sign kan. Lega sekejap.
Khusyuk aku menulis borang cuti, tiba-tiba satu fail dihempas di atas mejaku.
‘Ni, fail ni, kenapa asyik salah aje? Kan projek Anjung Abadi ni aku yang handle?, kenapa nama si Fadil yang kat sini? Susah payah aku yang close, kau bagi nama Fadil?’ Keras suara Suraya alias Sally pada ku.

Aku diam. Sally menyambung lagi ‘Lainkali kalau tak tau buat kerja, jangan buat, duduk aje kat rumah!, budak kampong!’ dengus Sally.
Sejak 5 tahun yang lalu Suraya atau Sally tidak pernah puas hati denganku. Aku pun tidak faham, apa yang dia cemburu dengan ku. Kalau nak dibandingkan, dia lebih berfesyen, gaji lebih besar, kemudian pembawakannya lebih menarik dan menawan dari aku.

‘Astaghfirullahal ‘azim’ aku beristighfar di dalam hati.
‘Cik Sally, Dato’ Shukor yang uruskan projek, bukan saya, atau kalau you tak puas hati, boleh mengadu pada En Zainal atau En Fareez, pengurus projek kita’ aku menjawab perlahan.

Sally berpusing, lalu menghentak-hentakkan kakinya menuju ke biliknya. Barangkali pertemuannya dengan client di Bukit Bintang tadi tidak begitu berjaya. Jadi dia menghamburkannya padaku. Biarkanlah dia. Sekejap lagi sejuk lah tu. Tapi aku seronok tadi, perut pun kenyang dan dapat jadi pendengar pada seorang lagi kawan baru.
Fareez sengaja menggelarkan aku Intan, dia tidak mahu gunakan yang sama dengan Dato’ Shukor. ‘I akan panggil you Intan, sebab first time I kenal nama you Intan Syuhada dan saya tak mahu kelirukan dengan Suraya atau Sally tu’ kata Fareez selepas menghirup air carot susu suam.

‘You tinggal di mana?’ Tanya Fareez
‘Putrajaya, flat present 9, dekat saja dengan ofis kita’ jawabku acuh tak acuh.
‘Oooo... memang la dekat, I pulak tinggal di Kajang. Kampung Sg Ramal’ Fareez sengaja memberitahuku. Aku diam lagi. Sengaja tidak mahu memanjangkan perbualan. Aku menjeling jam tangan kusam ku.
‘Jom lah balik ke ofis, dah jam 2 petang.’ Aku mengajak Fareez. Ku lihat kantin hampir lengang. Budak-budak kantin sedang mengelap meja. Budak lepasan SPM barangkali, menolong tuan punya kantin. Sebentar tadi penuh dengan staf-staf yang turun untuk makan tengahari.
‘Petang nanti you balik jam berapa?, biasa terus balik ke, atau tunggu lewat sikit?’ Fareez bertanya lagi. Sibuk pula dia nak tau pergerakan aku.
‘5:30petang tepat’
‘Oooo kalau macam tu, petang ni kita pergi jogging nak?. Dekat cyber ni ada Nampak tasik tempat jogging. I teringin nak jog kat situ, ye la I kan orang baru kat sini. Sebelum ni asyik jog kat KLCC, ramai sangat la orang, itu pun sebab ofis kat KLCC’ Fareez memuncungkan mulutnya. Ish.. macam budak kecil pula dia ni. Jangan la macam tu, macam nak menggoda sahaja bunyinya.
‘Saya tak bawa baju sukan lah. Lagipun saya jarang jogging’
‘Tak pe, I hantar you balik rumah, then I tunggu kat bawah’
‘Errr... kejap ye.. saya rasa saya tak boleh la harini, saya ada program’ memang betul pun aku ada program jam 6 petang setiap hari. Program menunggu tayangan tv untuk drama bersiri Indonesia.

Berubah air muka Fareez yang tadi hampir ceria. ‘Kalau camtu, tak pe lah, lain kali you tak ada program, I nak ajak you pergi jogging kat situ lah. Harini terpaksalah I jogging sorang-sorang...Hmmmm’ suara Fareez mengeluh.
‘Mmmm, jangan lah macam tu, cubalah awak ajak Sally, mesti dia nak jogging dengan you’. Aku memberi pandangan walaupun aku tahu, Sally yang menjaga penampilannya tak mungkin suka dengan peluh-peluh dan berlengas kesan jogging.
‘Ok, next time..’ Kami berpisah didalam lif. Fareez turun di tingkat 2, dan aku pula di tingkat 4.

Tuesday, June 22, 2010

Episod 5:Setinggi mana gunung didaki, tinggi lagi cita-cita ini

Usai solat Zohor, aku bingkas bangun dan mengemas-ngemas diri. Aku mencalit bedak nipis, dan lipgloss untuk mengelakkan kekeringan. Tidak lama kemudian, aku terdengar suara lelaki disebelah surau yang Cuma dibahagi dengan partition nipis. Lembut suara tersebut mengalun doa, merintih pada Allah swt. Terkedu aku sebentar.

‘Eh, suara macam biasa dengar je, ni mesti Fareez ni, sebelum ni tak pernah dengar pun staff lelaki berdoa lepas solat’ bisik hatiku.

Aku membuka tombol pintu, dan bergegas ke mejaku, tidak jauh dari surau kecil yang dikhaskan untuk staff. Baru sahaja hendak melangkah, aku tersandung karpet yang terkeluar dari lantai.

‘Aduhhh....!!!!’ bagai nangka busuk, aku tersungkur bersama beg berisi berus serta ubat gigi.

‘Eh eh... kenapa ni?’ tegur Fareez yang sama-sama keluar dari pintu surau lelaki disebelah. Dia menghampiri aku dan cuba memegang tanganku.

‘Tak de apa-apa, En Fareez, saya jatuh sikit je.’ Aku bingkas bangun. Cepat-cepat aku menyapu habuk di tanganku.

‘Betul ke?, kat mana awak simpan minyak angin, nanti saya ambilkan?’ ujar Fareez cuba membantuku.

Aku menggeleng kepala, walaupun perit rasa pergelangan tanganku. Walaupun aku tidaklah segemuk mana, tapi jika tersandung dan terduduk pula di atas tangan, sakitnya hanya Allah yang tahu.

Bergegas aku berjalan menuju ke meja lalu membuka laci ku. Fareez yang sedari tadi mengekor dari belakang, dengan pantas mengambil minyak angin yang ku keluarkan dari laci.

‘Ha.. mari I sapukan untuk you’ pelawanya

‘Err... tak boleh, saya nak sapu sendiri’ aku cuba merampas botol minyak angin tadi dari tangannya. Ishhh macam mana ni...

‘Baiklah, tapi kalau u perlu ke klinik, I boleh hantarkan’ lembut Fareez menghulurkan minyak angin tadi. Ku anggar, Fareez akan main tarik tali dengan ku tadi, tapi ternyata anggaranku salah. Dia lebih sopan dan menghormatiku.

‘Eh, tadi En Fareez kata akan ikut Sally?’

‘Ha a, tapi Dato’ dah beri arahan pada Sally tadi, mintak dia uruskan client yang dekat Sg. Wang. Ada client tunggu Dato’ tapi dia tak sempat nak entertain. Jom lah kita makan, masa masih panjang lagi, baru jam 1:30 ni’ lembut ajakan Fareez.

Ingin sekali aku menolak pelawaan Fareez, tapi perut aku meronta-ronta seperti manusia yang kebuluran di Afrika pula. Eh tidak pernah aku begini.

‘Ok, boleh juga, tapi yang dekat bawah sahaja, saya nak cepat. Dato’ Shukor dah keluar, saya kena jawab panggilan’

Selesai makan, Fareez ingin membayar, tetapi aku menolak. Maknanya hari ini sudah kali kedua aku makan bersama orang yang baru ku kenali.

Episod 4: Merah jambu yang lembut, selembut wajahmu di sana

‘Desir pasir di padang tandus..... Segersang pemikiran hati.. Terkisah ku di antara cinta yang rumit...’ sayup mendayu-dayu deringan telefon bimbit yang sengaja ku letakkan di dalam laci.

‘Assalamualaikum ma..’ aku menjawab telefon sejurus selepas menyentuh skrin iPhone pemberian Luqman, terpapar Mama diskrin. iPhone baru sempena harijadiku yang ke 30. Besar sungguh angka 30 itu, kalau dulu aku mungkin sudah berpangkat andartu, tetapi di zaman teknologi serba canggih ini, umur 30 baru permulaan hidup. Selepas SPM, masuk ke Universiti, di situ sahaja sudah habis hampir 10 tahun, hanya belajar sahaja.

‘Waalaikumussalam’ terdengar sayup suara Puan Salbiah di hujung sana.

‘Minggu depan ni Sue balik tak?, mama ada banyak kenduri ni, kan minggu depan dah mula cuti sekolah, Sue tak ambil cuti ke?, dah lama Sue tak balik rumah mama..’ Puan Salbiah tidak sabar-sabar lagi meneruskan bicara. Nampak bersungguh benar Puan Salbiah memujuk Intan Suraya supaya pulang ke Kg. Tanjung Batu 1, terletak tidak jauh dari Bandar Kuala Terengganu.

‘Mmmm, mama, Sue cuba mohon cuti dulu ye, Dato’ kadang-kadang bercuti keluar negara, boleh lah Sue mohon masa tu.. tapi Sue takut nak janji apa-apa. Takut tak jadi, nanti Mama yang frust..’ aku menjawab perlahan. Aku ada membuat tempahan penerbangan untuk Dato’ Shukor sekeluarga ke Dubai untuk minggu hadapan. Sambil bercuti sambil memantau syarikat cawangannya yang terletak di Dubai.

‘Kalau macam tu, bila Sue dah dapat cuti, terus telefon Mama ya, jangan lupa’ gesa Puan Salbiah bersungguh-sungguh.

‘Ya la, InsyaAllah’

‘Jaga diri baik-baik Sue, Assalamualaikum’

‘Waalaikumussalam’. Sejurus aku menyetuh butang tamat perbualan, satu SMS terpapar di skrin, dari Luqman.

‘Salam, seronok guna iPhone kan? Sue kena subscribe 3G baru lebih seronok, facebook boleh, ym boleh, skype, email dll’

Aku membalas, ‘InsyaAllah, terimakasih’

Luqman memang sahabatku sejak di bangku sekolah. Jauh perjalanannya, kisah hidupnya penuh dengan liku-liku. Aku hanya menjadi pendengar setia setiap kali dia meluahkan perasaan. Tetapi, mengapakah sejak akhir-akhir ini hatiku bagaikan tersentuh setiap kali mendapat panggilan atau SMS darinya?. Adakah ini di namakan cinta?.

‘Sue, masuk’ terdengar suara Dato’ Shukor dari intercom diatas mejaku. Sebentar tadi, tepat jam 10, Pak Mat tiba bersama beg Dato’ Shukor. Aku sudah sedia maklum, dalam masa 5 minit lagi, tentu Dato’ Shukor pula yang muncul. Sejak aku bekerja dengan syarikatnya 5 tahun lalu, amalan Dato’ Shukor dengan solat Dhuhanya tidak pernah tinggal. Aku betul-betul mengagumi sifatnya yang tawadu’ dan sangat rendah hati, walaupun sudah bergelar Dato’ dan mempunyai harta berbillion dollar US, namun dia masih mengekalkan rutin hariannya tanpa culas.

Aku bergegas bangun, sambil menjeling cermin muka, aku membetul-betulkan muncung tudung sekilas lalu. Tudung merah jambu lembut beserta baju kurung kain kapas, bercorak bunga-bunga kecil, bertanah putih, berbunga merah jambu terang.
Sejurus menolak daun pintu, semerbak aroma dari perfume Fareez. Ish... gangguan persekitaran betul la..

‘Ya Dato’’

‘Ini Fareez Fahmi, Project Manager kita yang baru, dia akan ganti En Zainal yang akan kita hantar ke Dubai mulai minggu depan.’ Dato’ Shukor memperkenalkan Fareez padaku. Aku mengangguk-anggukkan kepala tanda memahami.

‘Awak bawa dia berjumpa dengan Encik Zainal ye, ada apa-apa masalah terus sahaja bagitau dengan saya’ ujar Dato Shukor.

‘Baik Dato’’ aku menggamit Fareez untuk mengikutku.

‘Fareez, ada apa-apa masalah you bagitau sahaja dengan Intan Syuhada ni, semua nanti InsyaAllah boleh dibantu’ sambung Dato’ Shukor lagi.
Fareez tersenyum meleret, sengaja mengusik aku.

‘Hai Fareez, lunch nanti I bawa you pergi tinjau kawasan sekitar ni nak?’ Suraya tersenyum simpul cuba menggoda Fareez. Dia sengaja menarik tangan Fareez menjauhi aku. Sebentar tadi, aku melalui bilik Suraya untuk ke tingkat bawah, ke bilik Pengurus Projek bagi sistem integrasi di Malaysia.

‘I ok saja, jom Intan?’ Fareez sengaja mengajak aku mengikutinya.

‘I dah kenyang lah, lagi pun nasi lemak pagi tadi masih belum habis lagi’ aku sengaja mengelak.

‘Err.. Dato’ minta I tunjukkan bilik En Zainal, Fareez akan ganti En Zainal.’

Sengaja aku lontarkan kata-kataku pada Suraya, dan aku tahu, sudah tentu Suraya yang akan mengganti aku menunjukkan bilik Encik Zainal.
Aku kembali ke tempatku. Sejak 5 tahun yang lalu, Dato’ Shukor memang suka memanggilku dengan nama panggilan Sue, padahal Suraya juga boleh dipanggil Sue, tapi Dato’ Shukor, sengaja memanggil nama Suraya dengan Sally, selayaknya dengan peribadinya. Aku pula jenis tidak kisah, tiada cik, tiada miss, panggilan mesra, Sue sahaja.

Dato’ Shukor selayaknya sudah berpencen. Usianya yang menjangkau 65 tahun, memang dia wajar duduk sahaja di rumah banglo yang indah bersama Datin Masriah. Namun dia tidak betah tinggal diam tanpa sebarang aktiviti. Anak-anaknya semua tinggal di luar negara. Boleh dikatakan kelima-lima anaknya menerajui anak syarikatnya di seluruh dunia. Along di Jordan, Timur Tengah, Angah di Jeddah, Arab Saudi, Uda di Sulawesi, Indonesia, Acik di Sri Lanka dan yang bongsu di Beijing, China. Masing-masing sudah bekeluarga, yang bujang hanyalah si bongsu di Beijing, China.

Aku mengenali anak-anak Dato’ Shukor pun melalui Miss Mary, pegawai HR di jabatan HR. Aku sendiri tidak pernah bertemu muka dengan anak-anak Dato’ Shukor. Sekretari sebelum aku dulu, Puan Zaimah ada juga memberitahu tentang anak-anak Dato’ dan cucu-cucunya. Kadangkala aku ada juga menghubungi Puan Zaimah. Orang sudah berpencen, memang ulang-alik ke masjid sahaja. Puan Zaimah hanya berada di rumah jam 1 tengahari dan 5 petang membawa ke malam, kalau tidak memang tidak dapat dihubungi, mengaji di masjid atau beraktiviti di balairaya. Sejak aku mengambil-alih kerja-kerja Puan Zaimah, hidupku sentiasa sibuk.

Dua tahun sebelum itu aku hanya menjadi penolong Puan Zaimah, hanya dengan kelulusan Diploma Sekretari sahaja aku memohon kerja dan kebetulan pula Puan Zaimah memerlukan penolong. Memang rezeki aku di sini. Dari budak kampung terus menjadi budak cyber. Sudah tujuh tahun aku menjadi pekerja Dato’ Shukor.

Friday, June 18, 2010

Episod 3: Kau dan Aku Berbeza

Suraya yang seksi, anggun dan bergaya. Memang wajar ramai jejaka yang terpikat dengannya. Memakai make-up yang tebal, rambut yang diwarnakan sekejap perang sekejap hitam, dan kadang-kala blond. Hari ini rambutnya di setkan warna merah, pada hemat aku, hanya nenek-nenek yang beruban sahaja yang mewarna uban putihnya dengan inai supaya menjadi merah tapi ternyata yang perempuan muda seksi dan moden juga tidak ketinggalan. Bajunya yang moden sentiasa mengikuti perkembangan dunia fesyen. Suraya memakai baju merah jambu bersama tali pinggang besar bewarna putih dengan kepala tali pinggang bulat, berbentuk LV. Perfume jenama Polo Ralph semerbak, bercampur gaul dengan perfume Fareez dan aroma air kopi ku. Hampir pening kepalaku sebentar tadi.

Aku hampir tidak mengerti di mana letaknya kecantikan pada matanya. Hanya Muthu yang mengenali Manikam. Sudah tentu beg tangan yang dibawanya hari ini berjenama LV. Sewajarnya dia menjaga penampilan, sesuai dengan tugasannya sebagai pegawai pemasaran di syarikat Dato’ Shukor.

Syarikat multi-nasional menyediakan sistem integrasi untuk bank-bank, perniagaan yang dimulakan Dato’ Shukor sejak 20 tahun yang lalu. Tidak ramai bumiputera melayu yang membabitkan diri dalam bidang IT yang sentiasa memerlukan pembaharuan namun Dato’ Shukor berjaya memecah tradisi, hingga dapat mengembangkan sayap syarikatnya ke seluruh dunia.

Aku mengeluarkan beberapa biji ubat dari laci dibawah meja. Ubatan yang diberikan oleh Hospital Serdang sejak aku bertemu Dr Firdaus.

Aku menelan ubat dengan air kopi tadi. Di sudut mejaku ada sebekas air mineral 1 liter tersedia menunggu untuk diteguk. Aku membiarkan ubat tersebut melalui kerongkong dan setelah selesa, aku menghidupkan komputer. Jam meja disudut sebelah air mineral tadi menunjukkan 10 minit sebelum jam 9. Hampir seluruh kubikel di dalam pejabat sudah pun dipenuhi staff. Ku rasa Fareez tentu berada di ruang menunggu di hadapan receptionist. Aku melihat jadual di dalam diariku. Jadual peribadi Dato’ Shukor semuanya di dalam diariku. Pagi ini, dia bermain golf dengan Dato’ Jamal jam 6 pagi hingga 8 pagi. Mungkin lebih kurang jam 10 baru Dato’ Shukor akan masuk ke pejabat. Fareez mungkin akan merasa bosan menunggu.

Aku membaca email secara pantas. Ada satu email dari MrPerfect. Rakan email yang ku kenali dari forum baca.

‘Ahh... nanti lah baca’

Aku menghirup kopi yang hampir sejuk.

‘Intan Syuhada, boleh I tau bila Dato’ sampai?’ Secara tiba-tiba Fareez menjenguk dari di atas kubikel ku. Aku yang sedang khusyuk menghirup air kopi hampir tersedak.

‘Ehem... hmmmm... ‘

‘Sorry, sekali lagi I kejutkan you. You ni memang selalu terkejut-terkejut yeh?’

Aku terdiam. Macam mana la aku boleh tak terbau perfume dia tadi. Kalau tidak boleh aku mengagak dia ada dekat kubikel ku. Oh ya, air kopi ni menumpulkan deria bau ku tadi.

‘Dato’ jam 10 baru masuk’ aku menjawab sebaik kerongkongku lega.

‘Ok, saya tunggu di tempat menunggu di depan receptionist ya, atau ada HR bagi tau dengan you tak, I nak sampai?’ dia menyoal lagi.

‘HR tak ada inform apa-apa pun dengan saya, nanti saya call Miss Mary untuk tanyakan hal Encik Fareez’

‘Ok, thanks’

‘Intan Syuhada!!!!, you ni kan, tau ke tak tau buat kerja haaaa???’ suara tinggi Suraya menegur aku dari seberang kubikel.

‘Hello, miss, relex lah, jangan terjerit-jerit pagi-pagi ni.’ Ujar Fareez.

‘You dah nampak cantik dan anggun, tapi kalau u terjerit-jerit pagi-pagi macam ni, hilang kecantikkan you’ tegur Fareez lembut.

‘Eh... mmmm sorry, Syuhada, I ingatkan tak de orang tadi.. Lain kali I cakap dengan you ye..’ Suraya menjeling padaku tajam.
Aku diam membisu. Hari ini aku menjadi si pembisu, lebih dari biasa.

Suraya berpaling pada Fareez. Lagak Suraya bagai Jasmin Hamid yang menggedik-gedik dalam drama melayu. Si Fareez pula lembut sahaja, sudah la rupa hampir sama seperti pelakon Fahrin. Terus sahaja suara Suraya lembut gemalai mengajak Fareez masuk kedalam biliknya. Setiap pegawai pemasaran mempunyai bilik sendiri. Fareez menurutnya dari belakang.
Aku dapat melihat Fareez mengangguk-angguk kepalanya sambil tersenyum dan menjeling-jeling keluar. Dari kubikel ku ke bilik Suraya memang nampak dari sisi. Aku cuba menumpukan perhatianku pada kerja-kerjaku di atas meja, dari menjeling-jeling ke bilik Suraya.

Thursday, June 17, 2010

Episod 2 : Tentang Dia

'Hooonnnnn Hoonnnnnn!" "Hooonnnnn Hooonnnnn"
Aku tersentak. Rupa-rupanya aku mengelamun dihadapan lampu merah yang sedari tadi sudah bertukar hijau.
"Ish sabar lah" aku menggumit sambil melihat cermin pandang belakang. Sekali pandang, sebuah BMW RX5 gagah perkasa dengan lagak sombongnya berada dibelakangku. Mujur juga kereta MyVi auto ku ini patuh pada perintah. Aku menekan pedal minyak sambil berselawat dan istighfar. Ku pandang sekilas sampul merah jambu milik Dr Firdaus elok terletak di kerusi penumpang sebelah.

Sebaik aku memarkir kereta dihadapan pejabat besar tersergam indah, ku lihat RX5 juga turut memarkir di sebelahku.

'Argghhh pedulikan, buat bodo aje' bisik hatiku.
'Assalamualaikum cik adik, lain kali nak berangan jangan waktu memandu, merbahaya bagi pemandu-pemandu lain'. Tuturnya lembut. Dengan berkaca mata hitam, diwaktu pagi yang dingin yang masih belum timbul matahari panas, lelaki ini membebel dihadapanku.

Aku sengaja membatukan diri. Membiarkan lelaki tersebut pergi. Nampak gaya seperti orang berada, dengan baju lambang polo, berbelang hitam putih, dan berkulit sawo matang, tak ubah seperti Fahrin. Ishhhh kuatnya aku ni berangan.

Sebaik dia berlalu, angin perfume nya terasa cukup masculin. Ku anggarkan dia memakai jenama hebat seperti baju kemejanya. Aku sengaja mendiamkan diri beberapa minit disebelah keretaku. Aku sengaja melihat-lihat ke dalam kereta, berlagak seperti orang ketinggalan beg tangan, padahal aku sudah maklum aku membawanya tadi. Sengaja membiarkan minit-minit berlalu agar dia mendahului lif pejabat yang hanya ada satu itu.

"Ini sebab Suraya dengan Dr Firdaus lah ni, kan aku pulak yang mengelamun!." Aku sengaja mencari alasan.
'Pejabat yang besar dan tersergam indah ni pun satu, kenapalah cuma ada satu lif saja. Tau la, hanya 4 tingkat aje, tapi kan susah kalau ada emergency.' aku pula membebel di dalam hati, sambil berkira-kira adakah si jejaka tadi sudah lepas menaiki lif atau belum. Ku pandang jam tangan kelabu yang kusam itu. Jarum baru bergerak ke jam 7:45 pagi. Masih awal lagi. Waktu masuk pejabat jam 8pagi dan habis jam 5 petang. Masih ada masa untuk aku mencari barang sebungkus nasi lemak atau kuih makcik peah di seberang jalan.

Aku melintasi jalan yang masih lengang lalu menuju ke warung kecil makcik peah.

"Cik peah, nasi lemak sambal sotong bungkus satu.." Aku bukan biasa makan nasi lemak pagi-pagi, tapi entah kenapa, mungkin disebabkan kena hon tadi, aku sengaja mencari alasan untuk sampai lambat dari biasa. Membeli nasi lemak yang makcik peah belum siap bungkuskan. Nasi lemak berbungkus biasa sudah siap terpamer di depan gerai. Tapi aku sengaja menempah nasi lemak luar biasa.

'Tambah satu lagi ya makcik' suara lembut tadi dibelakangku.
Mujur tidak terpelanting payung yang aku bawa dari dalam kereta.
'Kenapa? terkejut ke? saya bukan hantu....'

Aku berpaling dan ku lihat si jejaka tadi berada dekat di belakangku.

'ishhhhh, macam mana aku boleh tak perasan tadi...... nak elak punya baik, tetiba ada pulak kat sini' aku mengomel dalam hati.

'Nanti sampai atas awak tolong tunjukkan pantry di mana ya?, tadi saya naik pintu ofis belum buka, jadi saya turun lah balik, saya rasa awak pun ofis yang sama'. Jejaka itu sengaja menegurku.
-------
‘Sorry, buatkan awak terkejut, saya Fareez Fahmi, staff baru kat sini, kalau tak silap, awak Intan Syuhada kan? ‘

‘Err... ya, saya Intan Syuhada’ . Ish kenapa pula purse yang ku letakkan dalam beg tangan tadi susah sangat hendak keluar.

‘Tak pa saya bayar. Mak Cik Peah, berapa?’ Dia bertanya bila melihat aku terkial-kial dengan payung dan beg.

‘Waahhh Intan, hari ni untung awak, pagi-pagi lagi dah ada orang nak belanja sarapan.. Makan terus la kat sini... kan masih awal lagi, tadi encik ni dah cakap ofis belum buka. Tak payah bungkus lah, makan terus aje di sini...’ Cadang Mak Cik Peah.

‘Ya lah, Intan Suraya, or can I call you Intan?’. Pandai-pandai aje si Fareez ni menggelarkan aku. Tapi aku diam.

‘Kita makan aje lah disini, boleh I tanya you ofis ni, I kan staff baru, mesti banyak yang I kena tau, staff-staff lain, cara kerja.. Boleh kita bual-bual di sini sementara menunggu ofis buka’. Aku masih mendiamkan diri, cuba mencari alasan untuk mengelak.

‘Err... Emmm.... Tak perlu la Encik Fareez, saya mesti bukakan pintu ofis. Nanti orang lain nak masuk tak boleh pula. Sebenarnya saya ada kunci duplicate’ Aku menjawab sepantas kilat. Mujur juga geliga otak dalam kepala ini. Memang betul pun aku yang selalunya paling awal, membukakan pintu ofis untuk staf-staf yang lain.

‘Kalau macam tu, Mak Cik Peah, lain kali la kami makan di sini, ni bayarannya, keep the change ye..’ lembut suaranya.

‘Terimakasih cik’ Mak Cik Peah menyambut duit 5 ringgit dari tangan Fareez.
-------------------------

‘Bismillahirahmaanirrahim... “ Aku memulakan bismillah sebelum menyentuh nasi lemak sotong yang nampak begitu lazat sekali. Sungguh pun begitu perutku tidak berasa begitu lapar, dan lidah ku juga tidak merasa apa-apa keenakkannya bilamana nasi mencecah hujung lidahku.

‘Mmmm sedapnya.. Selalu ke awak beli kat gerai di bawah tu?’ Dia sengaja memecah kesunyian pantri. Kedengaran dua tiga orang staff masuk ke dalam pejabat. Kebetulan pantri terletak bersebelahan dengan pintu masuk.

‘Tak selalu’ aku menjawab perlahan.

‘Sekejap lagi jam 9 pagi, saya perlu berjumpa Dato’ Shukor. Boleh awak tunjukkan biliknya?’ tanyanya lagi.

Aku menganggukkan kepala. Tiada selera.

‘Eh kenapa aku macam ni?’ bisik hatiku. Tampan sangatkah si Fareez ni sampai lidah aku kelu dan aku jadi pembisu? Atau mungkin pewangi yang di pakai Fareez yang memukau aku untuk menjadi kelu.

Aku makan dengan perlahan-lahan. Ku lihat nasinya hampir habis. Nampak betul-betul berselera dengan nasi lemak sotong mak cik peah tadi. Sebentar tadi aku memetik suis air panas, terdengar bunyi air panas masak. Aku mengambil kopi sumbangan kelab dan membancuh ke dalam teko paling besar.

‘En Fareez, ada kopi saya sediakan untuk staff, nanti jemputlah minum, saya perlu ke meja saya sekarang.’

‘Eh, awak kan belum siap makan lagi? Dah nak beredar?’

‘Nanti saya sambung makan lagi, saya takut Dato’ dah masuk dan tak nampak saya di meja’ aku membungkuskan balik nasi tadi lalu menjinjit cawan berisi air kopi. Aroma kopi semerbak.

‘Waaa.. Untungnya ada orang baru dating terus dengan Syuhada!’ Secara tiba-tiba muncul seorang wanita anggun dan seksi di depan pintu pantri, cuba menghalang aku dari keluar.

‘Cik Suraya, saya cuma buat kopi aje’ aku menjawab sambil menundukkan mukaku. Aku cuba mengelak dari menggangkat mukaku, darah panas terasa menerpa ke wajahku. Dengan tergesa-gesa aku menyelinap dari tangan Suraya dan kembali ke mejaku.

Suraya yang seksi, anggun dan bergaya. Memang wajar ramai jejaka yang terpikat dengannya. Memakai make-up yang tebal, rambut yang diwarnakan sekejap perang sekejap hitam, dan kadang-kala blond. Memang wajar dia menjaga penampilannya, sesuai dengan tugasannya sebagai pegawai pemasaran di syarikat Dato’ Shukor.

Syarikat multi-nasional menyediakan sistem integrasi untuk bank-bank, perniagaan yang dimulakan Dato’ Shukor sejak 20 tahun yang lalu. Tidak ramai bumiputera melayu yang membabitkan diri dalam bidang IT yang sentiasa memerlukan pembaharuan namun Dato’ Shukor berjaya memecah tradisi, hingga dapat mengembangkan sayap syarikatnya ke seluruh dunia.

Sunday, June 13, 2010

Episod 1, Episod yang terindah

Kenapa hati ini rasa berdebar-debar?. Sejak dari pagi asyik tidak dapat menumpukan perhatian pada apa yang ku pegang. Malah dalam perjalanan ke pejabat, aku rasa melayang-layang. Mujur juga, tidak banyak kenderaan melalui jalan cyberjaya-putrajaya. Adakah ini sindrom kurang gula dalam darah? Ohh tidak, sejak 2 bulan yang lalu, gula dalam darah ku sudah stabil.

“Bacaan kolesterol awak 3, bacaan gula dalam darah 4.5, tekanan darah 138/85 .. masih dalam border line, tapi boleh dikawal. Teruskan apa yang awak buat, macam makanan yang awak makan dan exercise yang awak tengah lakukan sekarang” ujar Dr. Firdaus sambil memerhatikan senarai keputusan ujian darah yang diterimanya dari makmal.

“I tak buat apa-apa pun doc, cuma tak makan nasi banyak jer.. lain-lain kehidupan I masih seperti dua tiga tahun yang lepas. Cuma tekanan di tempat kerja sahaja yang semakin berkurangan.” Aku membalas sederhana.

“Okay lah kalau macam tu, kita jumpa lagi bulan Ogos, sekarang bulan Januari, maknanya lagi 8 bulan dari sekarang. Harap-harap keputusan darah waktu itu stabil seperti sekarang”. Dr Firdaus menulis nota didalam buku temujanjiku.

“Thanks doc”, aku meraih beg tanganku lalu bangun.

“Before you go, boleh tak you tolong I sikit”

“Ada apa lagi doc?”

“Tolong berikan ini pada Suraya?” Dr Firdaus menghulurkan sekeping sampulsurat berwarna merah jamu padaku.

“InsyaAllah. Ada apa-apa pesanan pada Suraya?” aku tersenyum simpul sambil mengusik Dr Firdaus.

“Tak ada apa-apa, just give her dan kirim salam padanya ya?” Ku lihat wajah Dr Firdaus kemerah-merahan.

“Okay. Bye doc, jumpa lagi nanti...”.

“Err... yup”. Dr Firdaus gugup dengan wajah nya yang tidak keruan.

Aku hampir tergelak melihat wajah Dr Firdaus tadi. Ah, betapa persahabatan kita ini membawa kebahagiaan. Walaupun sudah 10 tahun berlalu kita bersama di kolej, namun persahabatan ini masih kekal. Begitupun, Dr Firdaus yang kelihatan masih kacak, belum terpikat dengan nurse-nurse yang comel dan cilik yang ku rasa sentiasa cuba menggodanya.

Suraya, oh suraya, kenapa kau tidak dapat melihat disebalik ketampanan doktor muda yang bernama Firdaus itu, ada sejalur keinginan untuk memilikkimu?. Kenapa kau menolak tuah yang datang bergolek. Ish kalau aku tidak mengenang persahabatan kita, sudah lama aku yang mengambil Dr Firdaus itu menjadi milikku.. Ah berangan sungguh. Mana pula nak kuletak Luqman yang sentiasa terbayang dimataku ini?.