Ruangan Iklan

Tuesday, July 6, 2010

Sakit di mata, sakit lagi di hati.

Fareez bergegas masuk ke bilik mesyuarat. Pagi tadi dia menerima panggilan dari pejabat yang mengatakan ada mesyuarat tergempar petang ini mengenai projek di utara tanah air. Projek sistem integrasi dengan kilang di Seberang Prai.
Sebaik dia membuka pintu mesyuarat, sunyi-sepi tiada sesiapa pun di situ. Dia kehairanan. Fareez menoleh pada jam di dinding bilik mesyuarat, menunjukkan jam 3 petang. Pagi tadi dia bergegas cek out dari Grand Continental seawal jam 6:30 pagi, semata-mata untuk menghadiri mesyuarat tergempar ini.
‘ Apa yang tergempar nya sampai seorang pun tiada di sini. Kata Sally pagi tadi mesyuarat jam 3 petang?’ bisik hati Fareez.
‘Ha, dah sampai pun you’ Sally bersuara lembut dengan yang melintuk-liuk menghampiri Fareez.
‘Diorang tak inform ya? Mesyuarat tu dah cancelled lah..’ Sally melurutkan jarinya ke dada Fareez sambil bermanja-manja di dalam bilik mesyuarat yang sunyi itu.
Fareez menepis tangan Sally. Bau semerbak perfume Sally memeningkan kepalanya. Terasa berpusing-pusing kepalanya tiba-tiba gelap. Sally sengaja membuka baju kemeja yang di pakai oleh Fareez. Dia menunggu Fareez terjaga dari pengsan. Sebentar tadi dia melurutkan sejenis pelali di leher Fareez ketika di melurut jarinya. Sally sengaja duduk berteleku di sebelah Fareez.
‘Aku terpaksa Fareez.’ Bisik hati Sally.
Selang 10 minit kemudian, Fareez menggerak-gerakkan kepalanya.
‘Uhhh, aduh peningnya kepala ni..’ Fareez menyentuh kepalanya. Terasa berpinar-pinar matanya kesan ubat pelali yang dicalit Sally. Sally masih mendiamkan diri di sebelah Fareez. Fareez terbaring diatas sofa berhampiran bilik mesyuarat. Sally yang memapahnya tadi ketika dia pening. Memang bilik mesyuarat tersebut sengaja di kunci dari dalam. Sally tahu, petang begini memang tiada siapa yang menggunakan bilik itu. Maklumlah Dato’ Shukor berada di luar negara. Aktiviti di pejabat pun menjadi berkurangan.
‘Eh, kenapa ni? Mana baju I?’ Fareez memeluk dadanya. Terasa sejuk dan dingin akibat aircond di bilik mesyuarat yang kosong. Hanya mereka berdua sahaja di situ. Sally menangis disisinya.
‘Apa yang dah jadi ni Sally?’ suaranya tinggi hampir menjerit.
‘You tanya I apa yang dah jadi?’ Sally bertanya kembali sambil menangis.
‘You mesti bertanggung jawab. You mesti!’ Sally menangis lalu berlari keluar dari bilik mesyuarat. Di luar bilik mesyuarat tersebut mujur Cuma ada beberapa kubikel sahaja, semuanya milik pegawai pemasaran dibawah kelolaan Sally. Masing-masing bangun dari tempat duduk dan terpinga-pinga melihatkan Sally yang menangis dan berlari menuju ke biliknya. Masing-masing mula berbisik-bisik, mungkin terdengar ayat-ayat akhir Sally tadi.
Fareez masih terpinga-pinga, dia mengambil baju kemeja yang tercalit gincu Sally di bahagian lehernya. Dia cuba mengesat-ngesat kesan gincu tersebut, tetapi tidak berjaya mengeluarkan, malah mencomotkan lagi baju putihnya itu. Terpaksalah Fareez memakainya walaupun dengan keadaan comot dan kusut masai.
Fareez keluar dari bilik mesyuarat dengan muka yang sugul. Masih dalam keadaan terpinga-pinga. Dia berjalan menuju ke pintu keluar dan menekan lif untuk menuju ke biliknya.
Fareez tidak menyangka yang Sally akan sanggup memerangkapnya hingga tahap begini. Walaupun baru dua minggu dia bertugas di syarikat milik ayahnya, dia tahu tidak ada sesiapa pun yang mengetahui identitinya. Tetapi apakah motif Sally memerangkapnya?. Pening dia memikirkannya.
Sementara itu di bilik Sally, dia menekan butang favourite di Blackberrynya. Sebentar kemudian dia mendengar suara di sebelah sana menjawab.
‘Yeah Sally, macam mana? Settle?’
‘Settled Dato’ Idris.’
‘Ok, petang ni cek your account. I transfer 10ribu immediately’
Sally tersenyum girang. Hanya berlakon 10 minit, dia sudah mendapat 10 ribu. Mudahnya tugasnya dengan Dato’ Idris yang dikenalinya semasa menguruskan pemasaran untuk projek kilang Nexus di utara tanah air itu.
Sally dan Dato’ Idris sudah bagaikan suami isteri. Bezanya mereka tiada hubungan. Mulai dengan perkenalanya semasa menguruskan pemasaran sistem integrasi dengan syarikat Nexus, Dato’ Idris sudah terpikat dengannya. Dato’ Idris jika di hadapan isterinya Datin Ros, pijak semut pun tidak mati. Sally tahu perbuatannya bergelumang dengan dosa, tapi dia tidak dapat menahan nafsu terhadap duit. Padanya tidak salah melakukan perkara tersebut, hakikatnya perkara itu adalah satu dosa besar. Kali ini dia sudah terlajur, ketika dia mengira-ngira tarikh kedatangan bulan, memang sudah terlepas beberapa minggu. Sally sengaja membeli strip penguji mengandung, dia menunggu agar hanya satu line sahaja yang muncul, tetapi tidak. Pada masa yang sama juga dia segera menelefon Dato’ Idris di utara tanah air. Jawapannya hampa. Dato’ sanggup membayarnya 10 ribu jika dia berjaya menjadikan anak Dato’ Shukor sebagai suaminya. Hanya pada saat itu, barulah dia tahu yang Fareez lah anak Dato’ Shukor yang berada di Beijing, China beberapa tahun lalu. Apalagi, bagai pucuk dicita, ulam mendatang lah.
Tanpa berlengah lagi, dia mengatur rancangan yang begitu terperinci.
Sally mengangkat gaggang telefon lalu mendail nombor meja Fareez. ‘Minggu depan juga you mesti jumpa dengan my parents!’
‘Opsss.. Excuse me...’ Fareez menjawab.
‘Yes, saya Sally. You mesti bertanggung jawap pada apa yang you dah buat dengan I tadi’
‘Apa yang I dah buat? I tak de buat apa-apa pun. You yang sengaja perangkap I’
‘Semua orang yang diluar tu sudah dengar apa yang berlaku di dalam bilik mesyuarat. You takkan boleh tutup mulut diorang. You kan anak Dato’ Shukor. You nak semua orang tahu ke, anak Dato’ Shukor tu suka permain-mainkan perempuan. Habis manis sepah di buang?’ Sally menekan lagi.
‘Ooo ok ok.. kita bincang malam. I ll call you back’ Fareez meletakkan telefon. Tidak tahu bagaimana Sally boleh mengetahui tentang kedudukan dia di syarikat tersebut. Bagaimana Sally boleh tahu yang dia adalah anak Dato’ Shukor. Setahu Fareez di syarikat ini tiada seorang pun yang mengetahui kedudukannya, kecuali rakan-rakan perniagaan ayahnya.

No comments:

Post a Comment