Ruangan Iklan

Friday, July 2, 2010

Pesanan dititip, diriku tersepit.

Sejak pulang dari Port Dickson, Fareez bagaikan kucing kehilangan anak. Sudahlah tidak punya nombor telefon bimbit Intan, tidak pula diketahui kemana Intan bercuti. Sebelum meninggalkan Ancasa PD, Dato' Shukor mengingatkan kembali Fareez tentang pesanan yang diberikan.
'Daddy sudah hampir 5 tahun memerhatikan Intan tu' Dato' Shukor memulakan perbualan saat Fareez berehat di hujung anjung lobi Ancasa PD. Ketika itu Fareez sedang termenung melihat cahaya bulan yang samar-samar memancar ke arah lautan.
'Kenapa Daddy?'
'Iye lah, sudah tiba masanya Alia untuk memiliki kasih sayang seorang ibu'
Fareez tersenyum meleret.
'Daddy ni macam tau-tau saja lah'
'Kau kan anak daddy Izz, sekilas ikan dilaut, sudah daddy tahu jantan betinanya' Dato' Shukor menganggukkan kepalanya.
'Hubungi lah dia, usahalah untuk memikat Intan, daddy rasa dialah yang paling sesuai untuk Izz'
'Daddy... boleh mintak nombor telefon Intan tak?'
'Izz kena usaha sendiri. Nombor telefon ke, alamat ke, tak perlu la ambil jalan pintas. Buat masa ni Intan tak tahu Izz anak daddy. Cubalah dalami diri Intan tu dengan cara Izz'
'Hmmmm... daddy, Izz ni takut sangat pisang berbuah dua kali. Izz dah serik. Sekali terluka, jika terluka lagi, mungkin tidak akan sembuh daddy...'
'Izz, cuba lah dulu. Intan tu daddy lihat patuh agama, berbudi bahasa, kerja pun puas hati'
'Daddy ni banyak sangat puji. Terlebih-lebih, entah-entah daddy saja menambah-nambah. Atau daddy yang suka dengan dia tak?.. Ehhh... ummi kalau tahu nanti, habis lah daddy..' Fareez mengusik Dato' Shukor.
'Tidak, ummi kamu pun dah tahu pasal Intan. Dia pernah datang ke rumah kita yang lama. Masa tu Fareez masih di Universiti. Macam mana pun, dia tak cam dengan Fareez, tak mengapalah. Dia datang dulu pun sebab ummi yang ajak tolong rewang. Kenduri kesyukuran abang kamu.'

Usaha. Usaha Fareez. Usaha untuk menawan Intan. Memang dia sudah tertawan kali pertama memandang Intan di kawasan parkir kereta tempohari. Wajah Intan yang kemerah-merahan akibat terkejut dan malu. Lesung pipit nya terserlah walaupun ketika bercakap. Itu yang menyebabkan Fareez bagai gila bayang. Mirip sungguh dengan wajah wartawan Majalah TV3. Terkenang ketika dia terserempak dengan Intan di hadapan surau ketika Intan tersandung karpet tempohari. Fareez tersenyum senang.

No comments:

Post a Comment