Ruangan Iklan

Tuesday, July 6, 2010

Angin di sana, gelora di sini.

Tanpa lengah lagi, malam usai solat Isya’ Fareez menelefon Sally. Dia perlu mempertahankan dirinya dari difitnah. Sally tentu ada agenda lain.
‘Sally, I jemput you kat rumah. Rumah you kat mana?’
‘Rumah I dekat condo Cyberia, belakang jalan menuju ke MMU, dah sampai dekat guard nanti I tunggu depan lobi blok B1’ jelas Sally. Sally tinggal di condo Cyberia tersebut sejak bekerja dengan syarikat Dato’ Shukor. Di situ dia bebas keluar masuk membawa sesiapapun yang dia suka. En Zainal Arief puas mengajaknya tinggal bersama di Kota Damansara, namun pelbagai alasan yang diberi Sally, jauh, sesak dan sunyi dirumah.
Tiba di lobi, kelihatan Sally mengenakan maxi hitam bertali nipis di bahagian dada.
‘Isk, macam tak de baju lain dah..’ sakit mata Fareez melihat kelibat Sally.
Masuk sahaja kedalam BMW Fareez, terus Fareez mengambil kot yang tersedia dibelakang tempat duduknya dan menyuakan pada Sally.
‘Nah ni pakai, tak sejuk ke malam-malam. Kan ada banyak nyamuk’ gumam Fareez.
‘Sayang juga you kat I ye, Fareez’ Tersenyum simpul Sally mengambil kot hitam dan memakainya sambil mencium kot tersebut.
‘Hmmm... bau masculine..’ ucap Sally.
‘Sekarang, you belum makan kan? I nak bawa you makan, dan you boleh cerita apa masalah you sebenarnya, sampai hati memerangkap I. Kalau ada orang yang upah you, I boleh double upah orang tu’ ujar Fareez.
BMW nya meluncur lembut menuju ke Presint Diplomatik. Tujuan Fareez adalah Restoran AsShareema, sebuah restoran arab kegemarannya. Tiba di Restoran tersebut, terlihat sebuah keluarga arab sedang menikmati hidangan nasi mandi kambing dan nasi mandi ayam bersama humus. Fareez sengaja mencari tempat di suatu sudut hujung yang agak terpencil dari orang ramai. Ternyata tidak ramai pelanggan malam ini. Malam hari bekerja dan belum gaji pula.
‘Cuba bagi tahu kenapa you buat I macam ni?’
Sally diam membisu. Sepanjang waktu Sally mengelak dari menjawab. Dia hanya menemankan Fareez makan.
‘Oklah, kalau you tak nak berterus terang, I terpaksa buat sesuatu’ Fareez cuba mengancam.
Selesai makan, Fareez sengaja memandu berhampiran Alamanda. Dia lalu memarkir betul-betul disebelah klinik Mediviron.
‘Kalau you tak mahu keluar dan buat pemeriksaan, I akan paksa you’ ancam Fareez.
Sally membatukan diri. Fareez menarik tangan Sally lalu menekan kekunci lock pada keretanya. Sally tersepit. Fareez menuju ke kaunter dan sengaja memberitahu jururawat dihadapannya kecemasan. Jururawat betugas dengan tergesa-gesa masuk ke bilik doktor. Tidak beberapa minit, Fareez dan Sally di arahkan masuk ke bilik doktor.
‘Assalamualaikum’ sambil membuka pintu bilik, Fareez memberi salam. Tangannya kejap memegang lengan Sally. Kelihatan muka Sally berubah.
‘Eh, Suraya, selamat berjumpa kembali..’ Dr Firdaus bangkit dari tempat duduk nya lalu memegang lengan Sally.
‘Ada kecemasan apa ni Suraya?, encik?’ tanya Dr Firdaus pada Sally dan Fareez. Sally tidak sanggup lagi memandang muka Dr. Firdaus yang telah menyelamatkan nyawanya dua tahun dahulu. Dia bingkas bangun lalu berlari keluar dari bilik doktor. Keluar dari klinik. Tanpa menoleh ke kiri dan kekanan lagi, dia perlu lari dari semua ini..
‘Dummmm.......’ bunyi kuat hentakan. Sally terkulai layu di sebelah kereta wira merah yang kebetulan mengejar lampu merah di hadapan klinik Mediviron.
Masing-masing di dalam klinik bergegas keluar untuk melihat bunyi dentuman tadi. Keadaan menjadi kucar-kacir. Fareez yang tadi nya baru sampai di pintu klinik tidak jauh dari Sally menyaksikan kejadian Sally dilambung wira merah lalu tertiarap di pinggir jalan. Tapi Sally masih bergerak-gerak perlahan. Dia berlari menuju ke arah Sally. Darah mengalir di celahan kakinya Pemandu wira merah tersebut seorang pemuda dalam lingkungan 20an terketar-ketar menuju ke tempat Sally tertiarap.
‘Tolong!Tolong!Tolong panggilkan Doktor cepat!’ jerit Fareez.
Doktor Firdaus berlari keluar bersama alat bantuan kecemasan.
‘Kita mesti panggil ambulans cepat’ Dr Firdaus dengan tenang mengarahkan jururawat menghubungi Hospital Serdang. Kebetulan pula Dr Firdaus membuat part time di Klinik Mediviron, dan Suraya pula bekas pesakitnya.

No comments:

Post a Comment