Ruangan Iklan

Thursday, June 24, 2010

Episod 8: Beribu pasir di pantai, beribu batu pula jaraknya

Seronok sungguh nampaknya Alia. Mandi-manda di pesisir pantai. Hendak pergi lebih jauh, takut pula dengan ombak. Padahal ombak di Teluk Kemang bukan lah sekuat ombak di pesisir pantai timur. Laguna Biru yang sangat indah. Dengan Teluknya yang redup di teduhi pokok-pokok besar dan batu-batu besar sempadan darat dan air. Di atas sana terlihat banglo mungkin hasil peninggalan penjajah British, kini telah dijadikan pusat peranginan peribadi. Mungkin milik orang kaya-kaya di Negeri Sembilan. Di jadikan tempat persinggahan waktu hujung minggu.

Alia berlari-lari anak di pesisir pantai dengan pelampung kartun garfield terletak di pinggangnya. Persekitaran di situ masih belum ramai, tambahan pula bukan waktu cuti hujung minggu. Pagi yang masih dingin, sengaja Dato' Shukor mengambil hari Isnin membawa keluarga berehat di Laguna Biru dan menetap di Hotel Ancasa yang baru dirasmikan. Salah satu kemudahan dari Syarikat Dato' Shukor.

'Alia! Alia!... Jangan lah pergi jauh sangat, penat atok nak kejar ni' Dato' Shukor berlari-lari anak mengejar cucu kesayangannya.

'Biarlah Abah, Alia sengaja tu, nanti dia pusing balik, dia takkan berani pergi jauh tu..' Fareez menyampuk dari belakang. Alia Antasha satu-satu nya anak tunggal hasil perkahwinan Fareez lima tahun dahulu. Hasil percintaan dan perkahwinan di Universiti of Leed, UK. Walaupun Fareez nampak bergaya dan seperti orang muda yang sentiasa hendak berpoya-poya, namun sebaliknya buat Fareez. Dia menghargai pengorbanan ayahnya Dato' Shukor, yang bersusah-payah sewaktu dia dalam kesusahan. Hasilnya Alia Antasha berjaya dibawa kembali ke Malaysia. Lima tahun bukan lah jangkawaktu yang lama. Pejam-celik, Alia Antasha sekarang sudah mula bersekolah tadika. Itu pun Dato' Shukor memastikan Alia ditunggu oleh Pak Mat sebelum waktu sekolah tamat. Bimbang kehilangan Alia.

Fareez menapak menuju ke Datin Masriah, ibunya. Kali ini Fareez sengaja mengenakan topi Merah Nike, dan hanya bert-shirt putih, masih dengan jenama Polo. Berjeans hitam, dan berkaca mata hitam, siapa pun tidak akan menyangka yang Fareez sudah mempunyai seorang cahaya mata yang cilik dan keletah.

'Ummi, Iz pergi dulu ye, abah minta Iz tengok client yang dekat Kem Tentera kat sini' Fareez menyalami Datin Masriah yang sedang berehat di atas kerusi malas. Bibik Nung pula sedang sibuk mengemas nasi lemak di atas meja lipat yang dibawa dari hotel sebentar tadi. Hotel Apartment Ancasa, 2 unit dari padanya dimiliki oleh Dato' Shukor. Bibik Nung dan Bibik Tik siap masak nasi lemak dan karipap di dapur apartment tersebut.

'Eh minum lah dulu ni Iz. Ummi dah bancuhkan kopi panas tadi, dalam termos.' Sambil Datin Marsiah menghulurkan cawan dan termos.

'Sudah minum lah ummi, kan tadi Iz turun awal, temankan Alia. Ummi kan baru saja tiba'.

'Papa nak gi mana?' tegur si cilik Alia yang berbaju renang berwarna pink, barbie dan tangan nya yang penuh berpasir, sebelah tangan memegang penyodok plastik mainan dan sebelah tangan cuba mencapai karipap di atas meja.

'Ish, Alia, nak makan kena basuh tangan, tengok tu pasir? nanti Alia sakit tau. Ada kuman' Fareez menyangkung di sebelah Alia. Sambil menyapu-nyapu pasir di tangan anaknya, dia mengambil air dari botol mineral, lalu melalukannya pada tangan yang kecil mungil. Tampak ke ayahannya terserlah.
'Ni, karipapnya. Alia jangan nakal-nakal, dengar cakap atok, papa nak pergi kerja, nanti papa datang lagi ye?' sambil mencubit pipi Alia yang tembam. Wajah Alia kemerah-merahan, dengan rambutnya yang hampir blond, memang nampak Alia pan-asian. Comel bagaikan dalam foto model anak kecil.
'Daddy, Iz pergi dulu ye?'
'Ok, Iz jangan lupa tau, pesanan daddy semalam.'
'InsyaAllah'

1 comment: