Ruangan Iklan

Tuesday, June 22, 2010

Episod 5:Setinggi mana gunung didaki, tinggi lagi cita-cita ini

Usai solat Zohor, aku bingkas bangun dan mengemas-ngemas diri. Aku mencalit bedak nipis, dan lipgloss untuk mengelakkan kekeringan. Tidak lama kemudian, aku terdengar suara lelaki disebelah surau yang Cuma dibahagi dengan partition nipis. Lembut suara tersebut mengalun doa, merintih pada Allah swt. Terkedu aku sebentar.

‘Eh, suara macam biasa dengar je, ni mesti Fareez ni, sebelum ni tak pernah dengar pun staff lelaki berdoa lepas solat’ bisik hatiku.

Aku membuka tombol pintu, dan bergegas ke mejaku, tidak jauh dari surau kecil yang dikhaskan untuk staff. Baru sahaja hendak melangkah, aku tersandung karpet yang terkeluar dari lantai.

‘Aduhhh....!!!!’ bagai nangka busuk, aku tersungkur bersama beg berisi berus serta ubat gigi.

‘Eh eh... kenapa ni?’ tegur Fareez yang sama-sama keluar dari pintu surau lelaki disebelah. Dia menghampiri aku dan cuba memegang tanganku.

‘Tak de apa-apa, En Fareez, saya jatuh sikit je.’ Aku bingkas bangun. Cepat-cepat aku menyapu habuk di tanganku.

‘Betul ke?, kat mana awak simpan minyak angin, nanti saya ambilkan?’ ujar Fareez cuba membantuku.

Aku menggeleng kepala, walaupun perit rasa pergelangan tanganku. Walaupun aku tidaklah segemuk mana, tapi jika tersandung dan terduduk pula di atas tangan, sakitnya hanya Allah yang tahu.

Bergegas aku berjalan menuju ke meja lalu membuka laci ku. Fareez yang sedari tadi mengekor dari belakang, dengan pantas mengambil minyak angin yang ku keluarkan dari laci.

‘Ha.. mari I sapukan untuk you’ pelawanya

‘Err... tak boleh, saya nak sapu sendiri’ aku cuba merampas botol minyak angin tadi dari tangannya. Ishhh macam mana ni...

‘Baiklah, tapi kalau u perlu ke klinik, I boleh hantarkan’ lembut Fareez menghulurkan minyak angin tadi. Ku anggar, Fareez akan main tarik tali dengan ku tadi, tapi ternyata anggaranku salah. Dia lebih sopan dan menghormatiku.

‘Eh, tadi En Fareez kata akan ikut Sally?’

‘Ha a, tapi Dato’ dah beri arahan pada Sally tadi, mintak dia uruskan client yang dekat Sg. Wang. Ada client tunggu Dato’ tapi dia tak sempat nak entertain. Jom lah kita makan, masa masih panjang lagi, baru jam 1:30 ni’ lembut ajakan Fareez.

Ingin sekali aku menolak pelawaan Fareez, tapi perut aku meronta-ronta seperti manusia yang kebuluran di Afrika pula. Eh tidak pernah aku begini.

‘Ok, boleh juga, tapi yang dekat bawah sahaja, saya nak cepat. Dato’ Shukor dah keluar, saya kena jawab panggilan’

Selesai makan, Fareez ingin membayar, tetapi aku menolak. Maknanya hari ini sudah kali kedua aku makan bersama orang yang baru ku kenali.

No comments:

Post a Comment