Ruangan Iklan

Thursday, June 17, 2010

Episod 2 : Tentang Dia

'Hooonnnnn Hoonnnnnn!" "Hooonnnnn Hooonnnnn"
Aku tersentak. Rupa-rupanya aku mengelamun dihadapan lampu merah yang sedari tadi sudah bertukar hijau.
"Ish sabar lah" aku menggumit sambil melihat cermin pandang belakang. Sekali pandang, sebuah BMW RX5 gagah perkasa dengan lagak sombongnya berada dibelakangku. Mujur juga kereta MyVi auto ku ini patuh pada perintah. Aku menekan pedal minyak sambil berselawat dan istighfar. Ku pandang sekilas sampul merah jambu milik Dr Firdaus elok terletak di kerusi penumpang sebelah.

Sebaik aku memarkir kereta dihadapan pejabat besar tersergam indah, ku lihat RX5 juga turut memarkir di sebelahku.

'Argghhh pedulikan, buat bodo aje' bisik hatiku.
'Assalamualaikum cik adik, lain kali nak berangan jangan waktu memandu, merbahaya bagi pemandu-pemandu lain'. Tuturnya lembut. Dengan berkaca mata hitam, diwaktu pagi yang dingin yang masih belum timbul matahari panas, lelaki ini membebel dihadapanku.

Aku sengaja membatukan diri. Membiarkan lelaki tersebut pergi. Nampak gaya seperti orang berada, dengan baju lambang polo, berbelang hitam putih, dan berkulit sawo matang, tak ubah seperti Fahrin. Ishhhh kuatnya aku ni berangan.

Sebaik dia berlalu, angin perfume nya terasa cukup masculin. Ku anggarkan dia memakai jenama hebat seperti baju kemejanya. Aku sengaja mendiamkan diri beberapa minit disebelah keretaku. Aku sengaja melihat-lihat ke dalam kereta, berlagak seperti orang ketinggalan beg tangan, padahal aku sudah maklum aku membawanya tadi. Sengaja membiarkan minit-minit berlalu agar dia mendahului lif pejabat yang hanya ada satu itu.

"Ini sebab Suraya dengan Dr Firdaus lah ni, kan aku pulak yang mengelamun!." Aku sengaja mencari alasan.
'Pejabat yang besar dan tersergam indah ni pun satu, kenapalah cuma ada satu lif saja. Tau la, hanya 4 tingkat aje, tapi kan susah kalau ada emergency.' aku pula membebel di dalam hati, sambil berkira-kira adakah si jejaka tadi sudah lepas menaiki lif atau belum. Ku pandang jam tangan kelabu yang kusam itu. Jarum baru bergerak ke jam 7:45 pagi. Masih awal lagi. Waktu masuk pejabat jam 8pagi dan habis jam 5 petang. Masih ada masa untuk aku mencari barang sebungkus nasi lemak atau kuih makcik peah di seberang jalan.

Aku melintasi jalan yang masih lengang lalu menuju ke warung kecil makcik peah.

"Cik peah, nasi lemak sambal sotong bungkus satu.." Aku bukan biasa makan nasi lemak pagi-pagi, tapi entah kenapa, mungkin disebabkan kena hon tadi, aku sengaja mencari alasan untuk sampai lambat dari biasa. Membeli nasi lemak yang makcik peah belum siap bungkuskan. Nasi lemak berbungkus biasa sudah siap terpamer di depan gerai. Tapi aku sengaja menempah nasi lemak luar biasa.

'Tambah satu lagi ya makcik' suara lembut tadi dibelakangku.
Mujur tidak terpelanting payung yang aku bawa dari dalam kereta.
'Kenapa? terkejut ke? saya bukan hantu....'

Aku berpaling dan ku lihat si jejaka tadi berada dekat di belakangku.

'ishhhhh, macam mana aku boleh tak perasan tadi...... nak elak punya baik, tetiba ada pulak kat sini' aku mengomel dalam hati.

'Nanti sampai atas awak tolong tunjukkan pantry di mana ya?, tadi saya naik pintu ofis belum buka, jadi saya turun lah balik, saya rasa awak pun ofis yang sama'. Jejaka itu sengaja menegurku.
-------
‘Sorry, buatkan awak terkejut, saya Fareez Fahmi, staff baru kat sini, kalau tak silap, awak Intan Syuhada kan? ‘

‘Err... ya, saya Intan Syuhada’ . Ish kenapa pula purse yang ku letakkan dalam beg tangan tadi susah sangat hendak keluar.

‘Tak pa saya bayar. Mak Cik Peah, berapa?’ Dia bertanya bila melihat aku terkial-kial dengan payung dan beg.

‘Waahhh Intan, hari ni untung awak, pagi-pagi lagi dah ada orang nak belanja sarapan.. Makan terus la kat sini... kan masih awal lagi, tadi encik ni dah cakap ofis belum buka. Tak payah bungkus lah, makan terus aje di sini...’ Cadang Mak Cik Peah.

‘Ya lah, Intan Suraya, or can I call you Intan?’. Pandai-pandai aje si Fareez ni menggelarkan aku. Tapi aku diam.

‘Kita makan aje lah disini, boleh I tanya you ofis ni, I kan staff baru, mesti banyak yang I kena tau, staff-staff lain, cara kerja.. Boleh kita bual-bual di sini sementara menunggu ofis buka’. Aku masih mendiamkan diri, cuba mencari alasan untuk mengelak.

‘Err... Emmm.... Tak perlu la Encik Fareez, saya mesti bukakan pintu ofis. Nanti orang lain nak masuk tak boleh pula. Sebenarnya saya ada kunci duplicate’ Aku menjawab sepantas kilat. Mujur juga geliga otak dalam kepala ini. Memang betul pun aku yang selalunya paling awal, membukakan pintu ofis untuk staf-staf yang lain.

‘Kalau macam tu, Mak Cik Peah, lain kali la kami makan di sini, ni bayarannya, keep the change ye..’ lembut suaranya.

‘Terimakasih cik’ Mak Cik Peah menyambut duit 5 ringgit dari tangan Fareez.
-------------------------

‘Bismillahirahmaanirrahim... “ Aku memulakan bismillah sebelum menyentuh nasi lemak sotong yang nampak begitu lazat sekali. Sungguh pun begitu perutku tidak berasa begitu lapar, dan lidah ku juga tidak merasa apa-apa keenakkannya bilamana nasi mencecah hujung lidahku.

‘Mmmm sedapnya.. Selalu ke awak beli kat gerai di bawah tu?’ Dia sengaja memecah kesunyian pantri. Kedengaran dua tiga orang staff masuk ke dalam pejabat. Kebetulan pantri terletak bersebelahan dengan pintu masuk.

‘Tak selalu’ aku menjawab perlahan.

‘Sekejap lagi jam 9 pagi, saya perlu berjumpa Dato’ Shukor. Boleh awak tunjukkan biliknya?’ tanyanya lagi.

Aku menganggukkan kepala. Tiada selera.

‘Eh kenapa aku macam ni?’ bisik hatiku. Tampan sangatkah si Fareez ni sampai lidah aku kelu dan aku jadi pembisu? Atau mungkin pewangi yang di pakai Fareez yang memukau aku untuk menjadi kelu.

Aku makan dengan perlahan-lahan. Ku lihat nasinya hampir habis. Nampak betul-betul berselera dengan nasi lemak sotong mak cik peah tadi. Sebentar tadi aku memetik suis air panas, terdengar bunyi air panas masak. Aku mengambil kopi sumbangan kelab dan membancuh ke dalam teko paling besar.

‘En Fareez, ada kopi saya sediakan untuk staff, nanti jemputlah minum, saya perlu ke meja saya sekarang.’

‘Eh, awak kan belum siap makan lagi? Dah nak beredar?’

‘Nanti saya sambung makan lagi, saya takut Dato’ dah masuk dan tak nampak saya di meja’ aku membungkuskan balik nasi tadi lalu menjinjit cawan berisi air kopi. Aroma kopi semerbak.

‘Waaa.. Untungnya ada orang baru dating terus dengan Syuhada!’ Secara tiba-tiba muncul seorang wanita anggun dan seksi di depan pintu pantri, cuba menghalang aku dari keluar.

‘Cik Suraya, saya cuma buat kopi aje’ aku menjawab sambil menundukkan mukaku. Aku cuba mengelak dari menggangkat mukaku, darah panas terasa menerpa ke wajahku. Dengan tergesa-gesa aku menyelinap dari tangan Suraya dan kembali ke mejaku.

Suraya yang seksi, anggun dan bergaya. Memang wajar ramai jejaka yang terpikat dengannya. Memakai make-up yang tebal, rambut yang diwarnakan sekejap perang sekejap hitam, dan kadang-kala blond. Memang wajar dia menjaga penampilannya, sesuai dengan tugasannya sebagai pegawai pemasaran di syarikat Dato’ Shukor.

Syarikat multi-nasional menyediakan sistem integrasi untuk bank-bank, perniagaan yang dimulakan Dato’ Shukor sejak 20 tahun yang lalu. Tidak ramai bumiputera melayu yang membabitkan diri dalam bidang IT yang sentiasa memerlukan pembaharuan namun Dato’ Shukor berjaya memecah tradisi, hingga dapat mengembangkan sayap syarikatnya ke seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment