Ruangan Iklan

Sunday, June 13, 2010

Episod 1, Episod yang terindah

Kenapa hati ini rasa berdebar-debar?. Sejak dari pagi asyik tidak dapat menumpukan perhatian pada apa yang ku pegang. Malah dalam perjalanan ke pejabat, aku rasa melayang-layang. Mujur juga, tidak banyak kenderaan melalui jalan cyberjaya-putrajaya. Adakah ini sindrom kurang gula dalam darah? Ohh tidak, sejak 2 bulan yang lalu, gula dalam darah ku sudah stabil.

“Bacaan kolesterol awak 3, bacaan gula dalam darah 4.5, tekanan darah 138/85 .. masih dalam border line, tapi boleh dikawal. Teruskan apa yang awak buat, macam makanan yang awak makan dan exercise yang awak tengah lakukan sekarang” ujar Dr. Firdaus sambil memerhatikan senarai keputusan ujian darah yang diterimanya dari makmal.

“I tak buat apa-apa pun doc, cuma tak makan nasi banyak jer.. lain-lain kehidupan I masih seperti dua tiga tahun yang lepas. Cuma tekanan di tempat kerja sahaja yang semakin berkurangan.” Aku membalas sederhana.

“Okay lah kalau macam tu, kita jumpa lagi bulan Ogos, sekarang bulan Januari, maknanya lagi 8 bulan dari sekarang. Harap-harap keputusan darah waktu itu stabil seperti sekarang”. Dr Firdaus menulis nota didalam buku temujanjiku.

“Thanks doc”, aku meraih beg tanganku lalu bangun.

“Before you go, boleh tak you tolong I sikit”

“Ada apa lagi doc?”

“Tolong berikan ini pada Suraya?” Dr Firdaus menghulurkan sekeping sampulsurat berwarna merah jamu padaku.

“InsyaAllah. Ada apa-apa pesanan pada Suraya?” aku tersenyum simpul sambil mengusik Dr Firdaus.

“Tak ada apa-apa, just give her dan kirim salam padanya ya?” Ku lihat wajah Dr Firdaus kemerah-merahan.

“Okay. Bye doc, jumpa lagi nanti...”.

“Err... yup”. Dr Firdaus gugup dengan wajah nya yang tidak keruan.

Aku hampir tergelak melihat wajah Dr Firdaus tadi. Ah, betapa persahabatan kita ini membawa kebahagiaan. Walaupun sudah 10 tahun berlalu kita bersama di kolej, namun persahabatan ini masih kekal. Begitupun, Dr Firdaus yang kelihatan masih kacak, belum terpikat dengan nurse-nurse yang comel dan cilik yang ku rasa sentiasa cuba menggodanya.

Suraya, oh suraya, kenapa kau tidak dapat melihat disebalik ketampanan doktor muda yang bernama Firdaus itu, ada sejalur keinginan untuk memilikkimu?. Kenapa kau menolak tuah yang datang bergolek. Ish kalau aku tidak mengenang persahabatan kita, sudah lama aku yang mengambil Dr Firdaus itu menjadi milikku.. Ah berangan sungguh. Mana pula nak kuletak Luqman yang sentiasa terbayang dimataku ini?.

1 comment:

  1. note to consider:
    can use the details in Dr Firdaus's room to described more on his personality.

    ReplyDelete