Ruangan Iklan

Saturday, June 26, 2010

Episod 9: Angin bayu menghembus lembut, selembut sutera di pasar payang?

Myvi hitam meluncur laju membelah kesunyian pagi yang dingin di PutrAjaya. Sejenak selepas selsainya azan yang berkumandang dari surau presint 9, aku terus tanpa lengah lagi mengangkat takbir solat subuh. Sengaja aku mengunci jam 5 pagi, aku ingin berkemas biar tiada satu apapun yang tertinggal. Padahal aku balik ke rumah sendiri di Kg Tanjung Batu 1 itu. Aku jenis yang tidak suka bersiap disaat terakhir. Akhir solat aku berdoa memohon agar Allah permudahkan perjalanan aku yang mungkin akan mengambil masa paling cepat 5 jam. Tambahan pula aku bejalan seorang diri sudah tentu lebih cepat dari biasa.

Jam kusam di pergelangan tanganku menunjukkan 2:30petang. Myvi hitam ku ini sudah ku isi sepenuh-penuhnya ketika di Petronas Persint 9 malam tadi. Sekarang jarum oil sudah hampir ke penanda E. Mujur juga aku sudah pun tiba di bulatan yang dulunya patung penyu tersergam di tengah-tengahnya, namun setelah pemerintahan PAS. ia ditukar ke monumen batu bersurat Terengganu dan baguslah biarlah ianya begitu. Memasuki sempadan negeri Terengganu tadi melalui lebuhraya baru LPT, lalu keluar ke tol Sungai Lembing dan memasuki jalan dalam Felda Jerangau-Jabor memang ternyata berbeza cuacanya. Tambahan Kg Tanjung memang terletak behampiran pantai. Memang panasnya lain macam terasa. Sesampai di perkarangan rumah, ku lihat papa sedang berehat di kerusi malas dekat hujung anjung sambil mengembuskan rokok gulung yang dibuat sendiri. Aku tersenyum sendirian melihat gelagat papa yang seperti hanyut dalam angan-angannya hinggakan tidak menyedari keretaku memasuki laman rumah.

'Assalamualaikum papa.. Apa khabar?' Aku mengulurkan tangan mencium erat tangan tua yang telah membesarkan ku.
'Waalaikumussalam.. Sihat aje nak' dia tersenyum. Polis pencen sejak 5 tahun yang lalu, dia memang menikmati saat tuanya dengan sepenuh-penuhnya.
'Sudah makan ke sue? Kalu belum ma ada di dapur nu, basuh pinggan barangkali'
'Belum Pa. Waah mesti Pa dah makan ni, releks je dekat anjung ni...' aku tersengih sambil menjinjit beg aku lalu ke ruang tamu dan terus mendaki tangga menuju ke bilikku.

Sebaik menolak pintu bilik, kelihatan katil baru yang dihias indah, siap dengan cadar dan comferter putih krim yang sangat lembut. Dengan wangian ambi pur. Meja solek yang jarang aku gunakan pun sudah bertukar ke model baru dan juga berwarna putih krim.
'Su dah sampai?' kedengaran suara mama di bawah. Mungkin bertanya papa selepas terdengar perbualan aku dengan papa tadi. Aku meletakkan beg baju di luar bilik lalu meluru turun ke bawah.
'Assalamualaikum mama' aku terus memeluk mama dari belakang dan menyalaminya. Rinduku pada mama saat itu juga terubat. Tetapi sesuatu yang musykil dalam fikiran ku adalah bilik yang di hias indah dari biasa itu. Tak mungkin apa yang aku takutkan itu akan berlaku tanpa pengetahuanku?.anak-anak mama dan papa cuma aku seorang sahaja. Sepupu yang berada sekeliling rumah pun semuanya sudah punya anak isteri. Adakah benar?

Aku sengaja mendiamkan persoalan dalam fikiranku ini. Sengaja menunggu penjelasan dari mama maupun papa.

No comments:

Post a Comment