Ruangan Iklan

Tuesday, November 2, 2010

Kurung Merah Jambu...

Dalam pada kesibukan di pejabat, kerja di rumah pula sudah berganda jadinya. Selalunya tinggal berseorangan, bujang, senang sahaja dia mengurskan kain-baju dan mengemas rumah. Sekarang sudah berdua, semua kerja menjadi dua kali ganda. Selalunya dia mendobi hanya seminggu sekali, tetapi sekarang hampir setiap hari, dan apalagi jika Fareez ke site office. Pernah suatu hari Fareez cuba menolong mendobi, melihatkan keadaan dia yang keletihan.

'Sayang....' Fareez menghampiriku yang sedang berbaring di atas katil.

'Ni baju, abang dah siap lipat.' Fareez menghulurkan baju yang baru dikeluarkan dari mesin pengering. Intan bangun dan mencapainya dari tangan Fareez. Dia lantas mengambil penyangkut baju. Seperti biasa, baju kurung akan digantung walaupun masih belum digosok. Baru sahaja dia mengirai kurung merah jambu kegemarannya, kelihatan tompok-tompok ungu di sana-sini...

'Alamak.. baju ni dah cacat.. macam mana boleh jadi macam ni?' bisik hati kecil Intan. Hendak menyuara, bimbang Fareez berkecil hati. Sudahlah baju kurung yang mahal pula tu. Mesti baju Fareez yang berwarna biru, yang baru sahaja dibelinya di Jusco tempohari yang turun warna ke atas bajunya. Dia cuba menyorokkan reaksinya, dan berbuat seperti biasa.

'Terimakasih abang sebab tolong Intan...'

'Sama-sama' Wajah Fareez masih seperti tidak bersalah. Intan keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Kelihatan t-shirt Fareez yang berwarna ungu kebiru-biruan elok terlipat di sebelah mesin pengering.

'Betul lah ni' bisik hati kecil Intan.

Dia mencapai kole dan mengambil uncang kopi 434, lalu membancuhnya bersama madu.

'Intan macam tau-tau je abang nak minum kopi... ' Fareez memeluknya dari belakang. Dia tersenyum membalas, cuba seboleh-bolehnya untuk mengatasi rasa marahnya.

'Mmmmm Esok abang kena pergi JB. Ada client yang minta tolong tengokkan server yang baru sampai.'

'Okay, jam berapa nak bertolak nanti. Intan nak ikut boleh?' Sengaja dia memfokuskan dirinya pada perbualan.

'Boleh, baru je abang nak minta sekretari abang ikut tadi, rupa-rupanya sektretari abang tu lagi cekap lah!' Fareez tersengih-sengih mesra. Koleh kopi di tangannya dibawa ke ruang tamu. Intan membancuh pula Anmum buat diri sendiri. Jam di dinding baru menunjukkan 10 malam. Matanya masih belum mengantuk.

Setahu Intan, client di JB, tidak pula membuat panggilan siang tadi. Tiba-tiba sahaja Fareez hendak ke JB. Mungkin client Dato' Shukor yang paling rapat dengannya. Tidak perlu melalui Intan. Jika melalui Intan, sudah tentu dia akan membatalkan atau menangguhkan temujanji. Dia tahu Sabtu ini penerbangan mereka ke Taiwan telah lama terjadual. Hari ini pula sudah Khamis. Bimbang juga, jika ada masalah, tentu semuanya akan tergesa-gesa. Intan memang sudah biasa bersedia awal. Fareez pula mungkin mengambil endah tak endah sahaja. Seperti peristiwa dia ke Melbourne tempohari.

*****

4 jam perjalanan dari Cyberjaya ke JB memang memenatkan. Intan yang meminta Fareez berhenti di Ayer Keroh untuk membuang air kecil.

Kalau ikutkan Fareez, perjalanan tanpa henti mengambil masa 3 jam sahaja.

Intan mengenakan pakaian casual, berkemeja putih dan berseluar slack putih, Fareez juga begitu

1 comment: