Ruangan Iklan

Friday, November 26, 2010

Ya Allah, Berkatilah...

Tiba di Lapangan Terbang KLIA, Sepang, Pak Mat sudah pun siap sedia menunggu. Tanpa lengah lagi Fareez bergegas menolak trolinya menuju pintu ketibaan. Baru sahaja menapak keluar dari pintu tersebut, wajah Pak Mat sudah pun tersembul di barisan hadapan sekali. Pak Mat tersengih-sengih bilamana Fareez berjalan ke arahnya.

'Encik Fareez, sihat?'

'Alhamdulillah..., Pak Mat bawa saya terus ke ofis ye?' Fareez mengerling jam tangannya, lalu menukarkan ke jam waktu Malaysia. Baru sahaja masuk azan Asar sebentar tadi. Pak Mat tanpa sebarang bantahan, mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia tahu, dari pengalaman seorang tua, tentu cinta dalam hati Fareez sedang merah membara, tentu tidak sabar lagi hendak menatap wajah tunangan tercinta. Pak Mat tersenyum sendirian sambil menolak troli ke arah kereta yang sedia terparkir di luar.

Tidak sampai setengah jam, Fareez sudah pun terpacak di hadapan pejabatnya. Intan Syuhada sedang sibuk membelek diari, memeriksa jadual Dato' Shukor dan menyusun jadual mesyuarat untuk bilik mesyuarat utama. 'Intan, masuk sekejap..' suara Fareez di interkom mengejutkan seluruh badan Intan. Hampir sahaja dia meloncat dari tempat duduknya. Berderau seketika darah di sekian salur darahnya.

'Eh, tak perasan pun Fareez dah balik? Bila masa pula dia masuk ke dalam pejabat tanpa pengetahuan aku ni... Oooo mungkin masa aku pergi solat kot..'

Intan Syuhada tersenyum-senyum sendirian. Dia bingkas bangun, dengan hati berbunga-bunga. Sebaik menolak daun pintu, satu bungkusan merah menerpa ke wajahnya. Hampir-hampir sahaja dia tersembam di atas bungkusan merah yang sederhana besar itu. Sebaik daun pintu tertutup, terasa kehangatan menerpa ke wajahnya. Fareez menghulurkan bungkusan merah sekali lagi ke arahnya sambil tersenyum-simpul.

'Ambil lah.. tapi jangan buka hingga abang bagi tau bila nak buka okay?'

'Okay.. abang sihat?' bungkusan merah beralih tangan.

'Sihat, tapi.. Intan kena keluar bilik ni secepat mungkin.. sebab sekarang ni abang dah jadi makin tak sihat... Silap-silap, abang makan Intan nanti...' bisik Fareez ke telinga Intan.

'Uh?... ok.. err... Intan cuti minggu depan, Isnin dah balik kampung, nanti abang tanyakan jadual dengan ummi ye?, so last hari ni la.. esok dah sabtu'

'Hmmm... aduh...' Fareez memegang dadanya, sengaja mengusik Intan.

'Ok..' Intan tanpa sebarang lengah lagi, berpaling, membuka pintu dan terus duduk di mejanya. Terasa pipinya kebas dan panas. Majlis perkahwinan bakal berlangsung tidak sampai seminggu lagi, dan dia masih bekerja. Kasihan juga pada mamanya yang bertungkus-lumus menyediakan semua cenderahati untuk para tetamu nanti.

Jam dinding berbunyi 5 kali, tanda waktu pejabat sudah pun selesai. Intan menyusun segala jadual di sebelah kiri sudut mejanya. Semua jadual untuk mesyuarat dan perjumpaan sudah pun disusun. Minggu depan, hampir dua minggu tiada sebarang mesyuarat. Dia menyimpan bungkusan merah tersebut ke dalam plastik, membawanya bersama menuju ke kereta. Esok pagi-pagi dia harus bersiap-siap untuk ke LCCT. Tiket penerbangan ke Kuala Terengganu, baru sahaja di ambil oleh Miss Mary sewaktu dia berada di rumah Fareez.

No comments:

Post a Comment