Ruangan Iklan

Monday, October 17, 2011

Tenang Jua Akhirnya..

Setiap malam berlalu dengan deraian airmata. Bukan kerana menangisi pemergian Fareez, tetapi bersujud kepada Illahi setiap malam. Bersolat tahajjud, mengadu pada Tuhan Yang Maha Esa akan nasib diriku yang terperangkap dengan kasih sayang mentua dan ancaman dari kak Sofea. Aku sendiri tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Mujur jugalah Datin mengarahkan kak sofea sekeluarga balik ke johor sebaik semua urusan kenduri arwah hari ke 7 selesai. Alhamdulillah Allah mendengar doa-doaku.

Selama 9 bulan aku membawa bayi ini, keadaan ku semakin sihat dan cergas. Tidak seperti mula mengandung dahulu. Mungkin anak dalam kandungan ini tahu yang dia tidak mahu menyusahkan mamanya. Tepat pada hari aku dijadualkan bersalin, sakit pada pinggang hanya menyucuk-nyucuk datang tiba-tiba. Ketika aku sedang bersiap-siap untuk temujanji dengan doktor, air ketubanku pecah. Mujur juga hospital tidak jauh dari rumah. Selang beberapa jam, lahirlah seorang bayi lelaki yang comel, aku namakannya Adam Mukhriz, sempena nama dalam novel Adam dan Hawa, yang sangat aku minati.

'Tahniah...' senyum Datin padaku.
Aku membalas senyumannya dan memejam mata dan hanyut.

'Puan... Puan...' terasa bahuku digoncang-goncang.
'Puan!' jururawat menggoncangkan bahuku. Kelihatannya agak cemas.

Aku cuba membuka mataku. Tetapi aku dapat melihat jasadku kaku. Aku juga melihat doktor berlari anak menuju ke katilku. Dia memegang sedikit atas perutku. Sebentar kemudian mengarah-arahkan sesuatu pada jururawat yang kelihatan kelam kabut.

Seketika kemudian terasa sejuk seluruh badanku. Aku hanya dapat mendengar suara-suara doktor dan jururawat sayup. Sayup memanggil-manggil diriku. Kemudian semuanya kelam dan gelap.

Sejam kemudian, doktor keluar dari bilik kecemasan menuju ke arah Dato Shukor dan Datin dengan tenang. Masing-masing Dato serta Datin bingkas bangun dari sofa.

'Mintak maaf, anak Dato dan Datin tidak dapat diselamatkan. Dia mengalami tumpah darah yang agak kritikal, dan kami telah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya. Tetapi Allah swt lebih menyayanginya.'

Datin terus terjelepuk di atas sofa yang didudukinya tadi, sambil meraung meratapi pemergianku. Mungkin itu sudah takdir Hidupku MilikMu yang Abadi. Allah swt pemilik segala-galanya di dunia ini. Tiada lagi harta yang perlu direbuti, tiada lagi jiwa yang disakiti. Semuanya akan Kembali....

SEKIAN. TAMAT.

2 comments:

  1. sedihnya...
    Hidup ini x semuanya berakhir seperti yang kita impikan...
    haya ALLAh yang mengetahuinya....

    ReplyDelete
  2. sedihnya ending cite ni...huhuhuhuhu...

    ReplyDelete