Ruangan Iklan

Monday, October 17, 2011

PadaNya Aku Berserah

Mama dan papa sudah balik ke kampung. Mereka berdua menemaniku hanya dua hari sahaja. Melihat keadaan aku yang nampak tenang, mama hanya menasihatkan aku supaya bersabar dan jaga kandunganku. Tidak perlu mama terangkan, memang aku menyayangi baby dalam kandungan ini lebih dari segala-galanya. Apa lagi yang tinggal, hanya ini lah sahaja zuriat Fareez bersamaku, dan tiada lagi. Ohh....

Di kamar, aku tidak dapat menahan hiba ku saat terpandang almari baju Fareez, aku tidak sanggup tinggal di sini, tetapi ummi menahanku. mungkin setelah habis edah, aku perlu membawa diri kembali ke daerah asalku. Kenangan-kenangan di sini terlalu memeritkan.

'Eh, termenung-termenung!..' Kak Sofea menepis bahuku. Entah bila dia masuk ke bilik pun aku tidak menyedarinya.
'Kau jangan buat-buat sedih ye!' bisik kak Sofea ke telingaku, dengan memek muka mencebek.
'Kau jangan cuba nak ambil apa-apa pun peninggalan Fareez. Semua ni milik Dato' Shukor. Nanti selepas edah, aku nak kau pastikan kau tak duduk lagi di sini tau!' cemuh Kak Sofea.
Aku sekadar terpinga-pinga. Aku sendiri tidak tahu apa milik Fareez. Selama hari ni, cuma condo yang kami tinggal sahaja yang aku tahu milik Fareez. Syarikat-syarikat yang pernah Fareez kendalikan semua memang milik Dato' Shukor.
Aku mendiamkan diri.
'Hey!... aku cakap dengan kau ni!... kau faham tak?' kak Sofea menarik ekor rambutku.
'Semua ni bakal jatuh ke tangan Abang Akim, faham?' sambung kak Sofea lagi.
Melihatkan aku yang tidak memberi sebarang respon, dia berpaling menuju ke pintu bilik.
'Ingat....' dia memberi amaran.

Sungguh aku tidak menyangka kak Sofea begitu rupa. Selama hari ini, aku langsung tidak mengenali ipar-ipar Fareez. Mungkin begini sikap orang-orang kaya. Makin kaya makin tamak harta. Tapi Dato' Shukor tidak pula begitu.

No comments:

Post a Comment