Usai solat Isya’ telefon ku menyanyi-nyanyikan lagu Rossa-Ayat-ayat Cinta. Memang aku sudah dapat mengagak tentu si Fareez yang menefon.
‘Assalamualaikum Intan, boleh I datang ke rumah you sekarang?’ suara Fareez disebelah sana kedengaran berlainan dari suara sebenar. Hatiku berdegup kencang bagaikan ingin membuak-buak rasanya terkeluar dari badan.
‘Waalaikumussalam. Boleh. Apasalahnya. Mama dan Papa ada di rumah. Papa baru balik dari surau tadi.’ Aku cuba mengawal suaraku supaya tidak kedengaran berdebar-debar.
‘Okay, kejap lagi I sampai. Sebenarnya tadi I follow kereta you, jadi I dah tau rumah you kat mana. I tinggal kat hotel Grand Continental ni, betul-betul depan rumah you. Rumah you yang warna biru tu kan? Dekat-dekat dengan MISC dan kilang papan tu?’
‘Betul lah tu..’ Ish.. Fareez ni memang betul-betul serius. Tapi aku, esok lusa mungkin akan dirisik seseorang. Hatiku makin tak keruan.
‘Ok, I sampai sekarang’ tuuutt..... kedengaran telefon diputuskan.
Aku keluar dari bilik dan menuju ke ruang makan. Kelihatan Mama sedang menyediakan nasi serta lauk masak singgang ikan tongkol bersama sambal belacan dan keropok kering. Sayur ulaman di sudut tepi lauk.
‘Ha, Intan, mari tolong mak angkat pinggan ni..’
Aku menurut dari belakang mama lalu mengambil pinggan dan mencedok nasi untuk papa. Aku duduk di sebelah papa, hampir tiada selera untuk makan.
‘Macam mana nak bagitahu yang Fareez nak sampai tak berapa minit lagi ni...’ bisik hati kecilku.
‘Err.. ma, pa, kejap lagi kawan Sue nak datang ke rumah’ baru sahaja habis ayat, loceng rumah berbunyi.
‘Mungkin dia dah sampai’ aku menyambung lagi.
‘Mmmm macam tu, ajak lah dia makan sekali dengan mama dan papa, boleh la kami berkenalan dengan kawan kamu tu’ papa yang baru hendak mencedok kuah ikan singgang terhenti seketika lalu bangkit dan membasuh tangannya.
Aku pun menurutnya, dan bergegas menuju ke pintu depan. Memang ternyata agakanku tepat sekali. Fareez dengan memakai baju melayu biru berkilat bersama songkok berpintal-pintal. Aku menjemput Fareez masuk ke dalam dan mengajaknya makan malam di rumah kami.
Apalagi, bersoal jawab lah dia dengan mama dan papa. Sesi makan bertukar menjadi sesi soal jawab.
No comments:
Post a Comment