Fareez bingkas bangun dari kerusi empuknya.
'macam mana ni... Aku terlambat sikit je. Daddy ni tak patut betul la bagi Intan keluar awal petang ni... Kalau tidak sempat aku singgah tanya no telefon dia tadi...' Fareez menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia mundar-mandir didalam biliknya. Petang tadi selepas solat jumaat di masjid kota damansara dia bergegas memacu BMW EX5 nya ke cyberjaya dengan harapan dapat mengubati sqkit rindu yang terasa menyucuk-nyucuk dihatinya. Sengaja menekan lif butang 4 dengan harapan dan hati yang berbunga-bunga untuk bersua muka dengan Intan. Memandang muka pun jadilah. Tetapi hampa sungguh bila Intan tiada di tempatnya.
Kebetulan pula Miss Mary dari HR muncul dari pantri.
'err.. Tumpang tanya miss mary, ada nampak Intan Syuhada tak?'
'oohhh Intan, dia dah minta excuse dengan Dato' tadi, dia nak balik awal, katanya esok dia nak bertolak awal ke Terengganu, balik kampung..' Miss Mary dengan ramah menjawab.
'oooo ok thanks' terimakasih betul dia dengan keramahan miss mary tadi. Terengganu, mana nak cari, Terengganu besar, tapi tak mustahil. Dia mesti bertindak sekarang. Esok pagi tentu Intan akan bertolak seawal mungkin.
'Encik Fareez ada apa cari Intan? Nak jumpa dengan Dato' ke?'
'ya, saya nak jumpa Dato' ada laporan yang perlu saya hantar.' Fareez cuba berselindung, padahal laporan tentang projek sistem integrasi di kem tentera teluk kemang baru 3/4 siap.
'macam tu, cuba Encik Fareez telefon dulu Dato' mana tahu dia ada appointment lain kot'
'thanks again miss mary, i really appreciate it' Fareez berpaling ke arah pintu keluar. Ketika itu juga dia berselisih dengan Sally
Sally hari ini memakai kebaya merah ketat menampakkan susuk tubuhnya. Dia tahu hari ini hari jumaat, memang dia akan mengenakan pakaian tradisional sama ada baju kurung kebaya atau kebaya. Kebanyakkan stok baju dalam alamarinya semuanya fesyen terbaru. Kebaya ketat sama ada bewarna merah terang, hitam, dan pink terang. Dia memilih warna merah terang, warna kegemarannya. Rantai mutiara terbuai-buai di dadanya saat dia berjalan. Mutiara yang diberikan oleh En Zainal Arief sempena harijadinya yang ke 25 dua tahun lepas. Mutiara yang ditempah dari Sabah, mungkin bernilai beribu ringgit. Wajahnya yang putih, susuk tubuhnya yang mungil, memang menarik sekali pandang.
'Eh Encik Fareez!... You nak cari I ke?' Sally tersenyum simpul sambil mengerak-gerakkan kepalanya. Dia baru sahaja pulang dari makan tengahari bersama salah seorang client di Restoran Saba, Cyberjaya. Wajahnya kemerah-merahan akibat panas tengahari.
'Tak ada lah, I nak jumpa Dato', dia tak available pulak, anyway, I ada something urgent kat bawah. Got to go now...' Fareez menolak daun pintu lalu keluar, tanpa memandang lagi ke belakang. Mujur juga lif tadi masih berada di tingkat yang sama, Tanpa berlengah lagi, dia terus memasukinya dan menekat butang 2 dan tutup.
Sally melopong melihat Fareez. 'Eh kenapa Fareez ni? Tak ada angin puting beliung, tiba-tiba je macam ribut taufan. Bau badan aku ke? Rasa-rasanya dah spray Enchantaur satu badan pagi tadi.' bisik hati Sally sambil berfikir-fikir.
Fareez perlu bertindak pantas. Dia perlu menyiapkan semua kertas kerja hasil pemantauannya di Kem Tentera Teluk Kemang tempohari. Semalam merupakan hari terakhir dia memantau projek sistem integrasi tersebut, Masing-masing berpuas-hati dan laporan 'User Acceptance Test' telah pun dipersetujui oleh pihak tentera. Dia mengerling jam di pergelangan tangannya. Masih ada 2 jam sebelum 6 petang. Dia perlu fokus dan habiskan laporan sebelum jam 6 dan perlu bergegas ke Persint 9.
Memang kerja gila. Tepat jam 6 petang, Fareez mundar-mandir dengan EX5nya di persekitaran flat Persint 9. Cuba mencari-cari kereta MyVi hitam tempohari. Seingat-ingat Fareez, kereta MyVi hitam milik Intan mempunyai stiker McDonalds VIP. Bimbang juga kalau-kalau ada banyak kereta MyVi hitam yang menampal stiker VIP tersebut di tempat yang sama. Perlahan-lahan, dia memandu di kawasan tempat letak kereta betul-betul di bawah flat hijau Persint 9. Terlihat satu MyVi hitam di hujung sekali. Dia mendekatinya, lalu terpandangkan stiker McDonalds VIP tersebut. Memang sah, ini lah kereta Intan, dengan payung kecil yang dipegangnya tempohari terletak disebelah tempat duduk pemandu. Dia mencatit nombor plat kereta Intan. Rasa lega nya tidak terperi.
No comments:
Post a Comment