Gempar satu pejabat pada pagi yang dingin itu. Mulanya gempar dengan perbualan Fareez, Sally di bilik mesyuarat hari sebelumnya, dan pagi ini gempar pula dengan kemalangan Sally. Fareez menelefon Miss Mary mengatakan yang dia tidak masuk pejabat dan Sally berada di wad kecemasan Hospital Serdang. Apalagi, Miss Mary yang peramah itu mencanag kan satu pejabat tentang keadaan Sally. Malahan ada anak buah Sally yang membuat pelbagai spekulasi. Sengaja di langgar lah, orang upahan lah dan berbagai lagi.
‘Mujur juga Sally tidak dapat masuk ke pejabat dan kepalanya dibalut hingga ke mulut. Tidak dapat lah di mewar-warkan tentang diri aku ini’ Bisik hati Fareez. Namun begitu Fareez tidak mahu percaya seratus peratus dengan keadaan Sally. Dia mungkin akan membuat sesuatu yang lain pula selepas ini. Dia harus berjaga-jaga dengan Sally. Hospital Serdang menahannya untuk dua minggu, dan selama itu Sally perlu dirawat di wad wanita di tingkat 4 bangunan tersebut.
Fareez mendail nombor telefon Intan di telefon bimbitnya. Intan mungkin masih belum bertolak dari Kuala Terengganu. Sejak kejadian kemalangan Sally itu, hingga ke hari ini, sudah 4 hari dia langsung tidak menghubungi Intan. Dia terlalu sibuk menguruskan kerja-kerja yang tertangguh sebelum Dato’ Shukor kembali dari Dubai minggu hadapan. Fareez tahu pagi begini, tentu Intan sedang sibuk mengemas barang untuk dibawa pulang ke Putrajaya.
‘Assalamualaikum Intan’ lembut suara Fareez di corong telefon saat Intan menyentuh butang accept.
‘Walaikumussalam’ Intan terdiam seketika.
‘Kenapa diam? Tidak suka ka I telefon you? You nak bergerak sekarang ya?’ tanya Fareez bertalu-talu tidak sabar mendengar suara Intan yang sangat dirinduinya.
‘Mmm memang hari ni nak balik dah, tengah mengemas-ngemas’ jawab Intan serbasalah.
‘Err... saya tengah buat sesuatu lah, nanti saya call awak balik’ dengan pantas Intan menyentu butang End. Menamatkan perbualan.
Fareez disebelah sana terpinga-pinga. Tetapi hatinya masih berbunga-bunga dapat berbicara dengan Intan walau sekejap Cuma. Malam nanti dia akan singgah ke KLIA untuk menjemput Dato; Shukor, ummi dan jantung hatinya Alia.
‘Argghhh... rindunya pada Alia...’ Fareez memeluk salah satu teddybear Alia sambil berbaring di atas katil Alia. Dia berangan-angan,
‘Alia akan dapat mama baru. Mama yang sangat lembut dan manis, baik hati pula tu’ bisik hati Fareez.
No comments:
Post a Comment