Ruangan Iklan

Sunday, July 4, 2010

Aku dan Dia, adakah sama rasa?

'Mengekori you? Kenapa you rasa I mengekori you pulak?' tanya Fareez sambil menghirup air kelapa muda ais yang enak itu.
Sengaja aku mengajak Fareez duduk di bangku yang tersedia di bawah pokok rhu berdekatan kereta kami. Serasa tidak selesa pula kalau bercakap-cakap jika di pantau oleh kakak gerai tadi.
Aku sengaja menyoalnya tanpa berselindung lagi. Sengaja memerangkapnya dengan soalan yang dia mengekori aku. Mungkin aku pun semakin terasa mesra berada di samping Fareez.
'Iya, lah, takkan la secara kebetulan pula, berada di tempat yang sama pada waktu yang sama?' aku menembaknya lagi dengan soalan-soalan berupa perangkap.
'ooo I dah pasang GPS dekat kereta awak, sebab tu la I tau..' Fareez tertawa kecil. Tampannya dia. Dengan t-shirt putih dan jeans biru biasa. Memang iras Fahrin.
Kelihatan kanak-kanak kecil bermain layang-layang bersama ibunya, barangkali berusia 8 tahun. Adik kecilnya sedang sibuk menguis-nguis pasir pantai. Terasa bebasnya berada di kawasan pantai.
‘Encik Fareez kata nak tengok layang-layang?’ aku sengaja menyoalnya, memecahkan kesunyian antara kami.
‘Ha ah, ingat kan nak beli satu bawa balik buat kenang-kenangan’ Fareez tersenyum meleret, seolah-olah cuba menggodaku.
‘Mmmm nak tanya sekali lagi, macam mana Encik Fareez boleh tahu saya ada di sini?’ soalku lagi, inginkan kepastian sebenar/
‘ I ikut rasa hati. I rasa tentu petang-petang yang damai begini you akan ke tepi pantai. Jadi selepas solat Asar tadi, I ada ternampak kereta you, jadi I ikut la kemari. Tak salahkan?’
‘Mmm okay’ aku menerima alasannya yang nampak tidak berapa kukuh. Ah.. apa lagi alasannya, dan aku pun tidak mahu tahu lagi. Terlalu banyak perkara yang harus aku fikirkan sekarang.
‘Satu perkara lagi, sementara I ada di KT ni, I nak minta nombor telefon you lah, sebab I nak you temankan pergi Pasar Payang esok pagi. Ada sesuatu yang I perlu carikan’ Fareez tersenyum lagi. Memang senyuman yang sangat memikat hati. Bayangkanlah Fahrin yang tersenyum disitu.
‘Agak-agaknya berapa lah umur Fareez ni.. Entah-entah sebaya dengan Fahrin kot. Nama pun hampir-hampir sama.’ Bisik hatiku.
‘Err,, you nak bagi ke, atau you nak tenung I lama-lama?’ Fareez sekali lagi menyengih.
‘Ohh,. Err..sorry.. Encik Fareez buat miss call kat nombor ni ye, 0123456789’, Tidak lama kemudian kedengaran lagi Ayat-ayat Cinta berkumandang dari dalam beg tanganku.
‘Ooo peminat Ayat-ayat Cinta ya? Best kan novel yang ditulis HES tu?’ tegur Fareez.
‘Ha a. Encik Fareez tau ye? Tak sangka la Encik Fareez pun baca buku HES?’ hatiku melonjak kegembiraan.
‘I memang peminat HES, semua karya dia I dah baca dan simpan, bukan perempuan je minat baca novel tau? Eh, you boleh tak jangan berencik-encik dengan I, sebab kat sini kan di luar pejabat?’
‘Err.. okay Fareez’. Aku tertunduk malu, malu dengan gelagat aku yang tiba-tiba sahaja bagai teruja bilamana mendapat tahu yang Fareez pun mempunyai minat yang sama denganku. Aku menyentuh butang save to contact pada iphone ku.
Langit petang semakin muram. Beberapa anak kecil yang bermain layang-layang sebentar tadi sudah mula beredar. Fareez membeli sebuah layang-layang kartun berbentuk Barbie. Bila di tanya untuk siapa, Fareez menjawab untuk anaknya. Aku sengaja tidak mahu menyoalnya lebih-lebih padahal hatiku membuak-buak ingin tahu tentang anaknya itu. Oh.. baru aku tahu yang Fareez sudah punyai isteri dan anak. Tetapi kenapa perlakuannya terhadap aku seperti masih bujang, seolah-olah cuba memikatku. Pada hal pada hemat aku yang baru mengenalinya seminggu dua, dia agak alim. Mungkin alim-alim kucing. Lelaki, memang tidak cukup dengan satu.
‘Fareez, saya nak pulang dulu, dah nak masuk maghrib dah ni’
‘Ye lah, malam nanti I call you okay?’ Fareez tersenyum lagi. Hatinya senang, nombor telefon pun sudah diperolehinya, malam nanti ingin diajak Intan keluar mencari kedai makan yang sedap-sedap.

No comments:

Post a Comment