Tiba di Hentian RnR Air Keroh hujan turun renyai-renyai. Kelihatan beberapa buah lori berhenti di hadapan RnR. Jam menunjukkan 9:30 pagi. Hari Khamis, hari bekerja, jadi tidak banyak kenderaan yang berhenti di RnR. Fareez sengaja berhenti di RnR Jejantas Air Keroh. Ingin menikmati saat-saat romantis bersama Intan berdua di atas jejantas Air Keroh. Selalunya dia jika diperlukan untuk mesyuarat di Johor Baharu, dia akan memandu berseorangan. Dia biasa berhenti di RnR dan hanya melihat pasangan dua sejoli menikmati hidangan di atas jejantas Air Keroh dengan romantis sekali. Kali ini, dia ingin merasa bersama Intan bagaimana perasaan dua sejoli yang pernah dilihat suatu ketika dulu. Bezanya, dia dan Intan pasangan pengantin baru. Tentu suasana menjadi lebih menarik buat dirinya. Hatinya tersenyum riang.
Selesai menunaikan hajat, Intan bergegas menemui Fareez yang setia menunggu di hadapan surau. Dia tahu, tentu Fareez mengambil masa menunaikan solat Dhuha sementara menunggu dia keluar dari tandas tadi. Fareez menghulurkan tangannya pada Intan sambil tersenyum mesra. Rambut bahagian hadapannya kelihatan basah. Wajahnya kelihatan tenang dan bersih sekali. 'Arghhhh... bagai di panah asmara.. aduhai hatiku, sabar.. sabar...' bisik hati Intan. Rasa marah malam tadi pudar begitu sahaja saat melihatkan wajah Fareez yang mencairkan itu.
Sambil bergandingan tangan, Fareez menghalakan kakinya menuju ke restoran makanan segera A&W. Dia sengaja mengambil tempat duduk betul-betul ditepi tingkap. Sengaja mencari pemandangan lebuhraya dibawah.
'Abang orderkan untuk Intan ye?'
'OK, Intan nak yang ringan-ringan aje, perut rasa tak lapar sangat lah...'
Intan memerhatikan menu yang di letakkan di atas meja.
Breakfast Menu
Start your day with our scrumptious and wholesome Breakfast Menu!
Jump Start 1
Scrambled egg, fish fillet, chicken sausage, muffin, toast bread and butter. Served with hot coffee or tea.
*Price: RM7.90
Jump Start 2
Baked beans, scrambled egg, chicken sausge, waffle and butter. Served with hot coffee or tea.
*Price: RM7.90
Jump Start 3
Scrambled egg, chicken sausage, toast bread and butter. Served with hot coffee or tea.
*Price: RM6.50
Jump Start 4
Chicken porridge. Served with hot coffee or tea.
*Price: RM6.50
Ala Carte Hot Drink
Tea - RM2.30
Coffee - RM2.30
White Coffee - RM2.80
Milo - RM2.80
Teh Tarik - RM2.80
'Abang, orderkan Intan Jump Start 4 yeh..'
'Orait madamemoselle...' sengaja Fareez mengusiknya.
Melihat kenderaan lalu-lalang di bawah kakinya, terasa gerun menyelinap di dalam dada. Mana lah tahu, sedang khusyuk memerhati, berlaku pula kemalangan, sudah tentu trauma dibuatnya. Nauzubillah.
Sebentar kemudian Fareez kembali membawa dulang makanan.
'Thank you for your kindness Sir...' Intan pula mengusiknya. Spontan Fareez mencubit pipi Intan.
Di hujung bahagian sudut restoran A&W, kelihatan sepasang kekasih sedang memerhatikan lagak mereka berdua.
'Zai rasa macam kenal je pasangan tu. Macam kawan Zai, Intan' perempuan yang menghadap mereka berdua bersuara. Sang lelaki pula menoleh.
'Iya lah, Fareez tu..' Luqman berbisik. Mereka hampir sahaja selesai bersarapan di situ. Luqman bingkas bangun menuju ke arah pasangan tersebut diikuti Zainab.
'Assalamualaikum Fareez?'
'Waalaikumussalam...' hampir tersedak Fareez yang sedang menghirup root beernya.
'Eh Luqman?' Fareez bangun sambil menghulurkan salam. Wajah Intan berubah. Dia yang tadinya ceria bukan main, bertukar mendung.
'Intan....' sapa Zainab sambil memegang bahunya dari belakang.
'Eh, Zainab, kata nak langsung minggu depan kan?' Intan terus tanpa menunggu menembak persoalan kepada Zainab. Dia merasa pelik bagaimana Zainab berdua-duaan dengan Luqman hingga ke Air Keroh.
'Ya, langsung nya kenduri minggu depan, tapi alhamdulillah, Luqman dan Zai dah nikah, minggu lepas. Abang kata tak nak tunggu-tunggu... ada masa ada jurunikah, borang semua dah isi, terus aje lah..' Zainab bagaikan tahu-tahu persoalan di fikiran Intan.
'Ooo bagus la macam tu... mari la makan sama..' Fareez menyampuk.
'Tak pe lah, kami dalam perjalanan nak ke Ayer Keroh, dah dekat dah ni.. Fareez dan Intan nak kemana? Ayer Keroh juga ke? Bulan madu?' Luqman tersengih-sengih.
'Tak lah, kami nak ke JB, jauh lagi perjalanan kami ni. Saja singgah sini, sarapan. Sebenarnya bukan bulan madu, atas urusan kerja, tapi sambil menyelam minum air juga' Fareez menjawab sambil mengunyah kentang goreng di dalam pinggan.
'Cam tu, kami pergi dulu lah ye?' Luqman menghulurkan tangan. Sebentar kemudian dia mengeluarkan kad nama dari dalam poketnya.
'Ada masa call la saya, kalau ada masalah ke, sekarang saya kat Hospital Serdang.'
'Alright, thanks brader. Tapi tunggu kejap..' Fareez dengan mulut penuhnya menjawab, sambil berdiri mengeluarkan sesuatu dari dalam dompet.
'This is mine. Anytime, anywhere, just call me..' dia menghulurkan pula kad namanya. Intan dan Zainab tersenyum sambil berjabat tangan.
'Jumpa lagi.. Bye' Zainab melambaikan tangannya. Saat pintu restoran tertutup, Intan terus membuka mulut kepada Fareez.
'Bahagianya.... syukur alhamdulillah..'
'Hmmm kalau tidak dah lama abang melepas dan terlepas...' Fareez memegang tangan Intan.
'Melepas ape nya? Melepas gas?' Intan mengusik.
'Iyya... gas minuman root beer ni... gas dalam jantung ni la cik adik sayang.... Tahu tak, betapa sakitnya abang bila dapat tahu Intan pernah disunting orang.. dan orang itu adalah orang yang abang jumpa saat abang kesunyian?'
Fareez mengimbau kembali kenangan di Melbourne. Perasaan sakit di dalam dadanya terasa menyucuk-nyucuk.
No comments:
Post a Comment