Ruangan Iklan

Friday, November 12, 2010

Gaun Merah Jambu

Selesai berterawih di dewan yang ditukarkan menjadi surau sementara Malaysian Hall, Fareez bingkas bangun menuju ke belakang. Hasrat nya ingin mengambil angin luar yang sejuk dan dingin. Maklumlah 21 rakaat berterusan memang berpeluh dibuatnya walaupun dalam dewan yang berhawa dingin. Kelihatan beberapa orang pelajar lelaki sedang berbual-bual di luar. Fareez menghampiri mereka.

'Assalamualaikum dik'

'Waalaikumussalam..' salah seorang pelajar tadi menjawab. Dua orang remaja yang berusia sekitar 20an yang sedang rancak berbual tadi terdiam seketika sebaik disapa Fareez.

'Boleh tanya sikit tak?, Awak kenal Dr Luqman Hakim?' Fareez yang dari semalam menyimpan persoalan demi persoalan menghamburkan satu persatu yang ada dalam benak fikirannya.

'Ohh.. kenal sangat lah bang... Kenapa? Abang sedara dia ke? Dia kata nak bawa anak dia balik Malaysia tadi. Rasa-rasanya dah berlepas kot petang tadi.' Pelajar yang seorang lagi menjawab mesra.

'Tak ada lah, abang baru aje jumpa dia semalam. Dia pun ada cerita pasal anak dia. Eh, betul ke anak tu anak dia dengan Australian kat sini?' Fareez perlahan-lahan cuba bersoal jawab dengan pelajar tadi.

'Ha ah bang. Dia sebenarnya baru setahun lepas datang sini, lepas tu tiba-tiba saja dia nikah dengan student Australia yang sama kursus dengan dia, sayang sekali isteri dia meninggal waktu melahirkan anak dia, rasa-rasa baru lagi.. Tapi Abang Luqman memang seorang yang tabah.. Dalam pada macam tu pun dia boleh habiskan kursus dia dengan cemerlang.. Mungkin demi anaknya tu kot.. Waullahu'alam..' panjang lebar pelajar tadi menjelaskan sambil tangannya tergawang-gawang diatas angin.

'Owhh.... kesian...' Fareez bersimpati pendek. Masih belum mendapat jawapan tentang persoalan yang berat di benak fikirannya. Bagaimana hubungan Intan dan Luqman. Sudah tentu pelajar-pelajar di sini tidak tahu langsung. Pandai sungguh Luqman menyimpan rahsia.

Semalam, sepanjang malam dia langsung tidak dapat melelapkan mata. Selepas berbual dengan Dato' Shukor, dia berusaha bersungguh-sungguh untuk tidur, tapi tidak dapat walau sepicing pun. Hasilnya, dalam dewan konferens dia tersenguk-senguk dibuatnya. Sakit dalam hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu. Dalam pada melayan perasaan sakit hatinya itu, suara Intan di telefon tetap menjadi penawar. Inilah yang di namakan cinta. Cinta tak kenal erti sakit. Hanya beberapa saat mendengar suara di sebelah sana, langsung terubat perasaan di hati Fareez. Walaubagaimanapun, jauh di sudut hatinya ingin juga kepastian tentang Luqman.

Lega rasa hatinya bilamana pelajar-pelajar tadi panjang lebar bercerita kisah Luqman yang sadis dan trauma. Sungguh kasihan pada sejarah hidup Luqman. Sekiranya Intan menerima Luqman, memang sewajarnyalah dia melakukannya begitu. Aduh.. sakitnya menyucuk-nyucuk di ulu hatinya.. 'Ahh..... kasihan sungguh, tapi bagaimana pula dengan aku? Kasihan juga pada diri sendiri...'

Keesokkan harinya, selesai konferens jam 5 petang, Fareez terus berjalan-jalan cuba mencari hadiah buat Intan kesayangannya. Hatinya berbunga-bunga saat melalui kedai bunga. Tetapi beli bunga memang tidak sesuai langsung. Dia perlu mencari sesuatu yang kekal tahan lama. Berjalan bersendirian di perantauan memang mati kutu. Akhirnya dia menapak di kedai designer David Jones. Terpandang sehelai gaun maxi berwarna merah jambu pekat, dengan kolar yang labuh paras dada. Fareez cuba mengagak-agak saiz badan Intan. Jika di Malaysia Intan mungkin mengambil saiz M baju siap, tapi kalau di Melbourne, saiz mat saleh, mungkin dia perlu mengambil saiz yang lebih kecil.

Fareez keluar dari GPO Shopping Mall dengan hati yang berbunga-bunga. Harapan yang menggunung tinggi, untuk menyampaikan bungkusan ke tangan Intan, malam pertama perkahwinan mereka nanti.

No comments:

Post a Comment