Ruangan Iklan

Sunday, June 27, 2010

Episod 10: Guruh Di Langit, Air Di Tempayan Di curahkan.

Dr. Firdaus bergegas menuju ke bilik pembedahan. Sebentar tadi pager Dr Firdaus mengejutkan dirinya dari tidur-tidur ayam di bilik rehat doktor bertugas. Dia bingkas bangun sambil mengesat-ngesat matanya. Tidur nya tadi bukan lah nyenyak mana, hanya tidur-tidur ayam sahaja. Maklumlah dalam tugas standby malam. Kali ini jam 2 pagi dia perlu menyelamatkan nyawa seseorang.

Dia memakai jubah yang berat untuk pembedahan. Kepakarannya dalam bidang kardio memang tidak dipertikaikan lagi. Ruang kecemasan yang tadinya sunyi, kini hiruk pikuk dengan keluarga mangsa yang terlibat. Sekejapan tadi dia melalui ruang menunggu, cuma ada dua keluarga, tapi riuhnya bagaikan 10 keluarga.

Mangsa kali ini kecederaan di kepala, dan tampak pendarahan dari kepalanya sudah berhenti. Mungkin dengan kecekapan unit ER di dalam ambulans tadi. Dia cuma perlu memebuat sedikit pembedahan pada salur darah yang menghubungkan jantung. Ada serpihan kaca mungkin dari cermin kereta yang tertusuk pada salur darah di bahagian paha. Bahagian vena. Dia perlu berhati-hati mengeluarkan serpihan kaca tersebut supaya jantung mangsa wanita ini tidak terjejas. Terjejas apabila darahnya nanti akan naik dan akan mengakibatkan jantung tidak mampu lagi untuk mengepam, kemungkinan besar jantungnya akan berhenti terus, dan ketika ini lah antara hidup dan mati.

Pembedahan yang seperti ini memang selalu dilakukannya. Kadangkala mangsa dapat meneruskan kehidupan dan kadangkala akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Dia cuma berusaha, tetapi dia berdoa pada Allah swt. Hanya Allah yang menentukan yang hidup dan yang mati.

Setelah 6 jam bertungkus lumus mengeluarkan serpihan-serpihan kaca di dalam badan wanita tersebut, lampu luar dewan bedah yang tadi nya merah bertukar ke hijau. Bermakna pembedahan sudah pun selesai. Dalam tempoh 6 jam tersebut, keadaan wanita tersebut sangat tidak stabil. Dr Firdaus mencuci tangannya, dan segera menunaikan solat hajat dan solat subuh. Kepada Allah lah dia memohon pertolongan, agar menyelamatkan mangsa-mangsa yang dalam setiap pembedahan yang dilaluinya.

Usai solat, dia keluar menuju ke keluarga yang masih menunggu di ruangan menunggu. Seorang lelaki dalam anggaran usia 50an, berkopiah putih tampak sugul duduk di sofa berwarna hijau lembut. Disebelahnya, seorang wanita, anggaran 40an mungkin ibu kepada wanita mangsa tadi, tertidur nyenyak diatas bahunya.

'Assalamualaikum Encik...' Dr Firduas menyentuh bahu yang sebelah lagi. Terkocoh-kocoh wanita disebelah tadi menggosok-gosok matanya dan mukanya, sambil membetul-betulkan tudung berwarna hitam berpolka dot putih.

'Err... maaf ya Puan'. Dr Firdau gugup seketika, risau wanita tadi terganggu oleh salamnya.

'Doktor, macam mana dengan anak saya? Dia okay ke? Macam mana kecederaan dia? Kat mana dia?' wanita tadi buru-buru mengasak Dr Firdaus dengan soalan.

'Encik dan Puan, ibu dan bapa pada Suraya Binti Zainal Arief ke?' Dr Firdaus meminta kepastian. 6 jam yang lepas, sebelum melakukan pembedahan, dengan secara ringkas dia membaca perincian dari borang yang diserahkan oleh pasukan kecemasan tadi. Nama mangsa dan kecederaaan yang dialaminya.

'Ya... Macam mana dia?' lelaki tadi bertanya lagi.

'Bersabar lah, saya sudah berusaha sedaya upaya, sekarang ni Cik Suraya di dalam ICU. Dia dalam keadaan stabil. Mungkin dalam 1-2 hari lagi dia akan sedar dan pulih' Dr Firdaus menerangkan secara ringkas.

'Boleh kami jumpa dengan Suraya?, dia la satu-satunya anak perempuan makcik..' Puan Farah mengesat air mata yang mengalir di pipinya.

'Boleh Puan, tapi dia akan di letakkan di wad ICU. Buat masa ni dia masih belum dipindahkan lagi. Nanti nurse akan beritahu pada Encik dan Puan. Bersabarlah ya' Dr Firdaus mengusap-usap bahu Encik Zainal Arief.

'Saya, pergi dulu. Encik dan Puan tunggu dulu di sini ya. Jangan risau. Berdoalah semoga semuanya dalam keadaan selamat' Dr Firdaus menyalami En Zainal Arief sambil mengangguk-anggukkan kepala nya dan tersenyum.

Sebaik dia beredar dari ruangan menunggu, dia berasa keletihan yang teramat sangat. Matanya serasa tidak mampu lagi terbuka. Jelas dia tidak dapat memandu pulang ke Kota Damansara, rumah yang dikongsi bersama teman satu Universiti dahulu. Mujur juga dia tidak bertugas pada hari tersebut. Boleh lah dia berehat dan tidur walau di dalam kereta sekali pun. Dua hari bekerja di wad, satu hari bekerja di ER, dan standby pula, selalunya sekiranya ada pembedahan, kesemuanya sudahpun terjadual, tetapi tidak jika di ER. Wad kecemasan memang memerlukan perhatian segera. Memang wajar, jika seharian di ER, perlu diberi off-day keesokkan harinya. Hospital Serdang memang sibuk terutama sekali wad ER dan juga di malam minggu. Malam yang lebih sibuk dari pasar malam.

No comments:

Post a Comment